Buat Tatapan Rakyat Malaysia




KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat, dan mencuri wang negara. Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilantik sebagai menteri mahupun sebagai pengerusi syarikat kerajaan. Mereka ini dapat diibaratkan seperti ular sawa menjaga reban ayam.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terdapat juga CEO GLC yang mengambil kesempatan di atas keringat rakyat. Mereka tanpa segan silu tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat yang makin ditindih kesempitan. 

Mereka ini bagaikan dewa-dewa di kayangan yang tidak mengendahkan nasib anak bangsa.

Semua maklumat yang saya kupas di bawah adalah dalam pengetahuan umum, dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan syarikat berkenaan. Rakyat boleh semak penyata berkenaan.
Biar saya berikan contoh.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang baharu terpaksa berhempas pulas membawa institusi keramat itu ke landasan yang betul. Institusi itu telah dirompak berkali-kali ketika zaman BN, kerugiannya berbilion ringgit. 

Beberapa laporan kepada pihak polis dan SPRM juga sudah dibuat, hanya menunggu perbicaraan di mahkamah.

Akibat kerakusan perompak ketika itu, rakyat terpaksa menerima padah. Hasilnya, hibah untuk pencarum Tabung Haji untuk tahun 2018 hanyalah 1.25%, yakni terburuk dalam sejarah negara.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban dan semuanya terpaksa “bail-out” Tabung Haji sebanyak RM19 bilion.

Tetapi, pada masa yang sama, gaji CEO anak syarikat Tabung Haji tidak terjejas, tidak sejajar dengan apa yang berlaku. Malah, CEO makin tamak dan rakus terutamanya syarikat milik Tabung Haji seperti Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, dan Bank Islam Holdings  Berhad. 

Ketika seorang mak cik di kampung mendapat hibah 1.25% dan terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk menabung RM10,000 untuk menunaikan haji, pendapatan CEO syarikat Takaful Malaysia iaitu Mohamed Hassan Kamil adalah bersamaan dengan RM903,000 sebulan ataupun RM10.84 juta setahun. 

Kegilaan apakah ini? Bertahun-tahun beliau menerima imbuhan tak masuk akal ini?

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada tahun 2019 naik hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanan beliau tahun lepas adalah RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

Kenapa ini dibiarkan berlaku?

Mari kita lihat pula sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji iaitu BIMB Holdings Berhad. CEOnya adalah Mohd Muazzam Mohamed. Berapakah pendapatan beliau pada tahun 2018 ketika Tabung Haji membayar 1.25% hibah kepada orang Melayu yang miskin? RM3.12 juta setahun. Naik 2.7 kali ganda dari pendapatan beliau pada tahun 2017 iaitu RM855,000. Ketika Tabung Haji sudah hampir runtuh, CEO anak syarikat mendapat kenaikan gaji berganda-ganda!

Mereka ini mendapat gaji hasil dari titik peluh nelayan petani pesawah yang bersusah payah menyimpan sikit demi sedikit untuk menunaikah haji.

Harus diingatkan, untung Tabung Haji pada tahun 2018 jatuh 50% dari tahun sebelumnya, namun mereka ini tanpa segan silu masih menerima gaji yang amat tinggi. Adakah masuk akal pendapatan RM900,000 sebulan! Tidak bukan?

Tidakkah ini satu yang sepatutnya memalukan?

Kenapakah pihak ahli Lembaga Pengarah tidak bersuara? Melihat kepada laporan tahun BIMB, jawapannya jelas: mereka juga mendapat habuan yang menggiurkan. Jumlah imbuhan untuk ahli lembaga pengarah di Syarikat Takaful adalah hampir RM1.5 juta, manakala untuk  BIMB Holdings mendapat RM4.1 juta. 

Pengerusi BIMB Holdings mendapat RM375,000, manakala ahli Lembaga Pengarah yang lain masing-masing mendapat di antara RM375,000 hingga RM768,000 setahun. Mereka bersuka ria dengan habuan yang tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya untuk menaikkan hibah untuk makcik penoreh getah, pakcik pesawah padi yang begitu ciput sekali? Arghhh, persetankan! Yang penting aku sebagai CEO dapat habuan hampir RM1 juta sebulan.

Inilah barah yang sedang meresapi tubuh ahli profesional Melayu di GLC. Rata-rata mereka ini kluster di kayangan.

Lihat pula anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Majoriti penyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM1,000 tetapi CEO anak syarikat mendapat habuan yang melampau. Contohnya, CEO Maybank, milik PNB.

CEO Maybank adalah Farid Alias, yakni CEO sejak 2013. Beliau ini juga adalah pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa faedah ketika monotarium harus dikenakan. Pendapatan beliau tahun 2019? Hampir RM7.6 juta setahun ataupun RM630,000 sebulan!

Majoriti penyimpan di ASB hanya ada RM1,000 dalam simpanan, bermakna mereka harus menyimpan RM1,000 setahun selama 630 tahun baru bersamaan dengan gaji beliau sebulan.

Bagaimana pula dengan syarikat Sime Darby milik PNB? Laporan tahunan Sime Darby Plantation (SDP) ada menunjukkan imbuhan kepada CEOnya iaitu Mohd Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, yang baru mendapat habuan menjadi Pengerusi Telekom.

Ketika beliau menjawat kedudukan sebagai CEO di Sime Darby Plantations (SDP)  pendapatan tahunan beliau hampir RM8 juta setahun. Pendapatan beliau selama menjadi CEO di situ dari tahun 2011 hingga 2017 adalah RM64 juta!

Yang menghairankan, ketika beliau menjadi CEO pada tahun 2011, simpanan tunai di SDP adalah hampir RM5 bilion, tetapi ia merosot kepada 500 juta pada 2018, manakala hutang naik kepada RM15 bilion!

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan? Tidakkah ini namanya tamak? Harus diingatkan, dividen ASB pada tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah. Adakah CEO ini semua peduli? Argghh, persetankan saja.

Syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional juga sama. Dua kali lima. CEO anak syarikat mereka mendapat habuan melimpah ruah. Akhbar The Star pernah melaporkan bahawa pada tahun 2018, pendapatan CEO syarikat IHH Berhad adalah RM33 juta setahun! https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/07/five-glcs-among-20-listed-firms-with-highestpaid-ceos/
Kegilaan apakah ini? Yang menariknya, CEO itu adalah warganegara Singapura. Harus diingatkan juga, Khazanah melaporkan kerugian RM6.27 bilion pada tahun 2018. Adakah CEO peduli? Argghh, persetankan sekali lagi!

Salah sebuah syarikat milik Khazanah ialah CIMB Bank. CEO pada tahun 2018 tidak lain dan tidak bukan adalah Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional iaitu Tengku Zafrul Aziz. Beliau bangga berkata di stesen TV Astro Awani bahawa Mak Cik Kiah tidak perlu membayar faedah (selepas itu beliau u-turn dan menyalahkan Bank Negara Malaysia). Pendapatan beliau pada tahun 2018 adalah RM8.6 juta setahun ataupun RM717,000 sebulan.

Adakah mereka ini faham apa yang dihadapi oleh rakyat marhaen seperti Mak Cik Kiah?

Apabila kita meneliti laporan tahunan yang lain, jelas yang kaya terus kaya atas keringat rakyat. Pendapatan CEO Khazanah sebelum ini dikatakan hampir RM650,000 sebulan. Pendapatan CEO syarikat milik Khazanah juga mengila, CEO Axiata Berhad mendapat hampir RM 7 juta setahun, sedangkan pada tahun yang sama Axiata Berhad melaporkan kerugian RM7.64 bilion.

Ramai lagi CEO yang rata-rata orang Melayu tidak mahu berkongsi kesusahan rakyat. Tiada seorang pun yang menawarkan potongan gaji mereka.

Ketika pekerja hilang mata pencarian, bergelut mencari nasi dan susu untuk keluarga, dan wang simpanan makin susut, CEO KWSP masih boleh senyum gembira setiap hujung bulan.

Berdasarkan laporan tahunan KWSP terkini, gaji CEO dan timbalannya mencecah RM6.1 juta tahun lepas, ataupun purata hampir RM130,000 seorang ataupun RM4,300 sehari. Bandingkan gaji mereka dengan fakta bahawa 1 dalam 5 penabung di KWSP mempunyai simpanan untuk hari tua hanya RM7,000 sahaja!

Ketika harga minyak jatuh dan keuntungan Petronas makin turun, pihak atasan di Petronas masih di kayangan. Gaji CEO Petronas juta hampir RM8 juta, malah dengan imbuhan yang menarik. Pernah dilaporkan bahawa antara imbuhan CEO adalah Petronas membayar setiap tahun kos percutian CEO dan keluarga ke mana sahaja di dalam dunia sebanyak RM300,000 setahun. Wow!

Ini berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Oktober 2004, bekas presiden Petronas berkata ketika zaman beliau, elaun ahli lembaga pengarah RM3,000 sebulan. Kini dikatakan keseluruhan secara purata mencecah RM40,000 sebulan!
http://www.alumniuitm.org.my/site/?p=10755

Sebagai perbandingan, gaji CEO bank terbesar dunia iaitu Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC)  hanyalah  RM380,000 setahun, ataupun RM32,500 sebulan! Bandingkan dengan CEO Maybank, CIMB, Bank Islam dan yang lain.

Syarikat GLC Malaysia jauh lebih kecil dari ICBC, tetapi anehnya gaji mereka jauh lebih tinggi. Hairan bin ajaib.

Tiada seorang pun antara mereka yang dengan sukarela memotong gaji. Tidak ada langsung sifat menolong yang susah. Inikah sifat orang Islam?

Ada yang berkata, usahlah dengki. Mereka ini layak. Mereka ini Melayu Islam. Kau rakyat apa tahu? 

Kalau kau tiada wang, pergi saja pajak gadai. Alhamdulilah, walaupun rakyat berbaris panjang berjela memajak emas perak untuk membeli makanan untuk anak isteri, menteri berkata ini benda positif kerana orang Islam celik fasal kewangan Islam. Aduh, beginikah, tuan mufti?

Difahamkan bahawa Dr Mahathir telah memotong elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun pada hujung 2019, dan CEO GLC yang dilantik oleh Lim Guan Eng ketika itu menerima gaji dan imbuhan yang lebih kecil dari apa yang mantan-mantan CEO terdahulu terima. 

Namun, usaha Kementerian Kewangan untuk memotong gaji dan elaun pengerusi, ahli lembaga pengarah dan CEO di GLC menerima tentangan hebat dari mereka yang dilantik oleh rejim Najib, terutamanya GLC yang tersenarai di Bursa Saham. 

Mereka mahu imbuhan yang lebih besar. Jika dipotong, bagaimana mahu ke London ketika musim sejuk nanti? Mana ada “kelas” bercuti di Malaysia tanpa salji?

Ya, aku CEO, aku “chairman”, maka aku hebat.

Amat jijik apabila mendengar mereka ini bertempik bahawa mereka berkhidmat bersama GLC kerana niat murni “national service”, tetapi tidak mahu gaji dan imbuhan dipotong langsung. Hipokrit, bukan? Cakap tak serupa bikin.

Kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kesemua mereka ini haruslah diberi gaji yang lebih kecil, dan simpanan dari pengurangan gaji mereka boleh disalurkan kepada anggota polis, tentera, bomba, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Ini lebih baik. 

Tetapi rakyat usah berhajat tinggi, sekarang ini, apabila ahli politik menjadi pengerusi lantikan dan menteri kewangan seperti lebih menjaga bank, usah mimpi gaji mereka ini semua akan dipotong. 

Nasib kau lah rakyat sekalian. – 16 Mei, 2020.

* Megat Shahrizal Amir adalah pembaca The Malaysian Insight.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/buat-tatapan-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Jenis Biskut Dan Kuih Raya Popular Rakyat Malaysia

25 Jenis Biskut Dan Kuih Raya Popular Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 969 hits
Assalamualaikum Bila dekat nak raya mesti ramai yang sibuk buat kuih raya Tapi tradisi buat kuih raya nie Fiza dapat rasa masa zaman kanak kanak dulu Mak buat kuih kita tolong sibuk Lepas tu bila beraya ziarah rumah saudara ada biskut raya ...
Telur Dadar Berkeju Resepi Kesukaan Rakyat Malaysia

Telur Dadar Berkeju Resepi Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 392 hits
Telur Dadar BerkejuIni adalah salah satu resepi yang menjadi kesukaan ramai rakyat MalaysiaBahan bahan
Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 21 Mei Berbaki dua hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah pasti lebaran kali ini mencipta sejarah baharu dan memberikan suasana berbeza apabila masyarakat terpaksa beraya dalam keadaan Perintah Ka...
Semoga Semua Rakyat Malaysia Dilindungi Daripada Covid 19 Pm

Semoga Semua Rakyat Malaysia Dilindungi Daripada Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada COVID 19 dan diberi kekuatan kecekalan serta kesabaran dalam menghadapi dugaan mencabar itu Perdana Menteri menzahirkan perkara itu dalam satu kenyata...
Membanggakan Inilah Dr Wan Wardatul Rakyat Malaysia Yang Pernah Bertugas Di Nasa

Membanggakan Inilah Dr Wan Wardatul Rakyat Malaysia Yang Pernah Bertugas Di Nasa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 454 hits
Beberapa hari kebelakangan ini isu di Twitter masih lagi hangat mengenai dakwaan seorang pemuda bernama Azhar Ali yang mengatakan bahawa dirinya telah berjaya mendapatkan biasiswa untuk ke NASA Akhirnya kebenaran berjaya dibongkarkan oleh n...
Maggi Agihkan Bubur Lambuk Kepada 120 000 Rakyat Malaysia

Maggi Agihkan Bubur Lambuk Kepada 120 000 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraProgram MAGGI Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestl Cares COVID 19 Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu usaha murni yang dilakukan oleh salah satu pengeluar mi sege...
Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah Bukan Salahkan Pkpb

Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah Bukan Salahkan Pkpb

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 324 hits
Bermula hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan dan menimbulkan kerisauan kebanyakkan individu termasuklah pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia Sepertimana yang kita semua tahu ekonomi negara kita sudah mengalami k...
Malaysia Bangkit Ph Perlu Dakap Agenda Rakyat

Malaysia Bangkit Ph Perlu Dakap Agenda Rakyat

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 256 hits
Pada 20 Mei 2020Oleh Nor Miswary RamliSelepas tulisan saya mencadangkan Pakatan Harapan melancarkan semula gabungan ini dengan memperbaharui semula tekad telah timbul pula persoalan yang lain apakah cukup hanya sekadar melancarkan semula se...
Rakyat Malaysia Tercyduk Ditipu Backpacker Mat Saleh Russia

Rakyat Malaysia Tercyduk Ditipu Backpacker Mat Saleh Russia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 346 hits
Rakyat Malaysia Tercyduk Ditipu Backpacker Mat Saleh RussiarePublish Berita Terkini MalaysiaRakyat Malaysia Tercyduk Ditipu Backpacker Mat Saleh Russia Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau...
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak