Bubarkan Parlimen Segera




PH tiada pilihan, bubarkan parlimen – Ismail Sabri
Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menggesa kerajaan PH supaya membubarkan parlimen kerana telah hilang keyakinan rakyat.
“Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan lah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau. Majoriti kekalahan PH meningkat daripada 3,000 lebih di Cameron Highlands ke 4,000 lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak kepada 15,000 lebih di Tanjung Piai.
“Mesej rakyat amat jelas iaitu mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui pemerintahan negara ini.
“Keputusan Tanjung Piai merupakan referendum rakyat yang menolak kerajaan hari ini.
“Kerajaan tiada pilihan lagi selain daripada membubarkan parlimen,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Ismail berkata PH kalah meski pun membuat pelbagai janji peruntukan terhadap kawasan parlimen itu.
Selain itu, katanya polisi PH yang mengurangkan bantuan kepada masyarakat luar bandar telah membebankan penduduk di sana.
“Yang menambahkan kekecewaan rakyat adalah apabila dasar kerajaan yang dilihat gagal malah telah membebankan hidup mereka.
“Walaupun menteri-menteri PH turun untuk memberikan janji-janji manis namun rakyat Tanjung Piai sudah tidak mempercayai PH lagi.
“Bagi mereka cukup lah sekali ditipu, mereka tidak rela ditipu secara berterusan lagi,” katanya lagi.
Pengiktirafan Muafakat Nasional
Sementara itu, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar BN di Tanjung Piai menandakan rakyat mengiktiraf kerjasama parti itu dan PAS melalui Muafakat Nasional yang baru dibentuk pada September lalu.
Walaupun PAS tidak memiliki hubungan rasmi dengan MCA dan MIC, parti itu mengambil pendekatan mesra dengan rakan Umno di dalam BN.
“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat. Ia manifestasi penolakan kerajaan yang menzalimi dan mengabaikan rakyat. Kerajaan sekarang sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
“Rakyat sudah bersuara untuk mengiktiraf Muafakat Nasional sebagai pembela nasib masa depan mereka,” katanya pada hari ini.
Kenyataan Zahid selari dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam yang berkata bahawa kemenangan besar calon BN Wee Jeck Seng di Tanjung Piai adalah kejayaan pembangkang melalui kerjasama Muafakat Nasional.
“PAS mengucapkan tahniah atas kemenangan calon BN yang mewakili suara pembangkang di PRK Tanjung Piai, dan menyifatkan keputusan ini sebagai kejayaan bersama Muafakat Nasional.
“Kemenangan ini menunjukkan penerimaan rakyat bermasyarakat majmuk terhadap agenda penyatuan ummah, seterusnya mengorak langkah bagi mengukuhkan kerjasama dan integrasi yang lebih erat di peringkat nasional,” kata Abdul Hadi pada suatu kenyataan malam tadi.
Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar, iaitu 15,086 undi.
Beliau mendapat 25,466 undi manakala calon PH Karmaine Sardini hanya 10,380 undi.
Calon lain yang bertanding hilang wang pertaruhan iaitu Wendy Subramaniam daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) mendapat 850 undi, dan dua calon bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing meraih 380 dan 32 undi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/18/bubarkan-parlimen-segera-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tiada Pilihan Bubarkan Parlimen Ismail Sabri

Ph Tiada Pilihan Bubarkan Parlimen Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 328 hits
MALAYSIAKINIKetua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menggesa kerajaan PH supaya membubarkan parlimen kerana telah hilang keyakinan rakyat Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan lah yang pertama Kerajaa...
Menko Airlangga Segera Serahkan Ruu Omnibus Law Ke Baleg Dpr

Menko Airlangga Segera Serahkan Ruu Omnibus Law Ke Baleg Dpr

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 209 hits
Selain itu pihaknya juga akan mempercepat pembuatan RUU Omnibus Law Perpajakan Pembahasan untuk Omnibus Law perpajakan akan diselesaikan bersama dengan Komisi XI DPR
Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera

Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1052 hits
Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera Mudahnya merawat dan menurunkan kadar kolesterol kita kan Semuanya ada di depan mata cuma kekadang kita yang malas melakukannya Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membah...
Bertindak Segera Dalam Misi Akhir Ejen Ali The Movie

Bertindak Segera Dalam Misi Akhir Ejen Ali The Movie

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1103 hits
Primeworks Studios dan WAU Animation mempersembahkan sebuah filem animasi hebat EJEN ALI THE MOVIE yang akan menguasai pawagam pada 28 November 2019 ini bersempena dengan musim cuti sekolah Tayangan perdana filem animasi yang diadakan di pa...
Hidung Berdarah Tun Mahathir Terpaksa Tamatkan Segera Sidang Media

Hidung Berdarah Tun Mahathir Terpaksa Tamatkan Segera Sidang Media

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 393 hits
PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung ketika mengadakan sidang media sehingga menyebabkan program itu terpaksa ditamatkan lebih awal Ketika menjawab soalan soalan dari wartawan dalam kongres kelapa s...
Polisi Segera Ungkap Sketsa Wajah Mayat Pria Dalam Koper

Polisi Segera Ungkap Sketsa Wajah Mayat Pria Dalam Koper

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 255 hits
Ada dugaan mayat tersebut merupakan warga negara asing karena memiliki tinggi 183 centimeter di atas tinggi rata rata orang dewasa
Menteri Edhy Pastikan Akan Segera Lantik 151 Eselon Di Kkp

Menteri Edhy Pastikan Akan Segera Lantik 151 Eselon Di Kkp

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 204 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo memastikan akan segera melantik 151 kursi jabatan di eselon I IV di lingkungan kementeriannya yang sebelumnya sempat kosong Sejauh ini wajah wajah baru tersebut sudah dikantongi dan dalam waktu de...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej