Buat Sesuatu Jangan Ikut Ikut Orang
Lakukan Sesuatu Jangan Mengikut Orang | Zaman kini, zaman tenat. Berpusu-pusu Orang berusaha untuk mencari duit lebih. Nak buat duit dengan cepat. Dan paling sadis lagi, suka terikut-ikut perkembangan semasa. Misalnya jadi YouTuber seperti Sugu Pavithra. Sedangkan tiada kemahiran mengenai youtube dan tidak berminat.
Tak kisah jika anda nak jadi macam siapa pun. Nak tiru siapa pun boleh. Orang kata persaingan sihat. Apa salahnya.
Tetapi, sedarkah anda? hanya dengan meniru corak trending semasa, anda akan penat akhirnya. Akhirnya berhenti separuh jalan dan kecewa
Bangkitlah. Dunia sekarang,bukan main-main lagi. Tiada masa untuk bermain.
Fokus kepada kemahiran
Jika anda mempunyai kemahiran sesuatu. Jadikan ia sebagai punca pendapatan anda. Iya,dengan kemahiran yang ada kita mampu menjana pendapatan. Misalnya anda minat menjahit. Tetapi tiada ilmu, pergi lah kelas belajar menjahit. Bila sudah ada ilmu, barulah mudah untuk kita melangkah ke seterusnya
Begitu juga saya. Saya juga fokus dalam minat saya sendiri iaitu menulis. Sebenarnya saya ni sudah lama berminat dengan penulisan. Bermula dari sekolah rendah lagi.Saya mempunyai diari. Disitu tempat saya update perkembangan semasa. Diari tempat saya meluahkan rasa.
Saya menjadi Blogger
Tahun 2016 saya mula serius menulis di dalam blog. Itu pun hanya cerita seram. Hahaha. Kelakar. Dan , cerita seram itulah ada yang berminat ingin membeli.
Seterusnya saya serius lagi, saya menulis di blog dan mula mendapat job Penulisan artikel berbentuk review. Syukur sangat. Saya sehingga kini menjadi salah seorang blogger kumpulan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9)
Kini, saya menyambung pula mengambil upah menulis bagi pihak pelanggan. Dan itulah. Jiwa saya! Jiwa menulis saya. Seterusnya dapat menghasilkan pendapatan lumayan. Alhamdulillah! Saya seorang suri rumah sahaja. Suri rumah yang mempunyai 4 cahaya mata
Saya menulis content social media, Copywriting, artikel dan menulis ebook. Hanya 4 kemahiran ini sahaja saya boleh fokus. Saya menulis berdasarkan tempahan pelanggan.
Apa yang menariknya, saya menulis dengan seronok. Sebab bidang ghostwriter ni, hanya bekerja di belakang tabir sahaja. Tak perlu tonjolkan diri sangat macam blogger. Blogger kena buat video , bergambar dan nak kena pergi ke event. Dunia ni dunia blogger. Silap hari bulan boleh jadi lupa diri, angkuh dan sombong. Nauzubillah min Zalik.
Nampak tak perbezaan dua di situ? Saya rasa macam berkat duit hasil menulis. Iyalah, nak terjun dalam mana-mana bidang ni. Mesti nak kena dapat restu. Lagi-lagi saya ni sudah berkahwin. Suami izinkan, sokong sangat-sangat saya dalam bidang ghostwriter ni. Alhamdulillah.. macam air rezeki ni masuk bila dapat restu tau.
Alhamdulillah, kini saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir sebagai ghostwriter sahaja.
Kerap kali mendapat pertanyaan daripada pembaca, bagaimana caranya untuk serius menjadi penulis
Jawapan saya :
Daftar kelas berbayar. Kelas online sebagai ghostwriter. Saya pun bermula dari sini sebenarnya. Orang tak ajak saya pun. Saya sendiri telah rela hati memasuki kelas online ghostwriter. Saya laburkan sedikit duit. Alhamdulillah, saya nampak jalan cerah dengan hanya menulis. Walaupun saya seorang blogger. Tetapi ilmu baru tetap perlu dicari. Saya fikir, sampai bila jadi blogger. Penulisan saya saya ketika itupitu,r hancur. Saya rasa hampir putus asa. Saya bosan, menjadi penulis semata mata menulis artikel produk. Memang tak kena dengan jiwa ini. Dan alhamdulillah, dengan keyakinan yang saya ada. Saya berjaya jana pendapatan dengan menulis.
Nampak tak disitu? Bila kita yakin. Kita mudah capai kejayaan. Kunci kejayaan seseorang adalah yakin. Bila anda yakin pasti berjaya! Iya, saya berhasil mendapat 4 angka pendapatan tak sampai sebulan dengan hanya menulis. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Saya dapat bantu mak abah saya, bantu tingkatkan ekonomi keluarga juga
Pendapatan ghostwriter. Buat duit dengan menulis
Akhir kata, buatlah sesuatu dengan minat. Buat jangan mengikut corak trending semasa. Cuba carigali kelebihan anda untuk menghasilkan pendapatan.
Bagi yang berminat untuk sertai kelas ghostwriter , klik Link ini
>> https://bit.ly/3eZVtc3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2020/07/buat-sesuatu-jangan-ikut-ikut-orang.html