Buat Video Pendek Untuk Bdr
Assalamualaikum wbt..Okey, jadual kerja yang baru dah keluar dan hasilnya saya masih lagi BDR penuh, tapi saya dibenarkan untuk datang ke pejabat bagi mengambil tugasan untuk dibawa balik ke rumah..
Seperti yang awak tahu, saya kerja di dalam bidang kepustakawanan dan salah satu tugasnya adalah membuat cataloging buku dalam sistem.. Memandangkan ada buku yang memang tak dibolehkan untuk dibawa balik, saya terpaksa tinggalkan kerja tue. Tapi sebenarnya untuk pinjaman buku, semua buku berjaya dimasukkan data dalam sistem..
Sistem apa yang kami pakai..? Kami mempunyai sistem buku secara web based iaitu sistem S-LIB V5001-w dan ianya juga mempunyai sistem OPAC atau dalam bahasa melayu sistem pencarian buku dalam talian..
SISTEM OPAC UNIT PUSAT SUMBER DAN DOKUMENTASI, JBPM
Memandangkan semua kerja tak boleh dibawa balik, saya terpaksa tinggalkan kerja tue untuk seketika. Tapi mujur juga salah satu kerja hakiki saya yang perlu saya lakukan adalah mencari keratan akhbar dan masukkan ke dalam blog library.. So, dalam masa 2 minggu sekali, saya akan datang ke pejabat untuk mengambil keratan akhbar dan terus scan keratan akhbar tue.. Kat rumah memang ada scanner tapi saiznya hanya cuma A4, jadi saya kena scan kat mesin fotostat di pejabat.
Mungkin ada yang perasan kat jurnal saya nie ada list blog saya yang lain, antaranya blog library yang sememangnya di bawah jagaan saya, (amboiii jagaan.. hihihi)
BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
Sedikit sejarah blog library... Ianya bermula pada tahun 2011, iaitu sebelum kelahiran jurnal saya nie... Masa tue, saya dengan ex-boss duk fikir macamana nak kekalkan keratan akhbar agar kekal lama dan boleh dibaca pada setiap masa.. Kalau mengikut cara tradisional, kita cari keratan mengikut isu semasa, gunting, tampal dalam A4 dan buatkan dalam bentuk binding books. Tapi biasalah, kalu bentuk binding nie, kadang-kadang ianya tercabut dan seterusnya berlaku kehilangan kertas keratan tue..
Dalam masa duk cari idea tue, saya teringat pada blog memandangkan masa tue saham blog sememangnya tengah naik.. Jadi saya pun mengutarakan idea nie kat ex-boss dan akan dibincangkan dengan penolong pengarah tentang perkara nie..
Akhirnya, kami berjaya untuk hasilkan blog library, dengan pemantauan daripada unit ICT, tapi seratus peratus design dan susun atur di dalamnya adalah daripada saya sendiri.. Bayangkan dengan tak tahu apa-apa coding blog, main try and error jea masa tue... hihihihi akhirnya saya dapat siapkan blog library dalam masa sebulan...
Hihihi tengok lah mula-mula buat blog, masa tue saya jumpa widget yang comel-comel.. Ada yang ingat tak widget-widget yang comel tue, macam jam, banner yang bergerak-gerak.. ?
Akhirnya seiring dengan peredaran masa, blog library kini telah naiktaraf untuk menjadi lebih korporat, so takdelah widget-widget tue.. Bila dah selesai create blog, saya pun ditambah tugasan dalam SKT saya, iaitu mencari keratan akhbar dan upload di dalam blog library..
Wah, panjang pulak citer lain padahal tajuk citer lain...Hihihi
Okey, memandangkan saya masih lagi BDR, saya ditugaskan untuk membuat video pendek dan upload di dalam Youtube channel libary kami... Oh ya..! Sedikit sejarah, channel library nie baru create pada awal tahun nie... Jadi, sudi-sudikanlah subscribe channel library kami nie yea...
YOUTUBE LIBRARY'S CHANNEL
Kali nie, saya dapat siapkan 8 video pendek, yang berkongsi pelbagai tips..
Okey tak...? Saya tak berapa kreatif sangat nak edit, so nielah jea yang mampu buat.. Saya create video nie menggunakan CANVA... Kat situ ada macam-macam lagi design yang boleh awak buat, macam nak buat resume, label, Youtube video, flashcard dan macam-macam lagi..
Esok, saya akan masuk ke pejabat sekejap untuk mengambil keratan akhbar untuk tugasan seterusnya...
Jaga diri semua..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2021/08/buat-video-pendek-untuk-bdr.html