Buat Rawatan Dermapen Di Dr Medispa Wellness Kajang




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat semua pembaca dan juga rakan-rakan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Alhamdulillah, seperti biasa kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu perkara yang baru dalam hidup aku iaitu membuat rawatan muka Dermapen di Dr Medispa & Wellness. In shaa Allah aku akan ceritakan secara terperinci tentang pengalaman kali ini


KEADAAN KULIT WAJAH
😔 Sejak dari kecil hinggalah dah masuk ke alam dewasa ni, aku sangat kurang titik beratkan bab penjagaan muka. Mungkin sebab aku berpendapat hanya wanita sahaja yang perlu menjaga wajah dan sebagainya. Tapi sejak belakangan ni, aku nampak ramai lelaki yang mula ke arah menjaga kulit muka

😔 Zaman sekolah, aku tinggal di asrama dan biasalah, berpanas, aktif dan sebagainya, aku memang tak ada gunakan apa-apa pada wajah selain pencuci muka lelaki yang terdapat di pasaran. Itupun aku rasa macam dah cukup. Pastu, bila ada jerawat di muka, mulalah tangan sendiri gatal nak picit

😔 Hasilnya, kulit muka yang persis permukaan bulan. Penuh dengan parut. Oh ya, satu lagi aku tak pernah pakai sunblock atau barang-barang lain yang kebiasaannya ada dalam set penjagaan muka

BUAT RAWATAN DERMAPEN?
Jadi disebabkan di tahun baru dengan azam baru, aku sekarang sedang mencuba untuk menjaga kulit muka supaya nampak segar, bersih dan juga awet muda. Eh?😅 Banyak juga event atau program yang aku pergi mengenai penjagaan kulit muka dan sedikit sebanyak memberi kesedaran untuk mula menjaga wajah. Aku rasa tak terlambat lagi kut.✌😎

Rawatan dermapen/ microneedling sudah lama berada di pasaran. Prosedur ini sesuai untuk membantu kulit kusam yang  memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar.  Ingat, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, pilihlah tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan dermapen kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Selain tu, pilih lah tempat yg berpengalaman dan dipercayai kerana Dr Medispa & Wellness telah ada lebih 3000 sesi dermapen
Dermapen perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yang extreme, tapi jika kulit tiada masalah boleh dilakukan 2 bulan sekali bagi menghilangkan wrinkles dan kedutan halus


APA ITU DERMAPEN ?

👉 Rawatan yang digunakan untuk merawat dan mengurangkan parut jerawat, kedutan, dan hyperpigmentasi pada kulit. Pen yang didatangkan bersama jarum-jarum mikro boleh laras mengikut kesesuaian kedalaman rawatan pada kulit

👉 Jarum-jarum mikro akan menembusi lapisan permukaan yang mencederakan kulit dengan menghasilkan luka luka kecil yang terkawal. Jarum mikro tadi akan memecahkan rantaian kolagen lama lalu meningkatkan penyembuhan kulit secara semulajadi. Kulit lama akan mengelupas dan mengeluarkan kulit baru yang sekaligus memudarkan cela pada wajah

👉 Kesakitan bergantung pada kedalaman jarum mikro menembusi kulit muka.  
👉 Perubahan yang dapat dilihat selepas rawatan bergantung pada bilangan rawatan. Rawatan kali pertama, perubahan dapat dilihat sehingga 20% hingga 30%. Rawatan kali kedua, perubahan dapat dilihat sehingga 30% hingga 40%. Rawatan kali ketiga, perubahan dapat dilihat sehingga 40% hingga 60%. Namun keberkesanan bergantung pada kedalaman kawah pada kulit anda

KELEBIHAN DERMAPEN
💛 Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan (seawal rawatan pertama dah boleh nampak perubahan)💛 Menghilangkan parut berlubang, jeragat dan kedutan💛 Menghasilkan sel kulit baru yg lebih lembut & menghaluskan liang roma kasar/ terbuka💛 Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit tak sekata 💛 Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati & mencerahkan kulit




PENJAGAAN WAJAH SELEPAS RAWATAN DERMAPEN
✋ Elakkan muka dari cahaya matahari atau terlalu lama di hadapan cahaya laptop. Pakai sunblock bermula pada hari kedua selepas sesi rawatan

✋ Lumurkan kiub ais yang bersih dua kali sehari selama 1-2 minit untuk sejukkan keradangan pada kulit selepas proses rawatan. Gunakan mask (jika ada) pada malam ketujuh selepas rawatan

✋ Jangan garu atau tarik kulit yang sedang mengelupas

✋ Jangan guna bahan kosmetik yang berminyak seperti foundation pada kulit dalam masa 1 minggu. Jika perlu gunakan make-up, gunakan kosmetik berasaskan mineral

✋ Gunakan air suam yang bersih bersama tuala untuk mencuci muka. Pencuci muka hanya boleh digunakan selepas hari ketiga

✋  Untuk cepatkan proses penyembuhan, gunakan krim parut vita-c dari Dr Medispa & Wellness

✋  Temujanji untuk rawatan lanjutan adalah selepas tiga minggu. 
PENGALAMAN MEMBUAT DERMAPEN
Sekarang tibalah masanya untuk aku kongsikan dengan anda pengalaman aku. Perasaan sebelum nak buat? Mestilah NERVOUS! Sebab aku tak prenah buat sebarang rawatan. Tambahan pula bila tengok video YouTube yang diberikan, ada banyak darah, lepas tu dengan bunyi mesin yang membuatkan aku makin takut

GAMBAR SEBELUM PROSES
Alhamdulillah, nasib baik mereka yang me'ngerja'kan aku pada waktu tersebut baik-baik belaka

Proses pertama adalah membersihkan muka dengan menggunakan facial cleanser. Lepas dah bersih, muka akan diwapkan dengan wap panas untuk membuka pori-pori dikulit muka untuk proses berikutnya. Alhamdulillah, rasa seronok bila muka diwap dengan wap panas. ✌😎


Proses berikutnya adalah whitehead extraction. Ya, aku mengaku yang aku tak pernah tau pasal whitehead atau blackhead ni. Untuk proses ni agak sakit jugak sebenarnya sebab nak buang whitehead yang bermaharajalela di kulit muka memang susah.😅

Proses seterusnya adalan krim kebas yang disapukan dikulit wajah selama 20 minit untuk memberikan kesan kebas bagi proses dermapen yang pastinya sakit. Bila tiba proses ni, aku rasa muka macam makin sejuk, lepas tu macam tak ada rasa. (faham kan?)
Tibalah masa yang dinantikan dimana pen yang mempunyai jarum-jarum mikro menembusi kulit muka. Walaupun bunyi mesinnya agak menggerungkan, tapi rasa ngilu atau sakit tidak terasa sangat. Aku difahamkan yang mana teknik bagi Dermapen adalah berbeza mengikut jenis parut dan kedalaman kawah. Ada bahagian yang aku rasa tak sakit sangat, dan ada bahagian yang lebih sakit dan ngilu. 😕

Setelah selesai proses dermapen, aku ingatkan boleh terus pulang ke rumah, rupanya ada satu lagi proses iaitu wap sejuk dan LED MASK. Proses ini adalah sebagai salah satu cara untuk mematikan dan membasmi kuman dan bakteria

Lepas sahaja selesai, aku dah boleh balik rumah. Sepanjang perjalanan balik rumah dan beberapa jam selepas itu, aku dapat rasakan muka aku membengkak dan masih ada sakit baki rasa kebas. Lepas tu, rasa gatal-gatal macam nak garu muka, tapi terpaksa tahankan. Cara yang diberitahu untuk kurangkan rasa gatal adalah dengan meletakkan air sejuk pada muka. Alhamdulillah, berhasil



View this post on Instagram
A post shared by MOHAMAD KHAIRIL HASSAN (@aerill_hassan) on Jan 23, 2020 at 10:33pm PST

PROSES PENYEMBUHAN
Untuk bahagian seterusnya pula, aku nak cerita pasal proses penyembuhan. Gambar yang aku tunjukkan ini adalah perkembangan dari hari pertama sehinggalan hari ke sembilan. Oh ya, selepas sahaja aku selesai membuat proses dermapen, aku terus menaiki bas dan pulang ke Kulim, Kedah selama beberapa hari dan pulang semula ke Kajang

HARI PERTAMA
Pada hari pertama  aku dapat lihat kesan bengkak makin surut, tapi masih belum ada tanda-tanda kulit mengelupas. Oh ya, aku terus mencari sunblock dan pakai sepanjang hari. Aku jugak tak keluar daripada rumah supaya menghalang cahaya matahari dan sebagainya

HARI KETIGA
Hari ketiga dah boleh nampak kulit mula mengelupas. Alhamdulillah, aku tak ada rasa macam nak tarik kulit atau sebagainya. Aku hanya letakkan ais kiub yang sejuk pada muka beberapa kali sehari. 
HARI KELIMA
Hari kelima proses kulit mengelupas masih berlaku. Oh ya, pada hari tersebut ada dua kenduri yang perlu aku hadiri bersama keluarga dan cuaca di Kedah sangat panas. Solusinya adalah dengan memakai mask dan sunblock. Aku juga pakai topi sebagai penutup cahaya matahari. Memang nampak macam pelik dekat kenduri tu.😅
HARI KEENAM
Hari keenam aku sudah berada di Kajang. Boleh nampak kesan mengelupas sudah mula hilang. Oh ya, aku juga dah mula mencuci muka menggunakan pencuci muka. Sunblock juga aku tak tinggalkan tiap kali nak keluar rumah

HARI KETUJUH
Hari ketujuh aku dah boleh nampak perubahan positif berbanding sebelum. Kawah dimuka masih ada tapi aku dapat rasakan makin kurang. Kulit wajah pun lebih cerah. Aku dah keluar rumah tanpa pakai mask tapi masih menggunakan sunblock

HARI KESEMBILAN
Hari kesembilan semuanya kembali normal. Cuma perubahannya adalah pada cara aku menjaga muka. Aku dah mula memakai sunblock ketika keluar dan juga berada dirumah. Aku juga dah mula cuci muka menggunakan pencuci muka yang betul

Alhamdulillah, setakat ini aku dapat lihat perubahan positif walaupun baru sekali sahaja membuat rawatan dermapen ini. In shaa Allah aku mungkin akan lakukan rawatan kali kedua untuk perubahan yang lebih jelas. Jarak antara rawatan pertama dan seterusnya adalah selepas tiga minggu ya

DR MEDISPA & WELLNESS
Suasana di tempat rawatan
Sebenarnya aku tak tahu pun ada tempat membuat rawatan muka yang dekat dengan rumah di Kajang. Restoran mamak berhampiran dengan Dr Medispa & Wellness ini merupakan tempat yang selalu aku lepak

Tempat rawatan
Kelengkapan rawatan
Ruang menunggu dan berehat

Membuat rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness ni memang terbaik dan seronok sebab sebelum membuat rawatan, semuanya akan diberitahu secara terperinci. Staff-staff di situ juga sangat baik dan membantu dalam memberi servis yang terbaik. 
LOKASI
 
6, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Facebook :  https://www.facebook.com/drmedispaandwellness/Instagram : https://www.instagram.com/drmedispaandwellness/


Tekan link ini untuk tengok menu rawatan di DR MEDISPA & WELLNESS
http://bit.ly/JomTengokMenuRawatan
http://bit.ly/JomTengokMenuRawatan

atau

Tekan sini untuk buat temujanji di DR MEDISPA & WELLNESS 😍
http://bit.ly/SayaNakTempahTemujanjiDrMedispaWellness
http://bit.ly/SayaNakTempahTemujanjiDrMedispaWellness 

Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/buat-rawatan-dermapen-di-dr-medispa-wellness-kajang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Fisioterapi Yang Menawarkan Rawatan Sedut Kahak

Pusat Fisioterapi Yang Menawarkan Rawatan Sedut Kahak

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 365 hits
Mak ayah memang risau kalau anak berusia 2 tahun ke bawah yang batuk dan selsema berpanjangan Tidur malam anak yang tidak lena mengganggu juga tidur mak ayah Anda sedang mencari rawatan anak batuk yang tidak melibatkan rawatan penggunaan ub...
Influenza A Vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan

Influenza A Vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 928 hits
Influenza A vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan Ramai yang beranggapan influenza dan selsema biasa itu adalah sama Sedangkan ia adalah 2 penyakit yang berbeza Walaupun simptom kedua dua penyakit ini adalah sama tetap...
Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 928 hits
Dina Nadzir Hilang 6 kg Selepas Rawatan SSSlim Siapa yang tak kenal dengan Dina Nadzir merupakan seorang penyanyi penyampai radio di Era Fm dan juga pernah menjadi Juara Musim Pertama Malaysia Idol tahun 2004 Mama pun suka dengar suara dia ...
Himalaya Men Dan Joint Wellness Mantapkan Testosterone Hindari Kesakitan Sendi

Himalaya Men Dan Joint Wellness Mantapkan Testosterone Hindari Kesakitan Sendi

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 220 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraAku jenis yang suka buat aktiviti luar dan seorang yang hyperactive perkara ni memang diakui oleh kawan Baru ni ada buat aktiviti jungle trekking dan panjat Bukit kebiasaan tiada masalah semuanya baik2 sa...
Apartment Murah Di Kajang 2 Canopy Hills

Apartment Murah Di Kajang 2 Canopy Hills

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 430 hits
Mencari rumah idaman di Kajang 2 Harga bermula RM230 000Booking RM1000 onlyDetails FREEHOLD Size From 587 890sqft 2 Bedroom 1 Bathroom 1 Parking Lot Zero 0 Down Payment FREE SPA BANK LOAN AGREEMENT STAMPING DISBURSEMENTFeatures 38 World Cla...
Tempat Tukar Bateri Iphone Di Kajang

Tempat Tukar Bateri Iphone Di Kajang

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 315 hits
Masalah bateri bila pakai iPhone ni adalah normal Ye la mana tak bateri problem kan tengok sahaja statistic Screen Time korang dekat phone korang Mesti terkejut kan yang sehari korang gunakan phone berjam jam Pernah kira berapa kali korang ...
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 542 hits
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Kajang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi ke...
Dari Kajang Malaysia Ke Padang Bukit Tinggi Supir Terbaik Pilihan Hati

Dari Kajang Malaysia Ke Padang Bukit Tinggi Supir Terbaik Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 346 hits
Perkongsian gambar dari Naam client travel dari Kajang ni buat irda tersenyum gembira Keluarga bahagia bercuti bersama di Padang Bukit Tinggi Ada kawan irda tanya Apa yang best kat padang tu macam tempat makcik makcik shopping ja nak gelak ...
Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 331 hits
Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang Namun begitu ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678