Bubur Berlauk Jim S Porridge Sedap Dan Mengenyangkan Order Online Je
hai assalammualaikum
Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis, Sedap Dan Mengenyangkan - Bulan puasa ni, bila takda bazar, memang kena masak jela. Tapi haritu, nad selsema, badan tak berapa sihat, suami pulak sakit gigi, teringin nak makan bubur. Nak masak tak larat. Lepas tu ternampak pulak Kak Nina dan Kak Julia Johari post diaorang berbuka puasa dengan bubur berlauk Jim's Porridge. Ya Allah, macam tau-tau je nad teringin bubur, tengok buburnya penuh, aneka jenis lauk pulak tu. Esoknya terus nad order bubur berlauk Jim's Porridge ni, order online je senang dekat https://jimsporridge.oddle.me/en_My, terus diaorang delivery sampai rumah.
Alhamdulillah, sampai dekat rumah dengan keadaan bubur masih panas. Masa tengok gambar macam kecik je, tapi rupanya portion dia besar. Bagusnya, lauk atau topping yang kita pilih tu dia asingkan. Jadi takdela bercampur dan topping dia masih segar dan sedap. Masa terima tu, bau dia memang menduga tau..hahaa..Bau dah sedap apa lagi kalau makan nanti..hahaha..
Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis Ni rupa asal bubur nasi biasa. Kalau korang nak baisa pun boleh, dalam ada ayam atau daging. Tapi mestila nak berlauk juga biar tambah sedap bubur tu kan. Dekat Jim's Porridge ada 12 ramuan atau 'lauk' yang berbeza bersama dengan bubur yang korang boleh cuba.
Antara lauk yang ada, kentang goreng, telur masin, kacang, ikan bilis, ikan masin lobak manis, udang goreng rangup, tempe goreng, halia goreng, lala lobak manis, sambal paru, kerepek peria dan sotong lobak manis. Setiap lauk ni korang hanya tambah RM1 sahaja.
Untuk Ramadhan ni, diaorang ada Ramadhan Combo, mana dapat 15% off diskaun dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk set. Jadi, sebab ada diskaun nad pilih Ramadhan Combo ni. Nad pilih bubur berlauk Set A, Set B, Set C dan Set E. Sebab ingat portion dia kecik tu order 4 bubur. Rupanya portion dia boleh makan untuk dua orang...hehee. Tapi nasib baik sedap, anak-anak pun suka.
Ok, meh nad tunjuk apa lauk yang ada di set-set ni.
Set A - Bubur Berlauk, dengan ikan masin lobak, kacang, udang, kentang dan telur masin
Set B - Bubur Berlauk dengan kentang, telur masin, udang, kacang dan lala lobak
Set C - Bubur Berlauk dengan paru, peria, ikan bilis, telur masin dan kacang
Set D - Bubur Berlauk dengan paru, halia, tempe, telur masin dan kentang
Set E - Bubur Berlauk dengan sotong lobak, ikan bilis, peria, kacang dan telur masin.
Masa nak dekat berbuka tu, baru nad letak topping atas bubur.
Bagi nad semua sedap, dan paling sedap adalah Set C, sebab ada paru..ehhe.. Serius memang sedap sambal paru dia. Memang berbuka makan Bubur Berlauk Jim's Porridge ni kenyang sangat.
Macam anak-anak tak habis, nad masukkan dalam peti ais, dan masa sahur panaskan dengan microwave. Bekas dia boleh masukkan dalam microwave.
Nak makan bubur tak semestinya waktu sakit, bila korang dah rasa nak makan bubur, dah jemu dengan makanan biasa, boleh je order bubur ni.
Ok korang kalau nak tempah boleh klik link https://jimsporridge.oddle.me/en_My.
Waktu Tempahan :- Isnin - Ahad ( 11 pagi - 4 petang)
Lokasi penghantaran : Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat.
Jim's Porridge ada kios tau! So korang boleh laaa datang ke KIOSK tapau / take away menu-menu pilihan korang. Kiosk dibuka setiap hari dari jam 11am - 8pm
Lokasi kiosk
- Kiosk 1 : Ground Floor Busana@Menara MARA
- Kiosk 2 : walkway Jakel (sebaris dengan kiosk chatime)
Nak tau lebih lagi boleh layari
IG: https://instagram.com/jimsporridge
FB: https://www.facebook.com/jimsporridge/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/05/bubur-berlauk-jims-porridge-sedap-dan.html