Buah Delima Membantu Masalah Ketidaksuburan Wanita
hi semua, kebaikan buah delima untuk wanita. Teringat ketika saya masih kanak-kanak, mak tanam pokok delima di depan rumah, dan setiap kali pokok delima tu berbuah, berebut saya dan abang-abang saya makan buah delima, sampaikan ada masanya mak dan bapa saya langsung tak dapat bahagian habis kami kerjakan semua buah delima!
Dan hari tu ada terbaca buah delima ni harganya agak mahal, dijual pada harga RM50 untuk 9 biji. Wow kelas kau delima, mahal tapi berbaloi untuk dimakan kerana buah delima dikatakan mempunyai khasiat yang baik pada tubuh
Mrs Pip pun sudah lama tidak makan buah delima yang sebenar, hari tu time preggy si Nami, Mrs Pip mengalami sembelit teruk, dan alhamdulillah Mrs Pip minum jus delima beli di Cosway, jus delima berkesan hilangkan sembelit ketika hamil
Entry : Pregnancy Update : 36 Minggu + Sembelit semasa mengandung
Buah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita
Hari tu time tengah layan apps Crumblyy ni, Mrs Pip ternampak salah satu sharing kat apps tu mengenai buah delima , jadi terasa nak menulis mengenai khasiat buah delima untuk wanita ...
Melalui perkongsian di Crumblyy , katanya :-
Consume pomegranate crush seeds in case of female infertility. It helps thicken the uterus lining
Jadi buat wanita yang nak usaha untuk hamil, mungkin boleh cuba tips yang dinyatakan iaitu memakan biji buah delima yang telah dihancurkan (pomegranate crush seeds) ... tak salah berusaha , apapun semuanya atas izin Allah. So sebelum nak makan tu, kenalah berdoa kat Allah mudah-mudahan mendapat zuriat atas izinNya ok
khasiat dan kelebihan buah delima
gambar kredit Google
Antara khasiat buah delima untuk wanita (eh untuk lelaki juga ya) melalui pembacaan yang Mrs Pip baca ialah :-
Buah delima kaya dengan nutrien penting (sumber : https://jiwasihat.com/nutrisi/10-khasiat-buah-delima-yang-dibuktikan-oleh-sains/ )Buah delima membantu melawan lemak di dalam badan dan menaikkan metabolisma badanBuah delima mempunyai flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksidan melawan penyakit jantung dan kanserBuah delima kaya dengan Vit C, jadi sekaligus ianya membantu mencantikkan kulitBuah delima membantu melawaskan sistem pencernaan , namun ianya dilarang diambil ketika anda mengalami cirit-biritBuah delima memperbaiki memori manusia sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit AlzhaimerBuah delima membantu masalah ketidaksuburan wanita
buah delima juga ada disebut di dalam alquran sebagai
antara buah yang berada di dalam syurga
gambar kredit Google
terus terasa mau cari tanam depan rumah pokok delima ni, so tunggulah ni mencari dulu kita bibit pokok delima, manatau ada yang sudi beri bibit untuk Mrs Pip tanam pokok delima kan ...
semoga bermanfaat sharing untuk semua yang membaca
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/03/buah-delima-membantu-masalah-wanita-sukar-hamil.html