Bubar Parlimen Baharu Terbatal Mou Dengan Kerajaan Anwar


agendaily.com31/07/2022
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui memorandum persefahaman (MoU) secara automatik akan terbatal sekiranya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya dengan pembubaran Parlimen akan dapat membatalkan MoU antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan, bagaimanapun beliau berkata blok pembangkang sudah bersedia untuk berentap dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) di pentas pilihan raya.

“Seperti yang telah dijelaskan, memorandum persefahaman (MoU) terbatal apabila ada pilihan raya. Kalau ada pilihan raya, kami bersedia pada bila-bila masa.

“Tetapi keutamaan kerajaan adalah ekonomi sekarang ini, rakyat terbeban, tanggungjawab kerajaan untuk mengendalikan ekonomi dengan baik, supaya dapat ringankan beban rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Anwar terdahulu merasmikan Medan Selera Huat Huat Dataran Segar di Lukut, Port Dickson hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan PH, Tan Sri Annuar Musa berkata, MoU tersebut kekal berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun, kekeliruan timbul kerana ada satu klausa dalam MoU itu yang menyatakan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai.

Kata beliau, sekiranya selepas berakhir Julai ini terdapat klausa untuk Parlimen dibubarkan, ia terpulang kepada Perdana Menteri dan kerajaan.

Anwar yang juga Pengerusi PH sementara itu berkata, selepas Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, PH akan terus mendesak untuk kerajaan memberikan keutamaan dalam beberapa isu lain sebelum Parlimen dibubarkan termasuk berkaitan transformasi pentadbiran.

MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik tersebut mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akan akur dengan pendirian partinya untuk tidak meneruskan MoU 2.0 dengan pembangkang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/bubar-parlimen-baharu-terbatal-mou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou K Jaan Ph Berkuat Kuasa Hingga Parlimen Bubar Annuar

Mou K Jaan Ph Berkuat Kuasa Hingga Parlimen Bubar Annuar

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 21 2022 8 45 PMMemorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan akan terus berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan Menteri Komunikasi dan Multimed...
Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 220 hits
Firdaus AzilJulai 29 2022 Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU dengan majoriti melebihi dua pertiga Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR Biarpun tindakan Ahli ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam aktiviti lomp...
Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

Parlimen Sri Lanka Pilih Presiden Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 227 hits
Parlimen Sri Lanka pilih presiden baharu hari ini Dikemas kini 28 saat yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9 00AM
Gagasan Baharu Anwar Ibrahim Tak Sokong Gagasan Tun Mahathir

Gagasan Baharu Anwar Ibrahim Tak Sokong Gagasan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 241 hits
Anwar Ibrahim tak sokong gagasan Tun Mahathir9 623 views Aug 5 2022 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendokong inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkenalkan gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam dikenali...
Jawapan Untuk Hilman Azmin Jatuhkan Kerajaan Ph Mengapa Anwar Dilibatkan

Jawapan Untuk Hilman Azmin Jatuhkan Kerajaan Ph Mengapa Anwar Dilibatkan

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 164 hits
Azmin jatuhkan kerajaan PH mengapa Anwar dilibatkan Posted By on July 20 2022Kenyataan Setiausaha PN Selangor Hilman Idham kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan amat melucukan K...
Tukar Kerajaan Mesti Di Parlimen Elak Ketidakstabilan

Tukar Kerajaan Mesti Di Parlimen Elak Ketidakstabilan

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 332 hits
Tukar kerajaan mesti di Parlimen elak ketidakstabilanPosted By on July 29 2022Rang Undang undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti amat penting bagi mengelakkan berlakunya huru hara politik Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Is...
Pkr Akan Berbincang Dengan Dap Amanah Mengenai Mou Kestabilan Politik Anwar

Pkr Akan Berbincang Dengan Dap Amanah Mengenai Mou Kestabilan Politik Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 240 hits
BernamaJulai 17 2022 PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP dan Amanah mengenai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan yang akan berakhir 31 Julai ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ga...
Mou Kerajaan Ph Sah Tidak Disambung

Mou Kerajaan Ph Sah Tidak Disambung

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 269 hits
freemalaysiatoday com July 27 2022 11 00 PMPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan tidak akan disambung PETALING JAYA Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Ha...
Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


French Toast

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Hp Omen Transcend 14 Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama

Dia Baik Dengan Ibu Rugi Kalau Lepaskan Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital

Jelak Baca Berita Warga Asing Di Jalan Silang Ni Wayang Jangan Tertipu

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti