Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah
Setelah sekian lama berhajat nak buat
sendiri Croffle dekat rumah akhirnya tercapai juga impian tu. Selepas banyak
kali tertangguh.
Terpengaruh nak cuba, lepas
banyak kali tengok video resepi Croffle lalu lalang dekat For You Page (FYP)
TikTok.
Peminat Croffle sila hadir dan
baca artikel ni sampai habis. Diah tunjuk step by step buat Croffle menggunakan
Puff Pastry.
Croffle merupakan kacukan
Crossaint dan Waffle. Ikut bacaan ianya dipopularkan di Korea Selatan dan
kemudian tersebar di seluruh dunia.
Crossaint dimasak menggunakan
mesin waffle. Maka terhasil lah waffle yang leper dan rangup.
Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah
Banyak café moden yang menjual
Croffle dan menghidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai topping sama ada
buah atau pun sirap coklat.
Waffle dekat Gula Cakery pun sedap, makan denga aiskrim chocolate.
Kalau makan dekat luar kita tak
boleh nak kawal tahap kemanisan, jadi bila buat sendiri pandai-pandai la nak
letak apa ikut selera kita.
Dalam artikel sebelum ni Diah ada
kongsikan tentang waffle maker warna merah yang Diah beli dari TikTok Shop.
Suka waffle maker tu sebab dapat tiga plate berbeza. Plate untuk grill buat sandwich, plate donut dan plate waffle.
Tujuan utama beli sebab nak buat Croffle,
gigih sangat nak cuba. Boleh buat menu sarapan pagi (croffle dan scramble egg)
atau minum petang (croffle, buah, manisan).
Resepi Croffle Guna Puff
Pastry
Kalau ikut resepi yang Diah
kongsikan ni memang teramat lah mudah. Hanya perlukan dua bahan iaitu Puff
Pastry dan gula.
Lagi banyak topping, maka banyak
lah bahan perlu ada. Gula dan pastry ni adalah bahan asas untuk buat croffle.
Kalau korang ada stok Crossaint sejuk beku dekat rumah boleh guna yang tu lagi sedap. Tak kira apa jenama pun.
Bahan utama kena ada ialah puffpastry, Diah guna jenama Kawan. Guna saiz besar, dapat banyak dan kalau tak
habis boleh simpan buat stok.
Perkara pertama kena sediakan
Crossaint terlebih dahulu. Jadi kena gulung pastry menjadi bentuk seakan-akan
crossaint.
Cara Buat Crossaint Instant
Guna Puff Pastry
Potong pastry kepada empat segi
sama besar. Kemudian potong lagi sehingga menjadi lapan bahagian. Boleh rujuk
gambar dekat bawah.
Dah jadi lapan bahagian sama
besar, korang potong serong menjadi segi tiga setiap satunya. Jumlah croffle
untuk satu pastry adalah 16 ketul saiz mini.
Gulung dari bahagian yang lebar
menjadi bentuk crossaint. Lekatkan hujung pastry menggunakan air (jika perlu).
Siap gulung boleh la masak menggunakan waffle maker.
Salutkan croffle dengan gula.
Oleskan mentega pada plate waffle maker dan kemudian masukkan croffle ke dalam
waffle maker.
Hanya ambil beberapa minit untuk
croffle masak. Nak dapatkan croffle yang garing, masak lama sikit. Boleh makan
begitu saja atau boleh makan bersama sirap coklat.
Kalau tak mahu Croffle yang manis
boleh juga masak bersama hirisan daging nipis.
Penutup
Resepi Croffle guna Puff Pastry dan
buat sendiri dekat rumah sesuai untuk yang nak kawal pengambilan gula, yang nak
buat Croffle tapi macam dekat café, dan yang suka memasak.
Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/11/buat-croffle-guna-puff-pastry-sendiri.html