Bubar Parlimen Kedudukan Pm Sudah Tak Dapat Dipertahan Ahmad Maslan


malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Oct 11, 2022 8:46 AM
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pembubaran parlimen adalah cara terbaik untuk bergerak ke hadapan memandangkan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri sudah tidak dapat dipertahankan.

Tanpa menyebut nama, dia berkata ini berlaku apabila sekutu Umno dalam kerajaan Ismail mengisytiharkan parti itu dan gabungan Barisan Nasional sebagai musuh utamanya.

“Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik, memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), dalam mentadbir negara.

“Malah mengisytiharkan Umno dan BN (Barisan Nasional) sebagai musuh utama, hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui kerajaan,” katanya yang membaca kenyataan media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ini mungkin merujuk kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan perang terbuka terhadap BN pada PRU15.

Terdapat 31 menteri dalam kabinet perdana menteri Ismail Sabri, dengan 13 daripada BN, 12 daripada PN, empat daripada Gabungan Parti Sarawak, dan masing-masing seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Bangsa Malaysia.

12 menteri PN itu terdiri ahli Bersatu dan PAS pada minggu lepas memohon Agong untuk tidak membenarkan pilihan raya sepanjang tahun ini kerana risiko banjir.

Kedua-dua gabungan BN dan PN kini akan menjadi saingan pada PRU15.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bagaimanapun menafikan partinya PAS membangkitkan isu menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen Ke-14 memaklumkan, dia telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari semalam, bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen Ke-14.

Ahmad berkata Umno turut menjunjung kasih perkenan Al-Sultan Abdullah membubarkan Parlimen Ke-14.

“Umno menghormati titah Tuanku, bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik tidak menentu, bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan, yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara,” katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/bubar-parlimen-kedudukan-pm-sudah-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mt Umno Mahu Parlimen Dibubar Dalam Masa Terdekat Ahmad Maslan

Mt Umno Mahu Parlimen Dibubar Dalam Masa Terdekat Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Majlis Tertinggi Umno mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan tahun ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ketetapan itu adalah antara dicapai pada Mesyu...
Ahmad Maslan Ismail Akan Cadangkan Pembubaran Parlimen Tahun Ini

Ahmad Maslan Ismail Akan Cadangkan Pembubaran Parlimen Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 264 hits
Anne Muhammad dan Danial AzharKUALA LUMPUR Umno mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke 15 diadakan pada tahun ini kata Setiausaha agungnya Ahmad Maslan Ahma...
Agenda Bubar Parlimen Dibincang Jika Berkesempatan Pm

Agenda Bubar Parlimen Dibincang Jika Berkesempatan Pm

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 6 2022 3 26 PMPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agenda tambahan termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di Pertuan Agong hari ini jika berke...
Parlimen Bubar

Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 212 hits
PARLIMEN BUBAR NORMAN RADZUAN Bubar Parlimen hari ini Kan saya kata jgn panik Tuanku pergi dgr taklimat banjir sb baginda nak fikir nasib 30 juta rakyat Malaysia bukan nak fikir nasib Wak tu sorang Suka hati Wak nak tetapkan PRU bila Apa ma...
Lepas Banjir Bubar Parlimen Kan Molek Muhyiddin

Lepas Banjir Bubar Parlimen Kan Molek Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 187 hits
TANGKAK Perikatan Nasional mencadangkan agar pembubaran Parlimen dibuat pada tahun hadapan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan selepas musim banjir Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN juga tetap kekal dengan pendi...
Tarikh Bubar Parlimen Tidak Dibincangkan

Tarikh Bubar Parlimen Tidak Dibincangkan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 233 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 6 2022 6 41 PMTarikh pembubaran Dewan Rakyat tidak dibincangkan semasa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong hari ini Perkara itu disahkan oleh sumber yang rapat dengan Pejabat P...
Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 246 hits
BICARA SEMASA ANTARA POLITIK UNDANG UNDANG TAJUK PEMBUBARAN PARLIMEN ANTARA KUASA POHON PM KUASA MUTLAK BUBAR YDPA TARIKH 04 OKTOBER 2022 MASA 9 00 MLM PANEL TUAN HANIFF KHATRI MODERATOR ZAWAZI YUSOF KEPADA SESIAPA IN
Tiada Krisis Perlembagaan Jika Agong Tolak Bubar Parlimen

Tiada Krisis Perlembagaan Jika Agong Tolak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 279 hits
Adakah Krisis Perlembagaan Akan Berlaku Jika Yang di Pertuan Agong Tolak Permohonan Perdana Menteri Untuk Bubarkan Parlimen Jawapannya tidak Kenapa Pertama jika permohonan Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen ditolak itu bermakna Yang ...
Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

Jangan Bubar Parlimen Sebelum Lulus Bajet 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 246 hits
Jangan bubar Parlimen sebelum lulus bajet 2023Posted By on October 09 2022Usai pembentangan Belanjawan 2023 pemimpin BN diingatkan agar meluluskan belanjawan itu terlebih dahulu sebelum berkira kira membubarkan Parlimen Bagi Ahli Parlimen P...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Why Dr M Was Right About Anwar

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Is Bringing The Pura 80 Series Light Shadow Pop Up Event To Pavilion Kuala Lumpur

Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat