Buang Masa Saja Hamzah Mahu Dedah Surat Saifuddin Ketika Kempen Prn Ini


 
Selain tidak mampu menambah sebarang undi kepada PN, mendedahkan surat itu hanya mendedahkan lemahnya Hamzah ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri….




BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI 


Walaupun sudah dinafikan, bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin nampaknya tetap berkeras mahu mendedahkan surat daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasition Ismail yang didakwa dihantar kepadanya konon bagi meminta pemilihan PKR yang lalu dibatalkan.


Hamzah memberitahu pemberita di Tanjong Karang malam tadi bahawa beliau akan mendedahkan surat itu dalam kempen PN di Kedah tidak lama lagi.


“Itu tunggu. Saya katakan bersiri.


“Saya cakap dengan orang Kedah bahawa saya akan turun kembali ke Kedah dan saya akan tunjuk surat yang dia hantar pada saya,” katanya lagi.


Berikutan pendedahan Hamzah bahawa Saifuddin pernah menghantar surat kepadanya meminta agar pemilihan PKR dibatalkan, Setiausaha Agung PKR itu yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri segera menafikannya dan menyifatkan dakwaan Hamzah terhadapnya tidak lebih hanya sekadar “kenyataan politik” semata-mata.


Saifuddin berkata, jika beliau mahu membatalkan keputusan pemilihan parti tahun lalu itu, beliau boleh melakukannya dalam dua jawapannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), apabila badan itu mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada PKR.


Tentunya kerana tidak puas hati dengan jawapan Saifuddin itu, Hamzah kini memutuskan untuk mendedahkan surat Saifuddin itu?


Perlukah Hamzah berbuat demikian?


Sekarang adalah waktu kempen PRN dan sebarang ucapan atau pendedahahan ketika kempen ini seharusnya boleh membantu PN ke arah memperolehi undi.


Malangnya, tindakan Hamzah membuat dakwaan tentang wujudnya surat Saifuddin kepadanya itu langsung tidak membantu PN memperolehi undi tambahan daripada rakyat Kedah.


Apa kaitan surat itu dengan PRN dan kepada rakyat Kedah?


Hamzah patut mencari isu lain jika ingin menambahkan undi kepada PN yang kini semakin terjejas berikutan onar Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang memperlekeh Raja-Raja sehingga didakwa di mahkamah, selain isu nadir bumi yang dijangka lebih banyak tangkapan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.


Lagi pula, isu pemilihan dalam PKR telah selesai dan meskipun Saifuddin kalah kepada Rafizi Ramli bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden, kedua-dua pemimpin berkenaan telah memilih untuk bersatu serta sama-sama bekerja keras untuk kemenangan PH pada PRU15 lalu.


Disebabkan kesediaan mereka melupakan isu pemilihan tersebut dan kedua-duanya saling bekerja keras, itulah yang sebahagiannya menyumbang kepada kepada kemampuan PH memenangi 82 kerusi iaitu paling tinggi berbanding PN dan juga BN.


Kini juga, Saifuddin dan Rafizi sama-sama anggota jemaah menteri dan mereka saling fokus serta melengkapi untuk terus memperkukuh parti dan berkhidmat untuk negara.


Maka itu, langsung tidak relevan sebenarnya untuk Hamzah bercakap mengenai surat itu.


Selain tidak relevan, adalah membuang masa juga bagi Hamzah bercakap tentang surat itu pada ketika ini kerana Saifuddin dan Rafizi tidak pernah memanjangkan isu pemilihan itu sebaik ianya berakhir.


Tambahan lagi, yang salahnya dalam hal ini, jika benar Saifuddin ada menulis surat kepadanya meminta pemilihan PKR itu dibatalkan, ialah Hamzah sendiri.


Kenapa beliau tidak membatalkan saja pemilihan PKR kalau benar perkara itu yang diminta oleh Saifuddin?


Bukankah jika pemilihan PKR itu dibatalkannya, parti itu akan jadi lebih berpecah dan PH tidak mungkin mampu menang sehingga 82 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu?


Oleh kerana beliau sendiri enggan membatalkan pemilihan PKR, mendedahkan wujud surat berkenaan ketika ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.


Ia malah hanya mendedahkan kelemahan dan ketidakcekapan Hamzah sendiri ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. – ShahbudinHusin 24/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/buang-masa-saja-hamzah-mahu-dedah-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Minta Mb Dedah Identiti Pelawat China Berkaitan Projek Nadir Bumi

Saifuddin Minta Mb Dedah Identiti Pelawat China Berkaitan Projek Nadir Bumi

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 234 hits
MalaysiakiniMenteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mahu menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan identiti seorang lelaki warga China yang ditahan di sebuah Hutan Simpan Bukit Enggang Sik berhubung isu kecuria...
Saya Makan Sambil Taecyeon Dedah Berat Pernah Cecah 100kg Ketika Di Khidmat Tentera

Saya Makan Sambil Taecyeon Dedah Berat Pernah Cecah 100kg Ketika Di Khidmat Tentera

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 260 hits
Baru baru ini Taec yeon telah membuat satu pendedahan mengejut mengenai berat badannya ARTIKEL BERKAITAN Pada 11 Julai Taec yeon telah muncul dalam saluran GQ Korea di mana penyanyi dan pelakon itu ada menjawab beberapa soalan mengenai diri...
Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

Sanusi Hantar Surat Saman Kononnya Nak Gertak Menteri Kdn Sekali Saifuddin Ajak Berentap Dalam Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 232 hits
Sanusi hantar surat saman kononnya nak gertak Menteri KDN sekali Saifuddin ajak berentap dalam mahkamah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah menerima notis undang undang daripada Menteri Besar Kedah Da...
Cabar Kpn Bersedialah Kamu Nanti Hamzah Pertahan Sanusi Prn 2023 Pn

Cabar Kpn Bersedialah Kamu Nanti Hamzah Pertahan Sanusi Prn 2023 Pn

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 215 hits
Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan tegas polis terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang didakwa pagi ini atas dua tuduhan bawah Akta Hasutan Hamzah menyifatkan tinda...
Mereka Sumbat Sampah Dalam Kasut Saya Jeon Somi Dedah Kisah Dibuli Ketika Di Zaman Sekolah

Mereka Sumbat Sampah Dalam Kasut Saya Jeon Somi Dedah Kisah Dibuli Ketika Di Zaman Sekolah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 415 hits
Baru baru ini Jeon So mi mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah dahulu ARTIKEL BERKAITAN Pada 13 Julai Jeon So mi telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan Song Yoon ah by PDC di mana dia ada berkongsi kisahnya membe...
Ketika Sesi Soal Jawab Masa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Tiba Tiba Soalan Kanak Kanak Ini Buat Ramai Terkejut

Ketika Sesi Soal Jawab Masa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Tiba Tiba Soalan Kanak Kanak Ini Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 338 hits
Ketika sesi soal jawab masa ceramah Ustaz Azhar Idrus tiba tiba soalan kanak kanak ini buat ramai terkejut Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja diselit dengan jawapan pekat dengan slang Terengganu Tidak hany...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Kenapa Lidah Jadi Begitu

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian