Bsm Yayasan Pahang Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 4 2021


BSM YAYASAN PAHANG:PERMOHONAN BIASISWA TINGKATAN 1 & 4 2021

Kepada pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 di negeri Pahang,Yayasan Pahang telah membuka peluang untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM).
APA ITU BSM YAYASAN PAHANG?
Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan BSM sejak tahun 1983 yang diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Sekolah Menengah.
BSM diberikan kepada isi rumah di Negeri Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Walau bagaimanapun, sejak tahun 2003 BSM juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

TARIKH PERMOHONAN BSM YAYASAN PAHANG 2021
Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021.
KADAR BSM YAYASAN PAHANG
Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun.
Namun selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan iaitu:
Pemohon ialah warganegara Malaysia. Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan. Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah. Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut. Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik. CARA PERMOHONAN BSM YAYASAN PAHANG
Berikut adalah cara memohon BSM:
Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/. SOALAN LAZIM  BSM YAYASAN PAHANG
Berapakah jumlah wang yang akan diterima sekiranya permohonan BSM saya diluluskan?
Pemohon yang berjaya akan menerima jumlah BSM sebanyak RM600 setahun.
Adakah layak untuk memohon jika anak saya yang kini bersekolah di Tingkatan 3?
Buat masa ini, permohonan BSM hanya dibuka bagi Tingkatan 1 dan 4 sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Bagaimana cara hantat borang permohonan BSM?
Borang permohonan BSM perlu dihantar ke pihak sekolah dan pihak sekolah akan menguruskan permohonan tersebut ke Yayasan Pahang.
Saya bukan lahir di Pahang tetapi telah menetap lebih daripada 11 tahun, bolehkah saya layak memohon BSM?
Layak. Pemohon yang telah menetap di Negeri Pahang lebih 10 tahun layak untuk memohon BSM.
Anak saya bersekolah di Sekolah Menengah persendirian, adakah anak saya layak untuk memohon BSM?
Tidak. Pemohon yang ingin memohon BSM perlu sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.
The post BSM YAYASAN PAHANG:PERMOHONAN BIASISWA TINGKATAN 1 & 4 2021 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bsm-yayasan-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 374 hits
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Untuk makluman anda Yayasan Pahang membuka lagi peluang permohonan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 4 iaitu Biasiswa Sekolah Menengah Bagaimana caranya untuk buat permohonan Jangan...
Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2021 Dibuka Bermula 1 Mac Ini

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2021 Dibuka Bermula 1 Mac Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 438 hits
Berita baik kepada bakal guru yang cemerlang di Universiti Awam dimana permohonan bagi biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk tahun 2021 akan dibuka bermula isnin ini Ya biasiswa ini khusus kepada mereka yang berada di Universiti Awa...
Rumah Mampu Milik 2021 Permohonan Dibuka Untuk Golongan B40

Rumah Mampu Milik 2021 Permohonan Dibuka Untuk Golongan B40

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 337 hits
Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek projek dan program program perumahan awam dan swasta di Malaysia Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah ...
Hpipt 2021 Cara Permohonan Hadiah Pengajian Ipt Selangor Rm1 000

Hpipt 2021 Cara Permohonan Hadiah Pengajian Ipt Selangor Rm1 000

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 545 hits
HPIPT 2021 CARA PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1 000 Kepada Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam atau Institut Pegaj...
Permohonan Sph Jakim Skim Pembiayaan Hafiz 2021

Permohonan Sph Jakim Skim Pembiayaan Hafiz 2021

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 367 hits
PERMOHONAN SPH JAKIM SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2021 Kepada pelajar pelajar hafiz yang telah memiliki Diploma atau Sijil yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi sama ada dalam atau luar negara kini mendapatkan biasiswa mela...
Permohonan Grep Mara Program Graduan Cemerlang 2021 2022

Permohonan Grep Mara Program Graduan Cemerlang 2021 2022

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 402 hits
Permohonan GrEP MARA Program Graduan Cemerlang 2021 2022 Kepada graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Pasca Siswazah sama ada Sarjana atau Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara anda bol...
Permohonan Skwak Cara Mohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor 2021

Permohonan Skwak Cara Mohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor 2021

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 346 hits
PERMOHONAN SKWAK CARA MOHON SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTRAKTOR 2021 Kepada para kontraktor bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan wang pendahuluan untuk memulakan kerja kontrak atau Inden kerja Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korp...
Semakan Tawaran Ke Mrsm 2021 Tingkatan 1

Semakan Tawaran Ke Mrsm 2021 Tingkatan 1

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 362 hits
Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara pengambilan 2021 Bagi pelajar yang telah memohon semakan tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 MRSM kemasukan boleh di buat secara online Bagi taw...
Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Biasiswa Pinjaman Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 388 hits
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru Jadi disini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa pinjaman zakat dan sebagainya untuk tahun 2021 Bantuan ini pastinya ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan