Budak 9 Tahun Setia Bantu Bapa Gali Kubur


Muhammad Qahir Thaqif Muhammad Adam, 9, menolong ayahnya Muhammad Adam Muhammad Amin, 32, untuk menggali kubur untuk dikebumikan. Gambar oleh NSTP / EFFENDY RASHID


Sungai Buloh: Berkampung di tanah perkuburan membantu bapa menggali kubur sama sekali tidak menggentarkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ini, sekalipun ketika negara masih berperang dengan pandemik Covid-19.

Mungkin ramai beranggapan, Muhammad Qahir Thaqif Muhammad Adam sepatutnya mengisi masa senggang bersama keluarga dan rakan, namun tidak baginya yang mahu menimba pengalaman baharu, tambahan pula sesi persekolahan masih belum dibuka.

Menceritakan pengalamannya, Muhammad Qahir Thaqif berkata, dia membantu bapanya, Muhammad Adam Muhammad Amin, 32, menggali kubur sejak tahun lalu lagi di Tanah Perkuburan Masjid Jamek 2 (Masjid Kusta Lama) dan Tanah Perkuburan Kampung Melayu Sungai Buluh, di sini.

Katanya, dia banyak membantu dalam pengurusan jenazah bayi dan sehingga kini dia sudah menggali kubur untuk lebih 20 pengebumian jenazah bayi, tetapi bukan semuanya yang meninggal dunia akibat Covid-19.

"Pada awalnya saya hanya mengikuti bapa ke kubur, namun lama-kelamaan saya dapat belajar daripada apa yang saya lihat.

Muhammad Qahir Thaqif membantu bapanya, Muhammad Adam dalam urusan penggalian kubur. FOTO EFFENDY RASHID "Bapa bagi kepercayaan kepada saya untuk menggali kubur selepas itu dan ia pengalaman yang berharga buat saya, apatah lagi menggali kubur untuk pengebumian bayi. Ia memang menginsafkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Setiap kali membantu menggali kubur, Muhammad Qahir Thaqif perlu menyarungkan pakaian perlindungan diri (PPE), bagaimanapun tugasnya hanya terhad untuk menggali dan menanam kubur semula sahaja serta tidak boleh mendekati jenazah.

"Lazimnya, tugas saya bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam, walaupun panas tapi saya puas kerana dapat membantu, lagi pula besar pahalanya.

"Pernah juga saya mengajak rakan untuk ikut saya menggali kubur, tetapi mereka menolak kerana takut," katanya.

Sementara itu, bapanya, Muhammad Adam berkata, selepas mendapati anaknya mahir dalam pengurusan penggalian kubur, dia dan rakan tidak teragak-agak menyerahkan tugas itu kepada Muhammad Qahir Thaqif.

Katanya, sebelum ini ramai yang tidak percaya dengan kebolehan anaknya kerana usianya yang masih muda, sehingga mereka melihat sendiri Muhammad Qahir Thaqif menggali dan mengebumikan jenazah.

"Seperti yang sedia maklum, tanah perkuburan sering dikaitkan dengan cerita seram, namun anak saya tidak pernah takut untuk berada di kawasan perkuburan.

"Tanah perkuburan ini sudah diibaratkan seperti 'taman' untuk anak saya, bukan sahaja buat Muhammad Qahir (Thaqif), bahkan adiknya (Nur Qaireen Yusra, 6)," katanya.

Katanya, dia tidak pernah memaksa anak sulungnya itu untuk mengikut jejaknya, namun dia sebagai bapa dia gembira melihat anaknya rajin membantu tanpa banyak kerenah, apatah lagi ia fardu kifayah. - Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/budak-9-tahun-setia-bantu-bapa-gali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Lelaki 5 Tahun Tak Sengaja Tertembak Adik Perempuan

Budak Lelaki 5 Tahun Tak Sengaja Tertembak Adik Perempuan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 232 hits
KELUARGA mangsa membawa anak mereka ke Hospital Deer River namun mangsa gagal diselamatkan Abang tak sengaja tertembak adik perempuan MINNESOTA Seorang budak lelaki berusia 5 tahun tidak sengaja tertembak adik perempuannya berumur 3 tahun d...
Lelaki Tetak Bapa Kerana Bengang Dengar Suara Tangisan Anak Saudara Berusia 4 Tahun

Lelaki Tetak Bapa Kerana Bengang Dengar Suara Tangisan Anak Saudara Berusia 4 Tahun

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 435 hits
Lelaki tetak bapa kerana bengang dengar suara tangisan anak saudara berusia 4 tahunSeorang lelaki warga emas berusia 66 tahun parah ditikam anak lelakinya berusia 23 tahun yang dipercayai marah selepas mendengar anak saudaranya menangis Ket...
Budak 12 Tahun Ditemui Lemas Dalam Longkang

Budak 12 Tahun Ditemui Lemas Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 232 hits
Anggota Angkatan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan kanak kanak terbabit dari sebuah longkang besar di Jalan Padi Mahsuri di Johor Bahru malangnya dia disahkan meninggal dunia JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ditemu...
Bapa Dipenjara 9 Tahun Tembak Anak 6 Tahun Dengan Bakakuk

Bapa Dipenjara 9 Tahun Tembak Anak 6 Tahun Dengan Bakakuk

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 246 hits
Gubit Kuwou 58 dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana menembak bakakuk ke atas puteranya yang berusia enam tahun Pic ihsan Ram Singh KOTA KINABALU Seorang lelaki yang secara tidak sengaja menembak anaknya dengan bakakuk semasa berte...
Budak 9 Tahun Cipta Rekod Berjaya Menamakan 213 Kapal Terbang Dalam Masa 6 Minit

Budak 9 Tahun Cipta Rekod Berjaya Menamakan 213 Kapal Terbang Dalam Masa 6 Minit

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 486 hits
Sarvysswharrann meminati segala perkara yang berkaitan dengan kapal terbang sejak kecil Foto Yogeswaran Tamil Selvam Seorang pelajar Tahun Tiga dari SJK Taman Melawati di Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia di peta dunia bila berjaya mem...
Gadis Dipujuk Oleh Bapa Mengundang Sebak Ditinggal Boyfriend Setelah 4 Tahun Bersama

Gadis Dipujuk Oleh Bapa Mengundang Sebak Ditinggal Boyfriend Setelah 4 Tahun Bersama

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 194 hits
Setiap pasangan yang bercinta sudah tentu mempunyai impian agar hubungan tersebut berkekalan hingga ke jinjang pelamin Namun begitu pasti ad apasangan yang terkandas dan terpaksa melupakan hasrat tersebut atas sebab sebab tertentu Apa yang ...
Tragis 4 Gambar Budak 5 Tahun Maut Di Langgar Van Ketika Ibu Beli Belah

Tragis 4 Gambar Budak 5 Tahun Maut Di Langgar Van Ketika Ibu Beli Belah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 262 hits
Kuantan Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Bukit Sekilau dekat sini petang tadi Mangsa Muhammad Haikal Khamram 5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah Pegawai Turus ...
Hiburan Segalanya Atas Kerelaan Pu Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam

Hiburan Segalanya Atas Kerelaan Pu Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 267 hits
Pelakon dan juga pendakwah selebriti Pencetus Ummah Azman meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat membantu seorang wanita yang berhajat untuk memeluk Islam menerusi siaran langsung Instagramnya baru baru ini Ujar PU Azman perkara te...
Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 184 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau akan terus mengambil pendekatan untuk membantu kerajaan baharu bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menurutnya ia termasuk dengan cara memantau memberi pandangan d...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik