Buah Pelaga


Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.

Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.



elettaria cardamomum ~ wikipedia

Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.

Sungguhpun buah pelaga banyak khasiatnya, Laman-Seri menganggap buah pelaga adalah sebutir bom jika tergigit semasa mengunyah nasi minyak berlauk ayam masak merah yang enak! :)


pokok pelaga



buah pelaga dan bunganya



buah pelaga closed up

Tidak sukar untuk menggunakan biji buah pelaga, terutamanya dalam menyedapkan masakan. Anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau gunakan sebiji-sebiji. Untuk mendapatkan rasanya, patah-patahkan buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Selalunya buah pelaga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. Ðalam masakan India, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. Masyarakat Timur Tengah pula menggunakan serbuk buah pelaga dalam kopi.

Ubat batuk dan gatal-gatal kerongkong

Buah pelaga mengandungi minyak pati yang mengandungi senoel, terpineol dan borneol. Ði samping itu, buah pelaga turut mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, mangan, gula, lemak, protein dan silikat. Biji pelaga pula mengandungi 3 hingga 7% minyak pati yang terdiri daripada terpineol, terpinil asetat, sineol, alfa berneol dan beta kamfer. Selain itu, biji buah pelaga juga mengandungi minyak lemak, protein dan kalsium oksalat. Rizom pokok mengandungi saponin, flavoniod, polifenol dan minyak pati.

Khasiat ubatan yang boleh diperolehi daripada buah pelaga memang banyak. Walaupun biji pelaga mempunyai rasa yang pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa sejuk setelah mengunyahnya. Bau biji buah pelaga yang wangi ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Harumkan mulut

Bagi mereka yang mengalami masalah mulut berbau, dengan mengunyah biji buah pelaga secara perlahan-lahan, dikatakan boleh memberi keharuman pada mulut. Selain itu, melalui cara yang sama, biji buah pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Kegunaan lain ialah menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas. Biji buah pelaga juga dikatakan boleh menghalang penyimpanan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

Mengawal obesiti

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. Cara yang sama juga dikatakan boleh mengatasi masalah obesiti. Buah pelaga dikatakan mampu membersihkan buah pinggang dan hempedu.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam MW#1401 dan En.Wikipedia ~ Elettaria



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rempahsegerahr.blogspot.com/2019/02/buah-pelaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tfc Dan Jdt Kongsi Mata Figueroa Berang Aksi Anak Buah

Video Tfc Dan Jdt Kongsi Mata Figueroa Berang Aksi Anak Buah

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA TERENGGANU Pengurus Johor Darul Ta zim Luciano Figueroa berang dengan prestasi anak buahnya yang gagal mempamerkan belang sebenar sebagai mana yang diharapkan ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail...
9 Peny4kit Yang Boleh Dirawat Dengan Buah Delima Rileks Media

9 Peny4kit Yang Boleh Dirawat Dengan Buah Delima Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 308 hits
1 Mengandungi zat besi kalsium folforus dan vitamin Buah ini mengandungi zat besi kalsium folforus vitamin A dan C Sejak zaman dahulu ahli perub4tan Yunani menggunakan ub4t ini sebagai ub4t cac1ng Alkaloid yang terdapat pada kulit buah memb...
Beli 5 Buah Buku Untuk Santapan Rohani

Beli 5 Buah Buku Untuk Santapan Rohani

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 400 hits
Assalamualaikum Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Nya Makanan Minda Dan RohaniBaru beli ni Sahabat saya juga penulis buku buku ini Mohamad Zarifi Mohamad Daud Mukmin 1st Class Me...
Garam Boleh Kurangkan Rasa Masam Buah

Garam Boleh Kurangkan Rasa Masam Buah

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 526 hits
Percaya atau tidak rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan Jangan cepat putus asa ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je Selama ni tak tahu rupanya sangat mudah taburkan sedikit ga...
Putik Buah Nenas

Putik Buah Nenas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 438 hits
Pokok nenas yang dari satu sulur menjadi 2 pokok Tanah yang padat kerana menggunakan tanah laman rumah yang berupa tanah liat melambatkan tumbesaran pokok nenas ini Sekadar untuk belajar tentang Dua pokok nenas dalam satu Nutripot RingkasSa...
Petua Mudah Untuk Merawat Selsema Dengan Buah Nenas

Petua Mudah Untuk Merawat Selsema Dengan Buah Nenas

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 491 hits
Apabila uolsss diserang selsema ambillah sebiji buah nenas kupas dan buang matanya Kemudian dihiris kecil kecil Petua Mudah Untuk Merawat Selsema Dengan Buah Nenas
Irfan Bakti Ingatkan Anak Buah Supaya

Irfan Bakti Ingatkan Anak Buah Supaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA TERENGGANU Selepas gagal mencatat sebarang kemenangan pada tiga aksi terdahulu ketua jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim tidak rela berputih mata lagi Jurulatih yang pernah membimbing kelab Persipura Jayapura dalam Liga Indo...
Etika Wajib Memberi Buah Tangan Tahun Baru Cina

Etika Wajib Memberi Buah Tangan Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1178 hits
Kredit thoughtco com Memberi hadiah atau buah tangan semasa perayaan lazimnya tidaklah begitu susah Namun begitu perayaan budaya Tahun Baru Cina terdapat etika tertentu yang anda perlu ikuti dalam memberikan buah tangan Tahun Baru Cina Etik...
Hukum Jual Buah Belum Petik

Hukum Jual Buah Belum Petik

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 516 hits
Islam menggariskan beberapa hukum lain mengenai perniagaan bahan pertanian Hasil pertanian yang hendak dijual beli hendaklah telah dituai atau diketahui keadaannya Contohnya tidak diharuskan menjual buah buahan yang masih berada di pokok da...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Chelsea Vs West Ham United Highlights Video May 5 2024

Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan