Budak Lemas Ditarik Ombak


Oleh Mohd Khidir Zakaria
Anggota bomba memberi bantuan pernafasan kepada Muhammad Nurmubien sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson. - NSTP/Mohd Khidir ZakariaPORT DICKSON: Kegembiraan sekeluarga menyambut hari lahir di tepi pantai direntap sekelip mata selepas seorang kanak-kanak berusia enam tahun lemas dalam kejadian di pantai Sea View, Tanjung Gemuk di sini, petang tadi
Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam ditemui pada jam 6.40 petang masih bernyawa kira-kira 10 meter dari pesisir pantai.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata bapa mangsa, Muhammad Miqdam Bahtiar, 36, yang sedang berehat di bawah pokok terlihat dua anaknya berusia lapan dan 10 tahun yang bermain di tepi pantai, ditarik ombak kira-kira jam 4.15 petang.
"Bapa mangsa bergegas ke pantai untuk menyelamatkan dua anaknya itu tanpa menyedari seorang lagi anaknya iaitu mangsa mengekori di belakang dan turut ditarik ombak.
"Ketika kejadian, keadaan angin agak kuat dan ombak yang kuat menyebabkan mangsa dibawa arus.
"Kanak-kanak itu ditemui jam 6.30 petang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian mangsa dibawa ombak," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 pada jam 5.07 petang tadi.
"Operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat menemui mangsa pada jam 6.40 petang tadi kira-kira 10 meter dari pesisir pantai," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Katanya, anggota pasukan penyelamat memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.
Sementara itu, Muhammad Miqdam berkata, mereka sekeluarga meraikan ulang tahun anak bongsunya yang berusia tiga tahun.
"Kami sekeluarga tiba di pantai kira-kira jam 3 petang dan selepas makan, anak-anak saya bermain air di pantai.
"Saya ada berpesan supaya hanya mandi di tepi pantai sahaja. Semuanya berlaku terlalu pantas kerana tidak sampai beberapa minit, saya lihat anak saya sudah berada di tengah laut.
"Saya cuba berenang mendapatkan anak saya namun tidak sempat kerana ombak agak kuat.
"Ombak terlalu kuat menolak dan saya juga hampir lemas namun sempat berpaut pada batu di pantai," katanya ketika ditemui di HPD, malam ini.
Beliau berkata , jenazah anaknya itu akan dibawa ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban malam ini.
Seramai 34 pegawai dan anggota bomba bersama Anggota Pertahanan Awam (APM) Port Dickson serta dan Polis Diraja Malaysia terbabit dalam operasi itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/budak-lemas-ditarik-ombak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Longkang

Budak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Longkang

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 358 hits
Budak dikhuatiri lemas terjatuh longkang SHAH ALAM Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4 Kampung Baru Hicom Seksyen 26 di sini petang tadi Pengarah Jab...
Bot Karam Di Perairan Pulau Satang 10 Pemancing Dikhuatiri Lemas

Bot Karam Di Perairan Pulau Satang 10 Pemancing Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 292 hits
BernamaKUCHING Seramai 10 pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada kedudukan kira kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang di sini tengah hari tadi Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysi...
Bot Karam 10 Pemancing Dipercayai Lemas Di Perairan Pulau Satang

Bot Karam 10 Pemancing Dipercayai Lemas Di Perairan Pulau Satang

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 197 hits
Bot karam 10 pemancing dipercayai lemas di perairan Pulau Satang KUCHING Seramai 10 pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada kedudukan kira kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang di sini tenga...
Tiga Kanak Kanak Dikhuatiri Lemas Di Muara Sungai Setiu

Tiga Kanak Kanak Dikhuatiri Lemas Di Muara Sungai Setiu

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 218 hits
SETIU Tiga kanak kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk di sini hari ini Insiden menimpa ketiga tiga mangsa yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki berlaku pada kira kira...
Lemas Kanak Kanak Perempuan Hilang Jatuh Longkang

Lemas Kanak Kanak Perempuan Hilang Jatuh Longkang

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 205 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4 Kampung Baru Hicom di Shah Alam Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima m...
Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Ambil Pukat Di Sungai Padas Kuala Tomani

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Ambil Pukat Di Sungai Padas Kuala Tomani

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 332 hits
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Padas petang tadi Foto BOMBA Operasi mencari dan menyelamat dihentikan petang tadi kerana cuaca tidak mengizinkan TENOM Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mengambil puka...
Warga Emas Dilaporkan Tidak Pulang Ke Rumah Ditemukan Lemas Dalam Parit

Warga Emas Dilaporkan Tidak Pulang Ke Rumah Ditemukan Lemas Dalam Parit

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 265 hits
Anggota bomba mengangkat mayat seorang warga emas yang mati lemas di dalam parit di Parit Bentong Jalan Parit Jalil Tongkang Pechah Batu Pahat Johor hari ini Foto BERNAMA Warga emas gagal pulang kontak rapat kes Covid 19 ditemui lemas di pa...
Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 27 September Aliran Menurun Ditarik Semula Dari Pasaran Sekali

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 27 September Aliran Menurun Ditarik Semula Dari Pasaran Sekali

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 282 hits
Pasangan mata wang EUR USD carta 1 Jam Pada Jumaat pasangan mata wang EUR USD dilihat telah membuat penurunan baru ke tahap pembetulan 100 0 melantun daripadanya dan memihak kepada mata wang Eropah Koridor arah aliran terus mencirikan suasa...
Ubat Kencing Manis Metformin Penyebab Kanser Dan Rosakkan Buah Pinggang Sah Ditarik Balik

Ubat Kencing Manis Metformin Penyebab Kanser Dan Rosakkan Buah Pinggang Sah Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 494 hits
Berjuta juta biji ubat telah terjual dan dimakan oleh pengguna semenjak bertahun tahun yang lalu Namun kini baru ia dibongkarkan dan tindakan dilakukan Pada 5 May 2020 syarikat Apotex Corp mengambil keputusan menarik balik kesemua lot ubat ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow