Buah Manggis Mulai Masak


BUAH MANGGIS MULAI MASAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. SETELAH SEKIAN LAMA POKOK MANGGIS berdekatan depan pintu rumah babah tidak berbuah.. alhamdulillah tahun ini berbuah dia. Syukur. Mula-mula yang sedar ada putek PC. Cakap dengan babah pun babah ketawakan. Babah risau anaknya tipu dia. Sebab dah pernah terjadi. 
Oleh kerana lama sangat-sangat tidak berbuah. Bila nampak ada puteknya mahunya tidak teruja. Jangan main-main. Senyum hari-hari. Apa je yang tak diusahakan. Pangkas sudah. Tabur baja. Tabur garam. Orang kata suruh tetak-tetak sikit-sikit.  Ajak bercakap. Bila semua tidak menjadi, hujungnya PC cakap dengan babah, "ba, agaknya pokok manggis ni kena selalu diasapkan lahh..". Jadi setiap kali babah nak bakar daun kering, bakar berhampiran dengan pokok agak-agak asapnya boleh kena seluruh pokok manggis ni. Kalau PC nak bakar kertas ke.. pun sama juga.


Pokok manggis ni benihnya mama yang semai. Pokoknya pun mama yang tanam juga. Air tangan mama. Semoga pahalanya mengalir terus untuk mama. Sesekali ada juga terfikir nak potong separuh biar rendang tapi tak jadi. Ingat mama. Sayang rasanya. Biarlah. Kalau pun tak berbuah tapi mewah dengan kenangan manis. Alhamdulillah. 
Setelah 2 tahun mama pergi, BUAH MANGGIS MULAI MASAK.. buang sampah, tengok ada kulit manggis kosong dah masak di tanah. Bila dongak ke atas.. eh, tak nampak pula ada buah yang dah masak dan boleh dipetik. Misteri sungguh. Balik-balik jadi seram sendiri. Pagi esok pun gitu lagi. Semakin bertambah kulit manggis yang bersepah. Hurmmmm. Musang ke. Tupai ke. Tak puas hati. Tunggu. Babah pun pelik tengok anaknya.
Rezeki sudah ditentukan. Rezeki nampak tupai tengah menikmati buah manggis. Rezeki dapat sebiji yang masak dan layak dipetik. Haaaaa. Bukan main comel tupai makan manggis atas pokok awal pagi. Patutlah mulus, sarapan buah rupanya awal pagi. Ya Allah.  Ya Razzaq. Sambil petik guna penyangkuk khas yang babah sediakan, sambil senyum sendiri. Sambil bercakap dengan tupai. Tupai satu. Ummi satu ya. Jangan makan semua tau, bagi atok dengan abi rasa juga ya tupai baik hati. Hahahaha.
Esok pagi, en suami pula yang mencari, tengah lalu bawah pokok manggis, ada yang jatuhkan kulit manggis atas kepala. Hahaha. Laaaa tupai tengah makan manggis lagi. Bertuah betul. Kata en suami, tupai tu berjoget atas pokok. Seronok agaknya. Takpelah. Tetap dapat sebiji dua untuk en suami nikmati. Babah suka kutipkan tapi kurang suka makan manggis. Kalau dengan tupai babah tak berapa nak marah. Tapi kalau dengan monyet mahu bebel setengah hari. Bila dah mula masak... alhamdulillah. Cuma rezeki siapa, rahsia Allah swt.
NOTA PC  : durian tak dapat makan.. diserang monyet dan lotong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2024/06/buah-manggis-mulai-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpdn Pahang Keluar 16 Notis Kepada Syarikat Perniagaan Menerusi Ops Kesan 2 0 Mulai 10 Jun Lepas

Kpdn Pahang Keluar 16 Notis Kepada Syarikat Perniagaan Menerusi Ops Kesan 2 0 Mulai 10 Jun Lepas

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pahang mengeluarkan 16 notis kepada syarikat perniagaan yang berdaftar dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi sepanjang pelaksanaan Ops Kesan 2 0 yang bermula pada 10 Jun lepa...
Harga Telur Ayam Gred A B C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini Pm Anwar

Harga Telur Ayam Gred A B C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini Pm Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR 17 Jun Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Sa Dah Masak

Sa Dah Masak

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum Hi korang Buat apa Tu Masak Dah SA baru sudah masak kejap2 lagi Lepas zohor boleh la makan plak Hari ni masak simple2 apa yang ada dalam cabinet Dan fridge aje adik bongsu pun dah balik ngan anak dia husband outstation Jom t...
Mulai 1 Jan Pengunjung Menginap Di Perak Dicaj Rm3

Mulai 1 Jan Pengunjung Menginap Di Perak Dicaj Rm3

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 275 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pengunjung yang menginap di Perak akan dikenakan Caj Perkhidmatan Tempatan sebanyak RM3 mulai 1 Jan tahun depan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching berkata caj baharu untuk setiap bilik...
10 Tanda Dan Ciri Pria Mulai Bosan Dengan Kekasih Atau Pasangannya

10 Tanda Dan Ciri Pria Mulai Bosan Dengan Kekasih Atau Pasangannya

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 472 hits
Tanda dan ciri pria mulai bosan dengan kekasih atau pasangannya nbsp Bagaimana tanda dan ciri cowok yang mulai bosan pada pacar ataupun kekasih nbsp Adapun tanda dan ciri yang harus di ketahui bagi wanita dapat melihat dibawah ini Memang me...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik