Bts Terus Pertaruh Konsep Riang






KERANCAKAN kerjaya kumpulan BTS dari Korea Selatan sememangnya tidak berpenghujung.

Tampil dengan lagu terbaharu berjudul Dynamite, mereka menambah koleksi diskografi untuk dinikmati semua terutama kelab peminat mereka, ARMY.

Sebagaimana cukup dekat dengan kumpulan RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook, mereka terus mempertaruhkan konsep riang serta berwarna-warni dalam karya itu. Baik pada melodi, bait lirik atau video muziknya.

Semestinya ARMY paling seronok apatah lagi setiap saat mereka mendambakan karya baharu daripada kumpulan fenomena ini. Jelas, hari-hari mereka terisi dengan pelancaran lagu berkenaan yang sangat menarik konsepnya.

Menyuntik elemen retro daripada prop digunakan hingga gaya rambut setiap anggotanya, video muzik yang dimuat naik di YouTube serta-merta mendadak tontonannya.

Dalam tempoh sejam, angka tontonan sudah melepasi 20 juta.

Ia sekali gus membuktikan kuasa pengikut BTS di seluruh dunia tidak boleh dipandang enteng. Tanda sokongan diberikan kepada mereka tidak berbelah bahagi, malah sebenarnya cukup luar biasa untuk ditandingi mana-mana artis lain di seluruh dunia.

Sekali lagi mereka menampilkan hasil karya yang keseluruhannya berada pada tahap mengagumkan. Penggunaan pelbagai lokasi dengan elemen berbeza cukup menjadikan video muzik itu berwarna.

Ditambah pula dengan corak tarian yang sememangnya tidak dinafikan kemas dan bertenaga, sekali gus lagu itu menggetarkan hati siapa saja yang mendengar.

Begitulah penangan aura yang sentiasa membuatkan peminat kian jatuh cinta kepada mereka.

Terdahulu, kumpulan terbabit dan agensinya berterusan mencuit hati peminat dengan bayangan lagu baharu. Akhirnya ia dilancarkan juga, baru-baru ini berserta video muziknya sekali yang diarahkan Yong Seok Chai.

Tidak ketinggalan, BTS juga mengumumkan mengenai konsert akan datang mereka September ini berjudul Break the Silence: The Movie.

Pastinya, mereka sudah tidak sabar untuk mempersembahkan Dynamite secara langsung pula.

Mereka juga sudah mengesahkan akan membuat persembahan lagu itu di Anugerah Muzik Video MTV 2020 pada 31 Ogos ini.

Turut menghiburkan penonton pada acara itu adalah Miley Cyrus, Lady Gaga, The Weeknd, J Balvin, Maluma, Roddy Ricch, Doja Cat dan CNCO.

Acara terbabit akan dilangsungkan di beberapa lokasi luar. MTV VMA 2020 asalnya dijadualkan diadakan di Barclays Center, New York, namun dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Bulan lalu, BTS turut diumumkan Guinness World Records (GWR) mencipta rekod baharu menerusi pencapaian konsert virtual berbayar mereka yang berlangsung pada 14 Jun lalu.

Rekod itu diberikan selepas konsert virtual berjudul Bang Bang Con : The Live mendapat jumlah tontonan paling tinggi iaitu lebih 756,000 dari 107 negara seluruh dunia. GWR mengesahkan sendiri angka berkenaan sebelum mengiktiraf rekod baharu dicipta BTS itu.

Konsert berdurasi hampir dua jam yang dipancarkan dari sebuah studio di Seoul, Korea Selatan itu diumumkan menjadi konsert berbayar paling berjaya dari segi tontonan. BTS mempersembahkan 12 lagu dalam konsert
itu.

Walaupun sekadar berlangsung dalam studio, konsert terbabit mendapat pujian dari pelbagai aspek termasuk pementasan produksinya yang mengagumkan. Ibarat konsert sebenar, pentasnya dibuat begitu teliti dengan menampilkan pelbagai tema berbeza di ruang berlainan.

BTS sepatutnya mengadakan siri jelajah, Map of the Soul tahun ini, namun tarikh yang dijadualkan pada April hingga September terpaksa ditunda.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/08/bts-terus-pertaruh-konsep-riang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Once Again Terus Dominasi Rating Drama Hari Minggu

Once Again Terus Dominasi Rating Drama Hari Minggu

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 346 hits
Drama KBS 2TV Once Again terus mendominasi rating drama hari minggu Episod terbaru drama lakonan Lee Min jung dan Lee Sang yeob ini mencatatkan purata rating sebanyak 29 2 peratus dan 33 2 peratus untuk dua bahagiannya Selepas menyaksikan p...
Tiga Asas Utama Muafakat Nasional Dapat Terus Kekal

Tiga Asas Utama Muafakat Nasional Dapat Terus Kekal

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 291 hits
August 24 2020 KUALA LUMPUR Tiga asas utama Muafakat Nasional terus kekal menurut Timbalan Presiden Pas Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ialah keikhlasan saling memelrukan dan sikap tolak ansur MN adalah jenama baru dalam arena politik negar...
Kroni Siapa Dapat Projek Runding Terus Era Kerajaan Ph

Kroni Siapa Dapat Projek Runding Terus Era Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 311 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6 61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Semasa pentadbiran sebelum ini se...
Astaghfirullahalazim Rm6 Bilion Rundingan Terus Di Bawah Kerajaan Ph Dewan Kecoh

Astaghfirullahalazim Rm6 Bilion Rundingan Terus Di Bawah Kerajaan Ph Dewan Kecoh

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 329 hits
Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendakwa bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6 61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Semas...
07 Jalan Terus Cinta Tidak Semestinya Memiliki

07 Jalan Terus Cinta Tidak Semestinya Memiliki

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 1290 hits
C I N T ACinta itu wujud dan ada di mana mana Cinta sang remaja ditemui di alam persekolahan Kata orang itu cinta monyet Monyet juga bercinta rupa rupanya Namun jangan diperlekehkan cinta monyet sang remaja Cinta monyet itu banyak yang dian...
Terdengar Budak Menangis Menjerit Saya Terus Berlari Untuk Bantu

Terdengar Budak Menangis Menjerit Saya Terus Berlari Untuk Bantu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 429 hits
Kepantasan seorang lelaki berjaya menyelamatkan dua beradik berada dalam kereta yang bergerak tanpa pemandu gara gara ibu mereka terlupa menarik brek tangan Kejadian itu berlaku pada 14 Ogos 2020 di Korea Selatan dan dirakam oleh kamera lit...
Gareth Bale Perlu Pilih Terus Dibekukan Atau Kembali Ke Spurs

Gareth Bale Perlu Pilih Terus Dibekukan Atau Kembali Ke Spurs

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 452 hits
Situasi Gareth Bale di Real Madrid memangkin pengendali Tottenham Hotspur Jose Mourinho untuk menerbangkannya semula ke saingan Premier League Dikatakan beliau mahu mengembalikan prestasi terbaik Bale yang beku di bangku simpanan yang juga ...
Instragram Kini Akan Memaparkan Perkongsian Yang Dicadangkan Untuk Anda Terus Kekal Pada Aplikasinya

Instragram Kini Akan Memaparkan Perkongsian Yang Dicadangkan Untuk Anda Terus Kekal Pada Aplikasinya

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 306 hits
Instagram sebelum ini telah sedia memaparkan sebuah notifikasi ringkas pada penghujung aplikasi 8211 sekaligus mengelak pengguna meluangkan masa yang lama pada aplikasi berkenaan dan mengehadkan penggunaan peranti mudah alih Apa pun kini In...
Ustaz Haslin Mohon Kepada Rakyat Malaysia Untuk Terus Doakan Kesihatan Ustaz Kazim Yang Sedang Bertarvng

Ustaz Haslin Mohon Kepada Rakyat Malaysia Untuk Terus Doakan Kesihatan Ustaz Kazim Yang Sedang Bertarvng

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 976 hits
Terdahulu ramai yang sedia maklum mengenai tahap kesihatan penceramah terkenal Dato Ustaz Kazim Elias yang tidak menentu dan sering kali terpksa dikejarkan ke h0spital
Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Zahid Seeking To Project A United Sabah Bn Ahead Of State Polls Say Analysts

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Peraturan Baharu Pengisian Nama Mas Air Asia

Isteri Blur Di Mahkamah Bila Hakim Tanya Apa Puan Nak

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia