Jemaah Batal Pakej Bimbang Omicron Kos Kuarantin


Rohaniza Idris Foto NSTP/Aswadi Alias (hiasan) KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 peratus jemaah umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci sebelum 8 Januari membatalkan pakej pemergian mereka.
Selain bimbang penularan varian Omicron COVID-19, ada yang membatalkan umrah kerana masalah penambahan kos apabila syarat baharu menetapkan jemaah perlu dikuarantin di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif KRS Travel Sdn Bhd, Mohamad Ssunaibari Mohd Khalib, berkata 30 peratus daripada kira-kira 800 jemaah yang mengambil pakej umrah syarikatnya dan dijangka berangkat mulai Selasa ini sudah membatalkan niat mereka.
Katanya, selain bimbang dengan penularan varian Omicron, ada yang menyatakan mereka tidak mampu membayar kos tambahan pakej umrah.
"Difahamkan kos untuk kuarantin adalah antara RM100 hingga RM350 semalam untuk seorang dan jika dikira untuk tujuh hari maka kosnya antara RM700 hingga RM2,450 seorang jemaah.
"Pada masa ini, kami belum menerima maklumat lanjut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penangguhan kebenaran umrah ini, namun kita jangka memang akan membabitkan pertambahan kos," katanya kepada BH.
Semalam, kerajaan menangguhkan kebenaran mengerjakan umrah bermula 8 Januari bagi membendung penularan varian Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata, ia susulan kebimbangan penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di kediaman masing-masing menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.
Mohamad Ssunaibari menjelaskan pihaknya akur dengan keputusan kerajaan tetapi terpaksa menanggung kerugian.
Katanya, selain kos untuk kuarantin, juga dibimbangi mengenai kos visa umrah.
"Visa ini biasanya diberikan tempoh sebulan sah lakunya dan ada bayaran dikenakan. Maka jika ditangguhkan dan tidak diberikan tempoh masa kita bimbang visa ini tamat tempoh dan perlu diperbaharui.
"Kita terpaksa caj jemaah kos visa umrah ini dan pastinya ini akan membebankan mereka," katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa MKN segera memberikan maklumat lanjut berhubung penangguhan itu bagi memudahkan urusan berkaitan terutama visa umrah yang perlu dipohon lebih awal.
"Bagi syarikat besar seperti saya mungkin tidak ada masalah, namun sukar bagi syarikat kecil dan baharu kerana mereka baru saja memulakan operasi dua bulan ini.
"Maklumat kos kuarantin juga perlu diberitahu dengan segera untuk memudahkan urusan bagi jemaah yang akan pulang ke tanah air," katanya.
Sementara itu, pengusaha syarikat pelancongan yang mahu dikenali sebagai Hatem berkata, penangguhan secara mendadak itu adalah satu berita sedih buat syarikatnya yang baru dua bulan beroperasi kembali.
Katanya, banyak kerugian yang ditanggung sedangkan bayaran untuk visa, penginapan dan pengangkutan di Tanah Suci sudah pun dibayar kepada ejen di Arab Saudi.
"Ini belum lagi kos kuarantin untuk jemaah yang pulang dari Tanah Suci.
"Kita akur penangguhan demi keselamatan rakyat seluruhnya, tapi ia perlu dilaksanakan berperingkat dan notis sekurang-kurangnya sebulan," katanya yang mana syarikatnya mendapat tempahan kira-kira 500 jemaah sehingga Mac depan.
Seorang jemaah Siti Khadijah Mahrof berkata, dia sangat sedih menerima perkhabaran penangguhan umrah itu kelmarin.
Katanya, dia sudah merancang sejak awal tahun lalu tetapi tertangguh kerana sekatan ke Tanah Suci.
"Saya termenung sekejap dan terkedu macam hendak menangis pun ada tapi kemudiannya akur kerana ini demi keselamatan semua.
"Namun berkat doa dan rasa lapang dada itu, saya menerima berita gembira ditawarkan penerbangan lebih awal untuk ke Tanah Suci," katanya yang akan menunaikan umrah pada Khamis ini selepas ada jemaah membatalkan pakej berikutan arahan kerajaan itu.
Siti Khadijah berkata dia akan berangkat ke Tanah Suci bersama bapa, suami dan sepupunya selain akur dengan kos tambahan bagi kuarantin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jemaah-batal-pakej-bimbang-omicron-kos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Varian Omicron Johor Kesan Dua Kes Babit Jemaah Pulang Umrah

Varian Omicron Johor Kesan Dua Kes Babit Jemaah Pulang Umrah

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 248 hits
Varian Omicron Johor kesan dua kes babit jemaah pulang umrah Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan dua kes Omicron membabitkan pasangan suami isteri yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan ibadah umrah pada 25 Disember lalu...
12 Jemaah Umrah Positif Varian Omicron Dikesan Tak Ambil Vaksin

12 Jemaah Umrah Positif Varian Omicron Dikesan Tak Ambil Vaksin

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 311 hits
Kuala Lumpur Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa 12 daripada 17 individu yang baru pulang menunaikan umarah merupakan individu yang tidak divaksin dan telah positif varian Omicron
Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 223 hits
Oleh JEMAAH umrah sedang dipakaikan alat penjejak digital selepas sampai dari Arab Saudi JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau ...
Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

Putrajaya Tangguh Perjalanan Umrah Bimbang Penularan Omicron

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 224 hits
BERNAMA Bakal jemaah akan mendapat bayaran balik atau dijadual semula perjalanan Suasana penumpang yang menunggu bagasi di KLIA Penumpang penerbangan antarabangsa turut memakai pakaian pelindung lengkap bagi mengelak jangkitan Covid 19 Gamb...
Penularan Omicron Umrah Bakal Ditangguhkan

Penularan Omicron Umrah Bakal Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 272 hits
SIK Kerajaan akan menilai risiko penularan Covid 19 varian Omicron di Arab Saudi dan jemaah tempatan sebelum membuat keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad berkata per...
Jakarta Jadi Kota Dengan Kemungkinan Transmisi Lokal Omicron

Jakarta Jadi Kota Dengan Kemungkinan Transmisi Lokal Omicron

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 192 hits
Data Kemenkes RI melaporkan kasus terkonfirmasi Omicron di DKI naik dari 0 persen ke 13 5 persen dalam dua pekan terakhir Total kasus Omicron Indonesia saat ini mencapai 68 kasus
Pesakit Dijangkiti Varian Omicron Di Indonesia Alami Masalah Beku

Pesakit Dijangkiti Varian Omicron Di Indonesia Alami Masalah Beku

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 195 hits
JAKARTA Sebilangan pesakit yang dijangkiti varian SARS CoV 2 B 1 1 529 atau varian Omicron di Indonesia mengalami keadaan hiperkoagulopati atau masalah darah beku lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin Hiperkoagulopati adalah keadaan...
Pharmaniaga Sinovac Booster Dose Can Activate Cellular Immunity Against Omicron Variant

Pharmaniaga Sinovac Booster Dose Can Activate Cellular Immunity Against Omicron Variant

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 374 hits
Pharmaniaga in a statement released today said those who have received the Covid 19 Sinovac vaccine booster dose had T cell levels that are activated against the Omicron variant in a similar way to the original strain Bernama photo KUALA LU...
Pakar Kesehatan Peringatkan Badai Salju Omicron Akan Kacaukan As

Pakar Kesehatan Peringatkan Badai Salju Omicron Akan Kacaukan As

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 215 hits
Pakar kesehatan Amerika Serikat pada Kamis memperingatkan warga Amerika bahwa gelombang pasang kasus Covid yang dipicu varian Omicron mengancam kerusakan besar terhadap kehidupan masyarakat
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy