Buat Salmon Grill Cara Kami


 Buat Salmon Grill Cara Kami.  Penghujung cuti sekolah baru ni, tiba masa hantar anak teruna balik asrama.  Kami keluar awal untuk mengelak kesesakan lalulintas di lebuhraya. Bila bertolak awal bolehlah bawa ronda-ronda mall kejap.  Kami singgah di Aeon Taiping, ronda-ronda ternampaklah ikan salmon baru dipotong-potong untuk dijual.
Aduh dah lama kami tak makan salmon grill. Melihatkan harganya, bolehlah nak beli. Tak banyak pun, beli empat potongan ikan untuk kami berempat.   En suami kata, kita buat sendiri jelah salmon grill. Maka cari pulaklah bahan-bahan tambahan sebagai pelengkap.  Senang je yer nak buat salmon grill cara kami ni. 
Bahan yang korang perlukan :  ikan salmon yang dah dipotong
1 bekas salad campuran (akak beli kat Aeon satu pack salad campuran ni, senang kerja, tentu tak membazir)Roti - beli dinner bread, tapi tak kisahlah roti apapun, beli roti yang korang makanJagung - setongkol jagung tu kerat 2
Mayonis - beli yang pack aje, kalau beli sebotol kadang-kadang sampai expired tak habis gunaLimau nipis - 2 biji sederhana besar, ambil air perahannya3-4 ulas bawang putih1 sudu makan minyak masak - kalau ada minyak zaitun lagi baguslada hitam - oleh kerana tiada lada kisar , maka kenalah tumbuk sendiri, kalau ada yang kisat (bukan yang halus yer) boleh je gunakan

Cara nak buat pun senang yer kawan-kawan:Mula-mula basuh ikan dan tos sebentar.  Ambil lada hitam yang korang dah tumbuk tadi dan sedikit garam, lumur la atas kepingan ikan tadi.  Biarkan sebentar.  Panaskan pan dengan sedikit minyak masak atau minyak zaitun (sedikit je tau, sekadar nak bagi lembab-lembab atas pan tu. Nanti bila dah letak ikan, minyak ikan tu akan keluar.  Bila pan dah panas, boleh la korang letakkan ikan tadi atas pan

Jagung bolehlah direbus. Nak mudah, potong dua siap-siap dan rebus.  Sambil-sambil tu korang bolehlah sediakan pinggan hidangan, letakkan roti dan salad siap-siap.  Biasanya salad campuran yang dijual dalam pack tu ada disertakan dengan sos. Korang bolehlah gaulkan siap-siap sos salad dan letak dalam pinggan hidangan

Cara buat sos lemon/sos masam :Kalau makan salmon grill, kena gandingkan dengan sos lemon ni. Cara nak buat pun senang aje. Oleh kerana kat rumah tiada lemon, akak gunakan limau nipis sahaja.  Mula-mula panaskan sedikit minyak, masukkan 3-4  ulas bawang putih.  Masakkan bawang putih ni sampai agak-agak lembek boleh dilenyek-lenyek sampai hancur.   Lepas tu campurkan dengan mayonis dan juga perahan limau nipis/lemon.  Kalau nak bolehlah masukkan sedikit garam

Gaullah bahan-bahan tu sampai korang dapat rasa yang korang nak.   Ikan yang korang grill tadi jangan pulak lupa balik-balikkan dan jangan biarkan sampai kering.  Angkat dan letak dalam pinggan.  Dalam pan tadi mesti ada lebihan minyak ikan so korang boleh curahkan sedikit minyak tu atas ikan . Letaklah sos masam yang korang dah buat tadi

Dah siap ! Masa penyediaan yang kami ambil tak sampai setengah jam pun.  Kenyang yer dapat sepinggan ni.  



Lepas ni buat sendiri ajelah bila nak makan.  Makan pun puas, jimat la jugak daripada makan di kedai. Bahan pelengkap pun korang boleh pilih sendiri mana yang korang nak.  Contohnya boleh guna roti garlic, boleh buat coleslow ataupun boleh letak kentang goreng.  Semua pilihan di tangan anda





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/09/buat-salmon-grill-cara-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Kutu Penyebab Kutu Dan Cara Menghapuskannya

Telur Kutu Penyebab Kutu Dan Cara Menghapuskannya

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 147 hits
Sangat penting untuk orang yang mempunyai masalah kutu untuk mengetahui cara menghapuskan telur kutu ini Hal ini kerana kutu membiak dengan pantas dan banyak dalam satu satu masa Untuk anda yang ingin ketahui lebih lagi berkenaan telur kutu...
Login Myself Jpa Cara Daftar Myself Jpa Dan Soalan Faqs Myself Jpa

Login Myself Jpa Cara Daftar Myself Jpa Dan Soalan Faqs Myself Jpa

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 179 hits
MySELF JPA adalah platform digital yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia khusus untuk pelajar serta pegawai yang menerima tajaan daripada JPA Platform ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan maklumat peribadi laporan aka...
Susahnya Nak Bagi Arahan Pada Anak Lambat Bertindak Mak Ayah Cuba Cara Ni

Susahnya Nak Bagi Arahan Pada Anak Lambat Bertindak Mak Ayah Cuba Cara Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 177 hits
Asyik bagi arahan adakalanya buat mak ayah pening memikirkan cara bagaimana mendapatkan kerjasama anak Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan menukar cara arahan dengan menggunakan masalah sebagai kunci utama amat memberi kesan pada anak J...
Tip Solat Untuk Si Manja 16 Cara Mudah Menarik

Tip Solat Untuk Si Manja 16 Cara Mudah Menarik

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 143 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang semakin besar dan tidak lama lagi akan melangkah ke sekolah menengah masih belum cukup solatnya Mungkin sikap ibu ayah menganggap anaknya masih kecil tidak perlu mendesak anak Namun hakikatny...
Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login

Myself Jpa Cara Daftar Pengguna Kali Pertama Login

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 241 hits
MySELF JPA adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Ia direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar yang menerima tajaan JPA dalam menguruskan maklumat peribadi laporan akademik serta berhub...
Penerangan Pajsk Kpm Format Pajsk Kpm Dan Cara Kira Markah Pajsk

Penerangan Pajsk Kpm Format Pajsk Kpm Dan Cara Kira Markah Pajsk

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 181 hits
PAJSK KPM atau Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Ia digunakan untuk menilai aktiviti kokurikulum murid di sekolah rendah dan menengah te...
Doktor Bagi Tip Cara Masak Mee Segera Dengan Betul

Doktor Bagi Tip Cara Masak Mee Segera Dengan Betul

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 223 hits
Makan mee segera adalah pilihan yang popular bagi mereka yang tidak sibuk bekerja Penyediaan yang mudah dan cepat serta sedap menjadikan ia antara barangan yang wajib ada di rumah Namun ramai yang tidak sedar ia merupakan makanan disaluti b...
Universiti Pertama Tawar Ijazah Untuk Influencer Siap Ajar Cara Buat Untung Lagi

Universiti Pertama Tawar Ijazah Untuk Influencer Siap Ajar Cara Buat Untung Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 125 hits
Salah sebuah universiti di Ireland akan menyediakan program ijazah dalam bidang Pempengaruh Media Sosial atau Influencer Program Sarjana Muda dalam Penciptaan Kandungan dan Media Sosial di Southeast Technical University di Carlow akan mener...
Cara Memilih Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai

Cara Memilih Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 208 hits
Memilih bingkai cermin mata yang sesuai boleh jadi satu tugas yang mencabar terutama sekali bila terdapat pelbagai pilihan di pasaran Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu korang membuat pilihan yang terbaik 1 Kenali bentuk wajah L...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi