Buah Asam Gelugur Dah Menguning
Masih ingat pohon buah asam gelugur nan sebatang yang saya cerita? Minggu lepas berkampung beberapa hari tengok tengok mak ada petik buah asam gelugur. Cepat-cepatlah saya ambil gambar buah asam gelugur sebelum dipotong dijadikan homemade asam keping.
Bukan Fiza lah kalau tak ambil gambar, kannnn. Dapatlah belanja gambar buah asam gelugur pada mereka yang tak pernah tengok. Tahu asam keping tapi tak tahu buahnya
Jarang nampak orang jual buah asam gelugur. Kalau ada pun kat pasar tani. Tak tahu lah pulak berapa harga buah asam gelugur.
Zaman sekarang tak susah, beli je asam keping yang dah siap tu. Tak rajin nak proses. Nak proses jadikan asam keping pun kena cuaca elok ada cahaya matahari barulah elok asam keping kering dijemur.
Sebelum balik sempat lagi membelek kot ada lagi buahnya. Dapatlah menjolok 2 biji buah asam gelugur lagi. Jadi ada 4 biji untuk dibawa balik. Jenuh nak memotong untuk dijadikan asam keping. Cara potong buah asam gelugur kena nipis nipis baru cepat kecut sikit.
Suka tengok bentuk buah asam gelugur ni macam buah labu, kan? 4 hari selepas petik bawa balik tu buah asam gelugur dah menguning dah. Bolehlah dipotong buat asam keping. Ikutkan tak rajin. Tapi sebab benda bukan selalu ada dan buat, kita buat je lah.
Silap timing pulak nak buat asam keping sebab cuaca tak menentu ni. Risau cuaca lembap nanti mudah berkulat.
Kalau tak nak buat asam keping pun boleh. Boleh je gunakan terus masuk dalam masakan. Lagi mudah tak payah susah payah buat asam keping. Tapi level masam dia tinggi sikit lah. Buat asam keping tu nak bagi tahan lama, kan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/12/buah-asam-gelugur-dah-menguning.html