Bubur Lambuk Utara Buat Tambah Bermangkuk


Bubur lambuk sememangnya juadah paling istimewa di Malaysia khususnya apabila tiba bulan Ramadan yang mulia. Bagi kita, juadah ini tak memelikkan atau aneh tapi bagi yang tidak biasa dengan budaya Malaysia, mungkin mereka akan berasa pelik kenapa juadah kosong dan membosankan seperti bubur begitu bermakna untuk rakyat Malaysia?
Mungkin saya tidak dapat beri jawapan yang tidak berat sebelah. Mana tidaknya, saya membesar dengan juadah bubur lambuk ini sejak kecil lagi, betul tak? Apapun, kalau dilihat dari segi logik, bubur lambuk cukup lembut dan ringan untuk diterima perut setelah seharian berpuasa.
Di samping itu, kandungan karbohidrat yang tinggi membuatkan anda lebih tahan lapar dan tidak terlebih makan. Tambahan pula, bubur lambuk Malaysia memang enak, tak macam bubur lain. Jadi, memang tiada siapa kisahlah kalau kena makan bubur saja sepanjang bulan Ramadan.
Variasi Bubur Lambuk Anak jati Malaysia yang tak pernah cuba bubur lambuk memang cukup rugi. Sepanjang 28 tahun saya hidup, hari yang saya paling nanti-nantikan sepanjang bulan Ramadan ialah hari masjid akan menyediakan bubur lambuk beramai-ramai.
Memang ‘syok’ tengok orang ramai bergotong-royong menyediakan bubur lambuk ini. Baik yang muda mahupun tua, semua berebut-rebut nak menyumbang kudrat. Mungkin semangat kerjasama inilah yang membuatkan bubur lambuk di masjid terasa lebih enak dan menyelerakan.
Namun begitu, sepanjang saya mengenali juadah bubur lambuk ini, saya tak pernah sangka bahawa ada variasi bubur lambuk lain menurut kawasan. Sebagai contoh, di kawasan tengah semenanjung, rasa bubur lambuk lebih lemak manis manakala di kawasan pantai timur, bubur lambuk di sana lebih berkhasiat kerana ulam-ulaman yang dimasukkan.
Kenali Bubur Lambuk Oleh itu, saya berazam untuk belajar kesemua jenis bubur lambuk yang ada di Malaysia dengan harapan saya dapat memberi maklumat baru tentang bubur lambuk yang mungkin anda tak tahu sebelum ini.
Bagi yang tidak pernah cuba merasa sajian bubur lambuk ini, saya syorkan anda untuk mencuba resepi bubur lambuk utara terlebih dulu. Hal ini demikian kerana bubur lambuk utara lebih bersifat savouri. Dalam erti kata lain tidak begitu manis atau lemak. Rasanya lebih berempah dan berperisa berbanding variasi bubur lain. Untuk memudahkan anda, saya memutuskan untuk kongsi resepi bubur lambuk utara kegemaran saya, Ayuh kita lihat cara menyediakannya.
Bahan-Bahan:
a) Bubur
1 cawan (200 g) beras 7 cawan (1500 ml) air b) Bahan Perasa
1 inci halia, ditumbuk atau dihiris 1batang serai, dititik 1 batang lobak merah, dipotong dadu 200g daging tenderloin, dicincang (boleh diganti dengan ayam cincang atau bahagian rusuk)200g udang (saiz sederhana atau besar), buang kepala dan kulit1 cawan santan 2 sudu besar udang kering, dicuci dan tos hingga kering 1 sudu besar halba1 sudu besar lada hitam1 sudu besar lada sulah4 sudu besar lobak putih asin, direndam, dibilas dan dipotong dadu2 sudu teh garam c) Tumis Darat
3 sudu besar minyak masak atau minyak sapi 8 biji bawang merah, dihiris nipis d) Hiasan
segenggam daun sup, dihiris segenggam daun bawang, dihiris Cara-Cara:
Dalam periuk besar, didihkan beras dengan air, serai, halia, lobak merah dan daging cincang hingga beras memecah dan menjadi daging menjadi empuk. Kacau sesekali untuk elakkan bubur melekat pada periuk. Masukkan santan, udang kering, halba dan lada sulah. Teruskan mereneh bubur atas api sederhana besar.Masukkan udang dan lobak asin. Perasa dengan garam dan lada hitam secukupnya.Dalam kuali, panaskan minyak masak atau minyak sapi atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang merah dan goreng hingga wangi dan bertukar perang keemasan. Setelah siap, tuang ke dalam periuk bubur.Hias dan hidang. Bubur Warisan Kita Walaupun bubur lambuk merupakan juadah yang membosankan dan tidak begitu berperisa seperti juadah kita yang lain, bubur lambuk merupakan peninggalan tradisi nenek moyang kita yang mesti diteruskan hingga ke generasi seterusnya.
Bermula sebagai aktiviti gotong-royong, kini bubur lambuk menjadi sebahagian daripada nostalgia kita berpuasa bersama keluarga dan orang tersayang di kampung. Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak membuka mata anda tentang variasi bubur lambuk yang lain dan saya harap resepi keluarga saya ini dapat membantu anda menghidupkan semula kenangan manis berpuasa di kampung di rumah anda.
Jika anda rindukan rumah dan mahu masakan rumah dihantar di pintu rumah anda, anda boleh ikuti profil laman sosial saya di Facebook dan Instagram untuk anda rasa air tangan saya sendiri menyediakan makanan kegemaran anda. Mungkin tak sama seperti mak anda sediakan tapi bolehlah untuk menghilangkan kerinduan.
Bagi anda yang nak ikuti lebih banyak resepi keluarga, warisan dan resepi klasik kegemaran anda, ikuti Butterkicap untuk perkembangan terkini.
The post Bubur Lambuk Utara Buat Tambah Bermangkuk appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/bubur-lambuk-utara-buat-tambah-bermangkuk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Lambuk Utara Congee Like No Other

Bubur Lambuk Utara Congee Like No Other

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 333 hits
Bubur lambuk congee porridge whatever you want to call it is undeniably quite bland when compared to the other more vibrant and flavourful Malaysian dishes However we Malaysians don t do bland food the way most people would We like its subt...
5949 Aktiviti Agihan Sumbangan Bubur Lambuk Dan Barangan Makanan Asas Kepada Penduduk Ppr Beringin Ppim 09 05 2020

5949 Aktiviti Agihan Sumbangan Bubur Lambuk Dan Barangan Makanan Asas Kepada Penduduk Ppr Beringin Ppim 09 05 2020

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 583 hits
7 MEI 2020 Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dengan kerjasama Yayasan Hasanah telah mengagihkan sumbangan bubur lambuk serta barangan makanan asas kepada penduduk PPR Beringin terutamanya golongan asnaf Misi ini turut disertai oleh aktivis Per...
5917 Aktiviti Pengagihan Juadah Bubur Lambuk Di Ppr Desa Rejang 02 0

5917 Aktiviti Pengagihan Juadah Bubur Lambuk Di Ppr Desa Rejang 02 0

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 461 hits
2 MEI 2020 Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan dengan kerjasama Yayasan Hasanah mengagihkan juadah bubur lambuk kepada penduduk PPR Desa Rejang Setapak yang turut disertai oleh sukarelawan PPIM dan AJK surau
Masjid India Muslim Ipoh Distribute Bubur Lambuk To Frontliners

Masjid India Muslim Ipoh Distribute Bubur Lambuk To Frontliners

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 230 hits
The Masjid India Muslim in Ipoh popular for its special mutton bubur lambuk which is distributed to the public during Ramadan has changed its tradition this year by cooking the dish specially for frontliners Chairman of the mosque committee...
Wakil Rakyat Bukit Melawati Agih Bubur Lambuk Setiap Isnin Khamis

Wakil Rakyat Bukit Melawati Agih Bubur Lambuk Setiap Isnin Khamis

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 389 hits
SHAH ALAM 28 APRIL Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati mengagihkan pek bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan setiap Isnin dan Khamis sepanjang Ramadan ini kata ahli dewan negerinya Juwairiya Zulkifli berkata agihan bertujuan mengharga...
The Og Bubur Lambuk Kampung Baru Recipe

The Og Bubur Lambuk Kampung Baru Recipe

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 420 hits
All the ingredients you need Our Bubur Lambuk journey won t be complete without mentioning the original or the OG as the millennials call it Bubur Lambuk Kampung Baru Why is it the orginal you ask Well for this we got to go back all the way...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat