07 Jalan Terus Cinta Tidak Semestinya Memiliki



C.I.N.T.A

Cinta itu wujud dan ada di mana-mana.

Cinta sang remaja ditemui di alam persekolahan. Kata orang itu cinta monyet. Monyet juga bercinta rupa-rupanya. Namun jangan diperlekehkan cinta monyet sang remaja. Cinta monyet itu banyak yang diangkat dan dijulang hingga ke jinjang pelamin sehingga beranak dan bercucu

Banyak juga cinta dijumpai di menara gading. Sang mahasiswa tekun mentelaah sambil memburu cita-cita juga memburu cinta. Kata mereka, usah disia-siakan perasaan indah yang datang itu

Adakala cinta juga boleh dijumpai di tempat bekerja. Ada teman tapi mesra. Ada teman tapi jauh. Teman tapi mesra inilah yang sering dan sedang mengekori aku sekarang ini. Di tempat kerja sebelum ini dan juga di tempat kerja baru aku sekarang ini. 
Sudah pastinya C.I.N.T.A itu ada pada jantung hati seorang lelaki dan maka itulah, sang lelaki itulah yang mengekori aku

Sayang sekali, Faizal sang lelaki itu terpaksa aku tinggalkan bersama sekeping surat perletakan jawatan aku. Mana mungkin aku terima jantung hati sang lelaki yang dengan begitu mudah menghina dan merendahkan maruah aku. Dia dengan sukarela menjadi tukang penyampai cerita karut dan cerita fitnah ke seluruh pelusuk kilang tempat di mana aku mencari sesuap nasi

Cerita karut dari mulut pekerja yang jauh lebih senior sepantas kilat dipercayai dan disebar seluas alam tanpa prejudis. 
"Kenapa semua orang pandang aku dan terus senyap terkedu?". Hairan aku dengan tingkah laku mereka. Sebaik kaki aku melangkah masuk di muka pintu kafetaria, seluruh mata memandang ke arahku, kemudian menjadi kaku seumpama mati tiba-tiba. Suasana kafetaria menjadi sunyi sepi. Sudahlah tadi Kak Zaidah tidak mengajak aku rehat bersama-samanya. Kebiasaannya kami akan ke kafetaria bersama-sama untuk mengisi perut dan menghabiskan waktu rehat kerana kami satu jabatan yang sama

Aku melilau mata mencari Kak Zaidah di kafetaria tanpa mengendahkan reaksi luar biasa pekerja-pekerja yang lain sebentar tadi. Aku ternampak kelibat Faizal dan Kak Zaidah.

"Haah, Kak Zai, nak rehat tak ajak saya ya!" Sapa aku sebaik ternampak Kak Zaidah di satu sudut meja. Aku terus duduk di sebelahnya dan berhadapan dengan Faizal. Baru dua kali air coklat kekuningan berisi ais aku teguk, Kak Zaidah dan Faizal bingkas bangkit dari tempat duduk mereka.

"Tunggulah saya. Sikit lagi ni nak habis", rayuku cepat sebelum mereka beredar. Kak Zaidah menjeling aku sekilas dan terus melangkah pergi.


*********************************************************************************

"Nampak macam baik tapi tak sangka, murahan, huhhh!", sebaik melempiaskan kata-kata yang tidak mampu aku hadamkan, mereka beredar meninggalkan aku terkontang-kanting dan berteka-teki seorang diri.

"Kenapa hari ini ramai yang perangai pelik? Selalunya mereka seronok bila aku datang". Aku selalu ke bahagian pemprosesan dan pembungkusan untuk memantau proses penghasilan produk sambil mengusik mereka sekali sekala.

Beberapa hari hingga ke minggu seterusnya aku seperti dipulaukan.

*********************************************************************************

"Nampak Faizal tak?", tanyaku pada seorang pekerja di bilik persalinan uniform. Jam sudah menunjukkan angka 5.10 petang. Sudah hampir setengah jam aku menunggu Faizal.

"Tadi akak nampak dia merokok kat belakang sana tapi lepas tu tak tahulah dia pergi ke mana", jawab pekerja tersebut acuh tak acuh. Dia langsung tidak memandang ke arahku.

Tiba-tiba wajah mendung Kak Zaidah muncul di muka pintu. "Engkau nak buat apa dengan Faizal? Engkau nak menggatal dengan dia ke?", sergah Kak Zaidah membulatkan matanya ke arahku.

"Menggatal? Kenapa pulak saya nak menggatal? Kan dia yang minta saya balik dengan kereta dia. Awal-awal saya tolak tapi dia yang beria-ia ajak saya, sebab katanya kami satu jalan. Baik balik sama-sama", jelasku tanpa sebarang tapisan.

Aku terus keluar dari bilik itu dan bergegas menuju ke pintu masuk utama. Sebaik aku melintasi pondok pengawal, seseorang menyapa aku.

"Patutlah nampak Faizal seorang jer tadi dalam kereta. Selalunya nampak awak berdua"

Aku hanya mampu tersenyum pahit. Nampaknya hari ini aku terpaksa bersesak-sesak di dalam bas semula seperti sebulan yang lalu. Aku tidak pernah meminta Faizal menumpangkan aku pulang bersamanya. Ia berlaku pada satu hari yang ketika itu sedang hujan lebat. Dia memandu keretanya menghampiri aku yang sedang berteduh di depan bilik persalinan. Beberapa orang pekerja yang berada di situ menasihatkan aku supaya menerima pelawaan Faizal. Kata mereka jangan memalukan Faizal, jadi aku rasa adalah lebih elok aku ikutkan sahaja kata mereka.

*********************************************************************************

Beberapa bulan bekerja di kilang ini, aku dapat rasa keseronokannya. Walaupun majoriti pekerja di sini sudah berusia dan berkeluarga berbanding aku yang baru menempuh alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti, aku merasakan aku diterima oleh mereka seperti ahli keluarga baharu

Tapi entah kenapa dan apa sebabnya, keadaan yang ceria dan menyeronokkan itu berubah dengan tiba-tiba. Aku cuba mencari jawapan, namun semua orang yang aku temui mengelak dan menjauhkan diri dari aku. Aku cuba bertanyakan Faizal namun tiada jawapan. Dia langsung tidak menjawab panggilan aku, jauh sekali ingin membalas sms yang dihantar kepadanya sehinggalah pada suatu hari aku mendapat satu panggilan daripada Institut Penyelidikan Perubatan. Mereka menawarkan pekerjaan kepadaku. Pekerjaan yang ditawarkan memang menarik kerana ia sesuai dengan bidang pengajianku semasa di universiti cuma kajian yang akan dijalankan tidak pernah aku jalankan sebelumnya. Aku lebih cenderung menjalankan kajian terhadap tumbuhan-tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan

Aku menghubungi Faizal bagi menyatakan hasrat aku dan bertanyakan pendapatnya sebelum aku membuat keputusan. Namun reaksinya sungguh mendukacitakan aku. Dia menghamburkan dan melepaskan segala yang dia pendam, mungkin beberapa minggu ini terhadapku dengan kata-kata nista dan cacian

Perempuan murahan, perempuan gatal, perempuan tiada maruah diri, perempuan tidak cukup satu, perempuan curang dan semua ketidaksucian seorang perempuan terpalit padaku, itulah jawapannya. 
Maka dengan jawapannya itu aku sudah menemui jawapanku iaitu surat perletakan jawatan

*********************************************************************************
Jadi, maafkan diriku Dr. Fattah, aku tidak mampu membuka pintu hatiku untuk menerima salam perkenalan darimu, kerana aku tidak mampu memaafkan sang lelaki durjana itu. Aku menjadi pembenci kepada sang lelaki terutamanya lelaki itu dan mungkin kebencian ini akan mengalir dan meresapi ke seluruh jiwa raga hati nuraniku

Aku tahu kau cuba menghulurkan salam dari hati melalui tingkah dan lakumu, melalui pandangan matamu dan juga melalui senyumanmu

Aku juga mahu kau tahu bahawa aku ingin menyambutnya akan tetapi peristiwa pahit itu masih dan sedang menghantui aku. Dia kini sedang mengekori aku bersama bayang-bayang kekesalannya setelah kebenaran dibentangkan oleh Yang Maha Kuasa

Cukuplah sekali aku dihina, dicaci sesuka hati tanpa ada ruang dan peluang membela diri. 
*********************************************************************************

#part7
#kisahdarihati
#sekolahpenulisanramadhan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/08/c.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Cinta Sharnaaz Bercuti Bersama Nabila Jadi Buat Mulut

Nampak Cinta Sharnaaz Bercuti Bersama Nabila Jadi Buat Mulut

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 559 hits
Meskipun pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah bercer4i sejak 9 Julai lalu hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian netizen Malah sebelum ini Noor Neelofa turut melahirkan rasa kagum dengan sikap profesional Noor ...
Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

Jangan Persoal Semangat Cinta Negara Pelajar Vernakular Dong Zong

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 313 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Tan Tai Kim membantah kenyataan mengelirukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung seko
12 Tahun Jadi Waria Pria Ini Putuskan Jadi Pria Setelah Temukan Cinta Sejati Dan Akan Menikah

12 Tahun Jadi Waria Pria Ini Putuskan Jadi Pria Setelah Temukan Cinta Sejati Dan Akan Menikah

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 335 hits
Akun TikTok bernama iksan 2004 berbagi cerita tentang perubahan drastis kakaknya yang sempat menjadi waria Iksan memiliki seorang kakak bernama Ardi Di daerah asalnya di Makassar Ardi kerap mendapat julukan Lucinta Luna dari Makassar Sulawe...
I Love You Challenge Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta Cukup Mudah

I Love You Challenge Buat Suami Isteri Semangat Luah Rasa Cinta Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 350 hits
Bukanlah tidak sayang Tidak juga sengaja mengabaikan Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan Biarpun hanya tiga patah perkataan tetapi kita selalu t...
Peniaga Kuala Perlis Mungkin Gulung Tikar Jika Kluster Sivagangga Terus Menular

Peniaga Kuala Perlis Mungkin Gulung Tikar Jika Kluster Sivagangga Terus Menular

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 275 hits
Astro Awani Sejak kerajaan mengumumkan peningkatan jumlah jangkitan COVID 19 di Kuala Sanglang jumlah pengunjung di kawasan Kuala Perlis turut menerima tempiasnya Gambar Astro AWANI KUALA PERLIS Para peniaga di sepanjang pesisir pantai Kual...
Nilai Mata Wang Turki Terus Menjunam

Nilai Mata Wang Turki Terus Menjunam

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 332 hits
ISTANBUL Mata Wang Turki terus menunjukkan penurunan mendadak untuk minggu ini tatkala negara berkenaan terus dihimpit dengan ketidaktentuan ekonomi dan kadar inflasi yang meningkat Hanya dalam dua minggu nilai Lira yang sekitar US 1 6 08 L...
Ibu Menyusu Jangan Cepat Give Up Doktor Pesan Ini Yang Ibu Kena Buat Untuk Terus Bersemangat

Ibu Menyusu Jangan Cepat Give Up Doktor Pesan Ini Yang Ibu Kena Buat Untuk Terus Bersemangat

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 331 hits
Selepas melahirkan setiap ibu pasti ingin menyusukan sendiri bayi dengan susu ibu yang kita sedia maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya Namun ada sesetengah perkara yang membuatkan ibu rasa cepat putus asa dan akhirnya memberikan ...
Ayah Cinta Pertama Anak Perempuan Ini 5 Cara Pakar Kongsi Untuk Pengaruhi Pembetukan Diri Puteri Papa

Ayah Cinta Pertama Anak Perempuan Ini 5 Cara Pakar Kongsi Untuk Pengaruhi Pembetukan Diri Puteri Papa

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 425 hits
Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan Kalau betul caranya anak perempuan boleh jadi orang yang hebat kuat keyakinan diri 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan Ayah figura lelaki pertama yang hadir da...
May Sketsa Sebuah Cinta

May Sketsa Sebuah Cinta

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 498 hits
D Dmaj7 Bm AG D A D A Bm A Oh kekasih hatiku selamanyaG D A Keindahan maya itu milik kitaD A Bm A Terciptalah sebuah cintaG D A Jiwa sama bergelora G A Bm Kaulah satu dalam hidupku iniG A Bm Penawar di kala rinduG A Bm A G Kanku curahkan se...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri