Budaya Menjatuhkan Pemimpin Ala Mahathir Agenda Siapa Di Belakang Maulizun



Air yang tenang jangan di sangka tak ada buaya...

Dalam ketenangan UMNO dari segala krisis dalaman parti, tiba2 ada suara2 sumbang yang cuba nak menggugat kekuatan parti dari dalam...

Suara Maulizun, Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Membawa Agenda Parti Atau Agenda Peribadi


Secara tiba2 Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang keluarkan kenyataan mengecam Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, yang beliau anggap sejak akhir2 ini menunjukkan sikap mahu membuat 'come back' ke dalam UMNO (BACA DI SINI)...

Ramai orang UMNO merasa terkejut dengan kenyataan yang di buat oleh Maulizun...

Malah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, turut merasa pelik dengan kecaman yang di buat oleh Maulizun ke atas DS Zahid Hamidi (BACA DI SINI)...

Apa tujuan sebenar Maulizun membuat kecaman tersebut?

Apa pun tujuannya, jelas pada kita, kecaman yang di buat oleh Maulizun adalah bersifat peribadi dan tidak melambangkan pendirian parti sama ada di peringkat Bahagian Tebrau sendiri, apa lagi di peringkat pusat...


Perkara ini terbukti bila Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau sendiri, Fauzi bin Faizal, mengeluarkan kenyataan yang menafikan kenyataan Maulizun adalah pendirian akar umbi UMNO Bahagian Tebrau, malah Fauzi sendiri mengakui bahawa kenyataan Maulizun adalah bersifat peribadi (BACA DI SINI)...

Kalau kenyataan Maulizun adalah bersifat peribadi, siapakah dalang di sebalik kecaman yang di buat oleh Maulizun? (BACA DI SINI)...

Kalau benar seperti apa yang di dedahkan, ternyata perjuangan Maulizun selama ini hanyalah perjuangan yang mempunyai kepentingan peribadi...

Inilah wajah2 pemimpin yang membusukkan dan merosakkan UMNO selama ini...

Kenapa perlu di ambil budaya menjatuhkan orang lain, demi untuk kepentingan peribadi...

Bukankah budaya yang cukup menjijikkan itu adalah budaya yang telah berkali2 memecahbelahkan perpaduan UMNO...

Jaminan Dari Seorang Pengerusi Perhubungan Bersatu Johor Tidak Akan Memberanikan Seorang Ketua Bahagian UMNO Untuk Memecahbelahkan UMNO


Jelas, malah sangat jelas bagi kita, apa yang di lakukan oleh Maulizun bukanlah agenda parti...

Sebagai seorang Ketua Bahagian, adalah sangat TIDAK WAJAR bagi Maulizun mengeluarkan kecaman sebegitu rupa secara umum...

Bukanlah maksud admin bahawa UMNO masih lagi mengamalkan budaya feudal...

Tetapi menegur dan mengkritik pemimpin mestilah di lakukan dengan saluran dalaman yang betul...

Bukannya mengeluarkan kecaman yang berbentuk hasutan di media cetak untuk jadi tatapan kawan dan lawan...

Sebagai seorang politikus yang mempunyai kepentingan peribadi, Maulizun, yang cuma berjawatan Ketua Bahagian, perlukan jaminan dari pemimpin yang lebih berpengaruh dari seorang Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Johor untuk melaksanakan agenda memecahbelahkan UMNO...

Siapa di belakang Maulizun?

Apakah pemimpin2 utama Bersatu?

Kemungkinannya besar sekali kerana seperti yang kita tahu, Bersatu sedang bergolak...

Pemimpin2 utama Bersatu seakan2 telah nampak jalan penghujung karier politik mereka bila menerima 2 tekanan dan asakan dari DAP secara serentak...

Satu2nya pemimpin Bersatu yang agak di segani oleh pemimpin PH ialah Mahathir...

Tanpa Mahathir, Bersatu ibarat melukut di tepi gantang dalam PH...

Mahathir berada dalam keadaan yang sangat2 terdesak dan tertekan sekarang ini...


Kerana pendirian Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, untuk pertahankan matrikulasi, DAP telah mengambil kesempatan untuk memberi tekanan kepada Mahathir supaya memecat Maszlee...

Dan lebih rakus lagi, DAP mahu jawatan Maszlee di berikan kepada timbalan beliau, Teo Nee Chin...

Di telan mati mak, di luah mati bapak...

Sekiranya Mahathir mengikut kehendak DAP, rakyat malah akar umbi Bersatu pasti akan pertikaikan keputusan Mahathir memecat Maszlee kerana :

》Maszlee adalah salah seorang pemimpin dari Bersatu dan sekiranya Mahathir mengikut kehendak DAP, pasti penyokong Maszlee akan marah dan menuduh Mahathir demi 'survivor' politik peribadi, Mahathir sanggup mengenepikan pemimpin dari Bersatu kerana mahu menjaga hati DAP...

》Rakyat pula akan mempersoalkan tindakan Mahathir kerana dalam kes rusuhan kuil Sri Mariamman, rakyat mengumpulkan ratusan ribu tandatangan sebagai petisyen untuk mendesak Mahathir supaya memecat Waytamoorthy kerana bersikap rasis yang keterlaluan namun Mahathir mempertahankannya dan kini bila keadaan yang sama berlaku pada Maszlee, mengapakah Mahathir akur?


》Mahathir juga berada dalam keadaan yang amat tertekan bila Lim Kit Siang, penasihat DAP, mahu Mahathir menyatakan tempoh dan peralihan kuasa kepada Anwar...

Kenyataan Kit Siang bolehlah di anggap sebagai satu arahan kepada Mahathir, kerana gagal mematuhi arahan, sudah pasti DAP dan PKR akan memulakan gerakan besar2an untuk menyingkirkan Mahathir...

Apa pilihan yang Mahathir ada?

Sudah pasti memperkukuhkan kedudukan Bersatu dalam kerajaan...

Sekiranya undi tidak percaya di gerakkan, Mahathir sudah dapat jaminan dari PAS untuk menyokong kedudukan beliau...

Namun itu belum mencukupi bagi mematahkan cubaan undi tidak percaya...

Untuk meminta bantuan UMNO secara terang2 adalah tidak mungkin dan agak mustahil untuk UMNO memberikan talian hayat kepada Mahathir...

Maka jalan yang terbaik ialah memecahbelahkan UMNO dari dalam dan macai yang berada dalam posisi yang terbaik ialah Maulizun...

Kerana apa?

Kerana Mazlan Bujang, adik Maulizun ialah Pengerusi Perhubungan Bersatu Johor...

Apa tugas Maulizun?

Timbulkan keresahan di kalangan ahli UMNO dengan mengatakan sokongan akar umbi UMNO akan beralih arah kalau DS Zahid buat 'come back', timbulkan persepsi di kalangan penyokong DS Zahid, bahawa kem Tok Mat Hassan sedang merancang untuk menyingkirkan DS Zahid...

Pasti UMNO akan berpecah sekali lagi dan kem yang menang dalam persengketaan yang tak sepatutnya ada akan kekal dalam UMNO dan kem yang tewas akan keluar dari UMNO...


Maka tiba masanya untuk Mazlan, adik Maulizun pula akan melakukan gerakan...

Sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Johor, maka mudahlah segala arahan dan syarat2 di berikan kepada team yang keluar dari UMNO, apatah lagi Presiden Bersatu juga berasal dari Johor!!!

Antara syarat utama untuk di terima ke dalam Bersatu ialah WAJIB sokong Mahathir kalau ada gerakan undi tidak percaya...

Maka sekali lagi Mahathir akan mendapat talian hayat dari parti UMNO, parti yang hendak di kuburkannya...

Kepada Maulizun, kalau dah tak ada keyakinan dan kepercayaan pada kepimpinan tertinggi UMNO, keluarlah dari UMNO secara terhormat sebelum di pecat...

Kepada penyokong DS Zahid dan Tok Mat Hassan, jangan di layan perkara2 mengarut begini...

Berilah keyakinan, kepercayaan dan ketaatan tak berbelah bagi pada pemimpin utama kita...

Mereka tahu apa yang terbaik perlu di lakukan...

Mari kita bersama2 pemimpin kita merealisasikan agenda Penyatuan Ummah, kerana sudah sampai masanya masyarakat Melayu Islam tunjukkan kuasa penyatuan kita pada bangsa DAP supaya mereka tahu apa erti menghormati hak tuan rumah!!!

Apa kaitan Najib pula dalam isu nie...

Najibkan 'kekasih pujaan hati' Mahathir sekarang nie...

Setiap 'zikir', setiap 'doa', dari mulut Mahathir, WAJIB ada nama DS Najib...

Kalau tak percaya, tanyalah sendiri pada Mahathir!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/05/budaya-menjatuhkan-pemimpin-ala_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ag Harus Berkredibiliti Inkues Adib Seolah Ada Agenda Belakang Tabir

Ag Harus Berkredibiliti Inkues Adib Seolah Ada Agenda Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR 31 Mei Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan institusi Peguam Negara seharusnya berkredibiliti tinggi dan tidak wajar dinampakkan dipengaruhi oleh mana mana pihak dalam inkues kematian anggota bomba...
Mukriz Benih Mahathir Yang Gagal

Mukriz Benih Mahathir Yang Gagal

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 338 hits
Akhirnya Mukriz Mahathir memohon maaf kepada DYMM Sultan Johor kerana kebiadapan beliau tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor dan TMJ Yang seronoknya apabila hendak pertahan tindakan biadap Mukriz Ratu Naga siap buat video kononnya raky...
Video Perbuatan Tidak Endah Keluarga Diraja Johor Adalah Cerminan Peribadi Yang Sebenar Diri Mukhriz Mahathir

Video Perbuatan Tidak Endah Keluarga Diraja Johor Adalah Cerminan Peribadi Yang Sebenar Diri Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 554 hits
Ramai yang mengkritik kebiadapan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang dengan sengaja tidak menghulurkan tangan dan menyapa keluarga DiRaja Johor semasa di Pekan Pahang semalam Perbuatan yang mendapat kritikan netizen ini juga dirakamka...
Sultan Johor Dan Dr Mahathir Bertemu Kali Kedua Di Pahang

Sultan Johor Dan Dr Mahathir Bertemu Kali Kedua Di Pahang

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 847 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama anaknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya bersemuka di Pahang selepas kontroversi membabitkan mereka menjadi topik hangat Menerusi laman sosial r...
Jiwa Lemah Jika Bergantung Pada Pemberian Orang Lain Kata Dr Mahathir

Jiwa Lemah Jika Bergantung Pada Pemberian Orang Lain Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 234 hits
Jiwa lemah jika bergantung pada pemberian orang lain kata Dr Mahathir Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Ma
Even If Half A Million People Signed Petition Mahathir Won T Sack Maszlee Why Because Bersatu Is No Different From Umno

Even If Half A Million People Signed Petition Mahathir Won T Sack Maszlee Why Because Bersatu Is No Different From Umno

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 305 hits
The online petition to replace education minister Maszlee Malik is now signed by more than 100 000 people and is progressing very well towards the goal of 150 000 signatures Many people around me have signed unhesitantly Of course we all kn...
Marina Mahathir Pertikai Jabatan Agama Tangkap Orang Tidak Puasa

Marina Mahathir Pertikai Jabatan Agama Tangkap Orang Tidak Puasa

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 802 hits
KUALA LUMPUR Anak Perdana Menteri Marina Tun Dr Mahathir diingatkan tidak membandingkan Malaysia dengan negara Barat dalam soal penguatkuasaan undang undang syariah khususnya melibatkan kesalahan tidak berpuasa Exco Pemuda Pergerakan UMNO M...
Mahathir S Help Sought To Cancel Penang Reclamation

Mahathir S Help Sought To Cancel Penang Reclamation

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 375 hits
Forty five organisations in Penang plan to send a joint memorandum to request the intervention of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to cancel the proposed Penang South Reclamation project Penang Malay Association president Mohd Yussof Lati...
Mohon Maaf Atas Kekhilafan Tidak Bersalaman Mukhriz Mahathir

Mohon Maaf Atas Kekhilafan Tidak Bersalaman Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 429 hits
Mohon Maaf Atas Kekhilafan Tidak BersalamanLangkawi YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam sidang media beliau ketika hadir ke majlis berbuka puasa bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi di Masjid Nurus Salam memohon maaf a...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat