Britain Isytihar Perang Dengan Omicron


Hospital-hospital di Britain kini mengalami kekurangan kakitangan disebabkan oleh Covid-19. – Foto AFP Pada Selasa lalu kes harian Covid-19 di Britain kembali memuncak apabila mencecah 200,000 kes sehari
INDIA dan Indonesia pernah berdepan krisis hospital akibat pertambahan kes Covid-19 yang melanda negara itu pada tahun lalu akibat varian Delta.
Varian itu ditemui oleh saintis Afrika Selatan pada akhir tahun lalu dengan Delta bukan sahaja cepat merebak malah telah meragut banyak nyawa.
Namun, kini kemunculan varian baharu Omicron telah membadai Britain dengan hospital-hospital berdepan krisis kekurangan kakitangan dan fasiliti.
Britian berada dalam keadaan genting ketika ini disebabkan oleh gelombang jangkitan Omicron telah merekodkan lebih 200,000 kes harian pada Selasa lalu.
Sehingga Selasa juga, lebih 47 kematian lagi dilaporkan dalam data terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Kemasukan para pesakit Covid-19 ke hospital-hospital tidak mencapai seperti sewaktu puncak gelombang koronavirus melanda negara berkenaan sebelum ini dan jumlah orang yang memerlukan mesin pernafasan masih lagi tidak terlalu ramai setakat ini.
Namun, apa yang menjadi masalah di hospital-hospital Britain dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dikendalikan oleh kerajaan ialah sebahagian besar kakitangan-kakitangan perubatannya yang terpaksa tinggal di rumah setelah diuji positif Covid-19.
Berikutan itu, Perdana Menteri, Boris Johnson berjanji akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah kekurangan kakitangan perubatan kerajaan di kawasan-kawasan yang paling teruk dilanda Covid-19.
 
Britain kini mengalami penularan harian varian Omicron yang tinggi. – Foto AFP  
KEMBALI BERPERANG
Johnson akhirnya terpaksa membuat pengakuan dengan menyatakan bahawa NHS kembali kepada persediaan perang untuk melawan gelombang Omicron yang ketika ini ‘mengganas’ sehingga menyebabkan klinik Nightingale terpaksa diaktifkan semula.
Klinik itu terpaksa beroperasi semula di hospital-hospital Britain sebagai persediaan untuk menerima kemasukan para pesakit Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron yang mudah berjangkit dalam kalangan manusia.
“Justeru, sesiapa yang menganggap pertempuran kita dengan Covid sudah berakhir, saya takut, ia betul-betul salah. Ini adalah satu momen untuk kewaspadaan yang tinggi,” kata Johnson pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Britain telah mengalami hampir 149,000 kematian sejak awal wabak pada awal tahun 2020.
Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau menyedari ketidakhadiran kakitangan-kakitangan hospital adalah tinggi kerana Covid-19.
Bagi memastikan sistem kesihatan tidak terjejas, beliau memberitahu bahawa pihaknya akan memindahkan para pekerja ke kawasan-kawasan yang sangat terjejas akibat Covid-19.
Kira-kira 50,000 kakitangan NHS tidak hadir bekerja pada hari Jumaat lalu kerana sakit atau mengasingkan diri kerana Covid-19, lapor akhbar The Sunday Times.
Sebuah hospital di Plymouth, barat daya England, melaporkan bahawa hampir 500 kakitangannya tidak dapat hadir untuk bertugas kerana terjejas teruk disebabkan oleh Covid-19.
Justeru, adakah Britain akan berjaya mengatasi krisis hospital yang dihadapinya ketika ini? – Agensi
Britain isytihar perang dengan Omicron
Baca Artikel Menarik:
Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4 Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi Keladi emas 916 sama harga Honda Civic Anya kena kecam bercium dengab Reza Sharnaaz risau, Emma pula obses Ameera Khan dikecam jual kek batik Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut Khalid jangan sibuk tanah orang Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengurusan rayuan akhir Najib pada 24 Januari

 
The post Britain isytihar perang dengan Omicron appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/08/britain-isytihar-perang-dengan-omicron/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 253 hits
BERNAMA Bakal jemaah akan mendapat bayaran balik atau dijadual semula perjalanan Suasana penumpang yang menunggu bagasi di KLIA Penumpang penerbangan antarabangsa turut memakai pakaian pelindung lengkap bagi mengelak jangkitan Covid 19 Gamb...
Jemaah Batal Pakej Bimbang Omicron Kos Kuarantin

Jemaah Batal Pakej Bimbang Omicron Kos Kuarantin

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 202 hits
Foto NSTP Aswadi Alias KUALA LUMPUR Kira kira 30 peratus jemaah umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci sebelum 8 Januari membatalkan pakej pemergian mereka Selain bimbang penularan varian Omicron COVID 19 ada yang membatalkan umrah kerana m...
64 Omicron Cases In Malaysia So Far Says Health D G

64 Omicron Cases In Malaysia So Far Says Health D G

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 358 hits
Health director general Hisham Abdullah said all Omicron cases except one in Sarawak were imported cases detected from people coming into Malaysia from abroad PETALING JAYA A total of 64 cases of Covid 19 Omicron variant have been detected ...
Pejabat Israel Kasus Omicron Bisa Picu Terjadinya Herd Immunity

Pejabat Israel Kasus Omicron Bisa Picu Terjadinya Herd Immunity

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 261 hits
Angka kasus infeksi di dunia telah mencapai rekor Rata rata sekitar satu juta kasus muncul setiap hari antara 24 30 Desember menurut data Reuters
Ini Rekomendasi Terbaru Ikatan Dokter Anak Untuk Ptm Di Tengah Temuan Varian Omicron

Ini Rekomendasi Terbaru Ikatan Dokter Anak Untuk Ptm Di Tengah Temuan Varian Omicron

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 261 hits
IDAI mendukung pelaksanaan pembelajaran tatap muka tapi di waktu dan tempat yang tepat karena keselamatan dan kesehatan anak adalah yang utama
Pemerintah Siagakan 1 011 Rumah Sakit Hadapi Lonjakan Kasus Omicron

Pemerintah Siagakan 1 011 Rumah Sakit Hadapi Lonjakan Kasus Omicron

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 239 hits
Tenaga Ahli Utama Kantor Staf Presiden Abraham Wirotomo menegaskan pemerintah siap menghadapi lonjakan kasus Covid 19 varian Omicron Menurutnya saat ini pemerintah sudah menyiagakan 1 011 Rumah Sakit dan 82 168 Tempat Tidur untuk pasien Cov...
Pharmaniaga Sinovac Booster Dose Can Activate Cellular Immunity Against Omicron Variant

Pharmaniaga Sinovac Booster Dose Can Activate Cellular Immunity Against Omicron Variant

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 403 hits
Pharmaniaga in a statement released today said those who have received the Covid 19 Sinovac vaccine booster dose had T cell levels that are activated against the Omicron variant in a similar way to the original strain Bernama photo KUALA LU...
68 Pasien Baru Omicron Baru Pulang Dari Turki As Hingga Arab Saudi

68 Pasien Baru Omicron Baru Pulang Dari Turki As Hingga Arab Saudi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 199 hits
Dari 68 Kasus Konfirmasi Omicron tersebut sebanyak 29 orang tidak memiliki gejala 29 orang sakit dengan gejala ringan 1 orang sakit dengan gejala sedang
Kasus Omicron Pertama Jawa Timur Terdeteksi Di Surabaya

Kasus Omicron Pertama Jawa Timur Terdeteksi Di Surabaya

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 210 hits
Kasus Covid 19 varian Omicron pertama mulai terdeteksi di Jawa Timur Kasus pertama ini diduga ditemukan di Surabaya
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Tabung Emosi Aku Penuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya