Brunch At Tapestry



Assalamualaikum..
Since MCO ni memang dah jarang kan dapat makan dekat luar sedap-sedap? Hehe. Sembang. Padahal ada je. Tapi kekadang muka kodok, malas nak snap gambar. Tapi haritu pergi Tapestry tengok cantik je, so rugi kalau tak ambik gambar. Orang panggil apa eh tempat stylo macam ni? Ha, Cafe Hipster! Kat KL ni Cafe/Restaurant Hipster dah tak terkejar dah. Melambak-lambak. Tapi nak cari yang ada betul-betul special sampai menusuk hati macam susah. I haritu tengok cerita Chef dekat Netflix, terus teringin nak makan pull beef dengan smoked ribs. Sedapnyaaaaaa. Mat Saleh kalau masak nampak sedap je. Terliur I tengok Cuban Sandwich. Makan panas-panas perrrghhhhh. Kat KL mana nak cari Cuban Foods eh? Tapi taknak fine dining. Nak Food Truck. I kan, kalau I kaya. I nak bawak all street foods around the world dekat satu tapak Food Truck. Original resepi yang takde infuse apapa tapi Halal. Kalau boleh Chef pon kena dari negara asal. Cool kan? Buat ala-ala Carnival punya park. Wow. Sound like a plan kan? Sesapa nak invest boleh email I. Hahahahha.
Anyway, I datang Tapestry ni dengan Ellis sempena dengan birthday I. Dah lama tak jumpa Ellis. I miss her dearly. 2020 ni banyak sangat menda yang mengejutkan berlaku. MCO sampai dua kali. I rasa macam 2020 habes macam tu je. Dulu masa sekolah rendah, selalu cakap pasal Wawasan 2020. Cakap ada kereta terbang la apa la. Tipuuuuuuuuuuuuu. Tetiba Covid yang melanda habes lumpuh satu dunia punya ekonomi. Time ni la Sazli cakap 'Mama best kan kalau time Xmas pergi US?' Sembang. Nak naik kapalterbang pon takot. Nak pergi US konon. Hahahaha. Now sambung MCO sambung lagi 2 minggu. Shein pon will continue online learning yang end macam online class tu aku yang kena attend. Pffffft. Kejap kang 'Mama, Mama, Mamaaaaaaaaaaaaa'. Kekadang Sazli pon sama naik. Ya Allah dua orang jantan kat rumah ni cukup hingaq dah. I tak boleh imagine orang ada anak 4 macam mana. Salah sorang tu manakan boleh tengok kalau memasing tenang. Si Shein dah diam, Sazli kacau. Saz dah diam, Shein baring atas muka dia. Hish!

BTW, I suka ambient Tapestry ni. Luas, selesa. Foods pon OK. Time MCO ni, takde masalah pon nak pergi sebab kawasan dia luas so banyak meja yang available.

Food Presentation pon cantik kan? Cumanya I am not into breakfast sangat. So takde berapa sangat la craving apapa just suka ambient dia je. I ni konsep selagi tak lapar, tak payah makan. Kecuali kalau dessert, yang tu anytime I ON.

Ellis order Bangers & Hash. Sedap! Next time I nak order ni lah. 

I order ni. Takde pulak dalam online menu. Dia punya beef strip tu ada rasa coke ke apa entah. I cannot. Hahahaha. Kena makan dengan ketchup baru tekak I boleh terima. I order sebab tengok meja sebelah order. If nak makan pagi beria, I prefer Rojak Ayam Makcik Sombong. Yang tu I OK. Hahaha.

Yang penting dekat sini banyak spot ambik gambar. Adik yang kerja sini pon dah tau dah mana tempat nak ambik gambar cantik. Masa kitorang kat sana, ada la a few people yang ambik-ambik gambar posing makan/berangan pakai professional photoghraper.

Luas kan? Restoran ni macam ada 3 bahagian. Depan, tengah and belakang. Yang ni bahagian tengah.

Ok la. Belanja gambar gemok satu.
I tak sure kalau waktu lain or time MCO je dia punya operation hours macam ni but Tapestry ni dia tutup awal. Sabtu Ahad tutup 530pm. Hari lain 4pm dah tutup. Malam dia tak bukak. Maybe nanti I nak try dia punya Lunch punya menu pulak. But taktau lah bilanyaaaaa. Now nak keluar macam susah a bit. Sebab satu kereta boleh naik 2 orang je. Kalau nak makan kat luar, I akan naik 2 biji kereta lah. Sazli naik sorang, Shein I paksa naik dengan I. Dia kena la teman I sebab I girl. So Shein kena la protect Mama. OK, pada sapa yang nak cuba Tapestry, dia bukak everyday. Parking macam leceh sikit but kalau dah suka, kena la usaha. Ye dak? Ambient I kasik 5 star. Foods, I kasik 3.5. Maybe sedap, cuma tak kena dengan tekak I je or maybe now I tak berapa nak makan sangat ke. Entah. But no harm trying. Bagus untuk lepak coffee-coffee and sesuai untuk yang suka letak gambar cantik dalam Instagram.
Tapestry28, Jalan Kamunting, Chow Kit,
50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-eNd-


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://surayasulatin.blogspot.com/2020/11/brunch-at-tapestry.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2