Bsnsecure First Time Login
BSNSECURE FIRST TIME LOGIN (Selepas Selesai Pendaftaran BSNSecure)
Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC. Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan BSNSecure. Disini kami ingin kongsikan cara untuk aktifkan BSNSecure bagi first time login, semoga membantu
APA ITU BSNSECURE
BSNSecure merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang telah diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac yang kadang–kala mengambil masa yang agak lama dan menyebabkan pelanggan perlu membuat permintaan semula tac bagi meneruskan transaksi di MyBSN. Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC
TARIKH KUATKUASA BSNSECURE
BSN memperkenalkan BSNSecure bagi mengantikan kod TAC berkuatkuasa pada (akan dikemaskini kemudian)
MUAT TURUN APLIKASI BSNSECURE
Buat kali pertama, seharusnya ada memuat turun dan intalls aplikasi BSNSecure di telefon anda bagi memudahkan urusan anda. Pautan muat turun seperti di bawah:
Play Store bagi pengguna Android
Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAFTAR BSNSECURE (First Time Login)
Untuk pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftar BSNSecure terlebih dahulu untuk mengaktifkan fungsi ini. Berikut adalah merupakan caranya:
Buka aplikasi BSNSecure di telefon anda
Pada paparan utama klik pada butang “Daftar Sekarang” untuk memulakan proses.
Seterusnya log masuk menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Internet myBSN anda.
Masukkan Nama Peranti (model telefon anda) dan nombor Kad pengenalan anda kemudian klik “Serah” untuk mengesahkan. Contohnya, Nama Peranti/Model Telefon boleh jadi iPhone 14 Pro, Galaxy S23 Ultra, Huawei P60 Pro, dsb. dan Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan boleh jadi seperti 88010208XXXX.
Anda akan menerima no OTP melalui SMS. Masukkan No OTP yang anda terima untuk pengesahan dan teruskan ke proses Pengaktifan.
Setelah pendaftaran dan pengaktifan berjaya, skrin pengakuan akan muncul pada BSN Secure Application anda. Selesai
CARA LOGIN BSNSECURE
Untuk pengetahuan, anda, selepas anda berjaya mendaftar BSNSecure anda tidak perlu login kembali. Aplikasi BSNSecure ini membolehkan pengguna membenarkan transaksi Perbankan Internet myBSN mereka dengan selamat dan lancar melalui peranti mudah alih berdaftar.
Ini bermaksud segala transaksi online BSN hendaklah dilakukan menerusi MyBSN dan BSNSecure ini untuk memberikan Push Notification kebenaran untuk melalukan transaksi tersebut
SOALAN LAZIM (FAQ) BSNSECURE
Apakah perbezaan antara Secure Verification, Secure TAC & SMS TAC?
Secure Verification dan Secure TAC adalah dua kaedah kebenaran menggunakan iSecure, yang boleh digunakan melalui aplikasi iRakyat Mobile Banking anda. Sementara itu, SMS TAC adalah kebenaran kaedah yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS menggunakan pembawa telco anda.
Saya telah mendaftarkan telefon bimbit saya untuk BSNSSecure. Bolehkah saya melakukan transaksi tanpa sambungan internet atau sambungan perlahan?
Sebaiknya anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil untuk menyetujui penggunaan transaksi Pengesahan Selamat.
Adakah saya perlu menggunakan BSNSecure untuk transaksi yang telah saya simpan sebagai ‘Favorites’?
Tidak, Secure2u tidak diperlukan untuk transaksi yang telah anda simpan sebagai ‘Favorites’. Anda boleh menyimpan urus niaga yang kerap anda buat dengan mudah sebagai ‘Favorite’ agar cepat dan lancar urus niaga seterusnya.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan mengenai BSNSecure, anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
[email protected]
ARTIKEL LAIN:
CARA DAPATKAN CHALLENGE CODE APPROVE TRANSAKSI MYBSN BSNSECURE
CARA TRANSFER BSN KE BANK LAIN GUNA BSNSECURE
CARA TRANSFER BANK RAKYAT KE BANK LAIN GUNA iSECURE
The post BSNSECURE FIRST TIME LOGIN (Selepas Selesai Pendaftaran BSNSecure) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bsnsecure-first-time-login.html