Buat Menu Ini Untuk Sahur Anak Anak Baru Berselera


Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! dikongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.

 
 
 
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.

Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan. Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.

Susu kurma dan badam
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak. Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Buat Menu Ini Untuk Sahur Anak-Anak, Baru Berselera! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-menu-ini-untuk-sahur-anak-anak-baru-berselera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Nasi Ulam Terengganu Spesel Confirm Berselera Makan

Menu Nasi Ulam Terengganu Spesel Confirm Berselera Makan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 175 hits
Menyelerakan Nasi Ulam Terengganu antara salah satu menu yang juga digemari ramai Nasi ulam ada macam macam versi Ada versi utara versi timur dan ada pelbagai cara membuatnya Yang pasti Nasi Ulam antara menu yang memang dicari cari terutama...
Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

Tahun Lepas Kecil Lagi Fatima Dah Setahun 7 Bulan Fazura Didik Anak Bangun Sahur

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 180 hits
Selepas berhempas pulas menggerakkan perniagaan tudungnya Ramadan kali ini kata Fazura dia mahu memfokuskan kepada amal ibadah Tidak hanya bersama suami bahkan kata ibu cantik manis ini lagi dia juga kini mahu anaknya Nur Fatima Aisya menik...
Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

Baru Hari Pertama Sekolah Kepala Anak Cedera 4 Jahitan Tapi Respons Cikgu Sangat Mengecewakan Bapa

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 239 hits
Sememangnya setiap individu yang sudah bergelar ibu bapa pasti akan sentiasa mempunyai perasaan bimbang terhadap anak anak mereka terutamanya mengenai keselamatan anak
Ikan Bilis Tumis Asam Menu Paling Win Waktu Sahur

Ikan Bilis Tumis Asam Menu Paling Win Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 197 hits
Ini resipi paling win untuk bulan puasa nanti Sahur dapat menu ni senyap semua orang Ikan bilis tumis asam ni dimakan dengan nasi panas panas memang layan Lebihan minyak pada kuah jangan buang part tu yang heaven gaul gaul dengan nasi panas...
Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 186 hits
Kalau sudah tertulis rezeki untuk mendapatkan lagi zuriat meskipun anak pertama baru sahaja berusia 9 bulan siapalah kita untuk menidakkannya Namun kegembiraan pasangan selebriti Indonesia Dinda Hauw dan Rey Mbayang tidak berpanjangan apabi...
Baru Je Lepas Mandi Sedar2 Dah Dalam Sangkar Bapak Meng4muk Anak Tidur Dalam Sangkar Kucing

Baru Je Lepas Mandi Sedar2 Dah Dalam Sangkar Bapak Meng4muk Anak Tidur Dalam Sangkar Kucing

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 165 hits
Umum mengetahui bahawa kanak kanak sangat suka bermain bersama kucing Bukan sahaja bermain tetapi bahkan ada juga kanak kanak yang sampaikan tidur pun bersama sama kucing kesayangan mereka Walaupun sudah diletakkan di dalam sangkar tetapi b...
Kali Ke 2 Panggil Nama Dah Kali Ke 3 Dah Ada Ozlynn Kongsi Pengalaman Cab4ran Kejut Anak Sahur

Kali Ke 2 Panggil Nama Dah Kali Ke 3 Dah Ada Ozlynn Kongsi Pengalaman Cab4ran Kejut Anak Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 197 hits
Setiap ibu bapa punya cara dan pendekatan tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak anak Yang pasti semua mahu anak anak menjadi orang lebih lebih lagi situasi sekarang yang cukup menc4bar pada zaman moden ini Sama seperti pasangan sel...
5 Menu Baru Ready To Eat Produk Lengquas Dari Kopetro

5 Menu Baru Ready To Eat Produk Lengquas Dari Kopetro

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 222 hits
5 MENU BARU READY TO EAT PRODUK LENGQUAS DARI KOPETRO Selamat berpuasa semua Harap tak terlambat lagi untuk wish Ramadan Citer pasal bulan puasa ni kan Mummy rasa relax sket tahun ni Sebab apa Tak perlu mummy masak duduk dapur lelama setiap...
7 Menu Sahur Ikan Bilis Mudah Ringkas Dan Membuka Selera

7 Menu Sahur Ikan Bilis Mudah Ringkas Dan Membuka Selera

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 248 hits
Ramadan dah dekat Dah plan apa menu sahur Sahur ni selalu kita suka nak makan benda yang simple mudah senang nak sediakan dan kenyang lama dan nasi antara menu wajib sesetengah orang kalau tak makan nasi nanti lembik lemau Jadi hari ni saya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran