Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs A
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A. Resepi ni mintak dari mak Mrs. A tapi Mrs. A olah sikit ikut cara Mrs. A. Resepi ni sangat mudah, buat sekali InSyaAllah terus menjadi. Dalam masa dah sebulan PKP ni dua kali jugaklah Mrs. A dah buat puding jagung. Puding jagung kat rumah Mrs. A ni memang laku keras selalu aje ada requested tapi tulah seketul Mrs. A malas nak layan muahhahaaaa...
Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.
Bahan-bahannya:-
Jagung krim - 1 tin habiskan.
Tepung Custard - 2 cawan
Gula pasir - 2 setengah cawan (kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan 2 cawan je cukup)
Santan (sebiji kelapa kata mak Mrs. A) - 1 mangkuk penuh yang saiz bekas nasi
Garam halus - 1 sudu kecil
Santan tu Mrs. A beli siap so tambah air lagi penuhkan mangkuk tu
Cawannya tu lebih kurang macam dalam gambar ni ha gittewww...Cara menyediakannya:-
Gaulkan kesemua bahan dan terus masakkan di atas api sederhana. Sentiasa kacau jangan tinggalkan kacau dan kacau dan kacau lagi... sehingga pekat berkilat dan meletus-letus gitteww...
Cengginilah rupanya bahan-bahan yang telah digaulkan itu
Kacau sampai jadi rupa macam gambar kat atas ni dah ketat dan berkilat baharulah diangkat dan letakkan dalam acuanMrs. A takde acuan yang cantik yang macam bunga matahari tu..... so tuang aje kat dalam bekas empat segi panjang macam kat bawah ni. Kemudian masukkan dalam peti ais kalau nak cepat keras dan cepat dimakanlah. Kalau takde peti ais biar aje kat luar pun boleh nanti dia keras sendiri
Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.
Akibat terlupa snap sebelum letak dalam peti ais.Ha! tulah! kan Mrs. A dah kata puding jagung kat rumah Mrs. A ni laku keras tak caya tengok gambar tu. Masa dah siap tu Mrs. A terus letakkan dalam peti ais. Kemudian naik atas kat bilik mandi-mandi bersiap bila turun semula konon-kononnya nak snap gambar tengok-tengok dah kena ngap daa.... hahhaaa... si Along punya kerja. Takpelah memang buat untuk dimakan pun no big deal.
Okay itu sahaja nak share Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.
Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2020/04/buat-puding-jagung-resepi-mak-mrs-a.html