Breakfast Like A King Di Hotel Perdana Kota Bharu
Assalamualaikum WBT
PERCUTIAN ke Kota Bharu kali ini, Pak Inche memilih Hotel Perdana Kota Bharu. Sebelum ini, kami pernah menginap di Renaissance Hotel (kini telah bertukar pengurusan dan nama), juga beberapa kali kami pernah menginap di Riverview Hotel KB
Bilik agak besar, eh.. memang besarlah. Tapi sayangnya, bilik air agak sempit sampai rasa nak terpeleot badan setiap kali menggunakan bilik air. Nak kena elak bath tub, tandas dan tong sampah, hahaha.
Seperti kebanyakan hotel, penginapan termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Dan, hanya dengan RM42 seorang, anda boleh bersarapan seperti raja. Terkejut Sk melihat barisan juadah yang disajikan di pagi pertama bersarapan dan tentunya ada makanan Pantai Timur yang menjadi kegemaran Sk. Jika selalu , Sk akan memulakan sarapan dengan hidangan barat kali ini Sk memilih hidangan tempatan dahulu iaitu Nasi Kerabu
Nasi kerabu lengkap dengan pelbagai ulaman, sambal kelapa, budu dan sambal lada, lauk yang disediakan Ayam Bakar dengan kuah percik sert Ikan Celup Tepung. Iman pulak makan Laksam, makanan kegemaran dia la ni
Makanan favourite Pak Inche iaitu Nasi Lemak, tak ada pulak. Pak Inche makan American Breakfast kemudian makan Roti Canai Kuah Kari.
Puding Roti Sos Vanilla
Ada Kuey Teow Goreng
Ada Putu Halba
Putu halba ni macam Putu Piring juga tetapi lebih tebal
Makan Kuey Teow Goreng kongsi dengan Pak Inche
Lepas tu bantai makan Nasi Daging Gulai Tongkol pulak. Lepas sarapan, kami ke Pengkalan Kubor
Lepas pusing-pusing, singgah minum dulu!
Balik bilik, nampak ada limau dua biji dalam piring diletak atas kaunter kopi.
Hari kedua sarapan, Pak Inche makan Roti Canai Kuah Kari lagi. Hotel tak sediakan nasi lemak. Nasi Kerabu dan Nasi Dagang sahaja yang ada
Ada juadah dari negeri Johor, lontong dan Mee Celup (Kelantan).
Lepas makan lontong, Sk ambil American Breakfast.
Pak Inche ambil Mee Celup (bihun)
Iman ambilkan Sk, Mee Goreng dan Putu Halba
Ada kuih akok
Puding Roti Sos Vanila. Sebelah Seri Muka tu Sk tak pasti nama kuihnya. Bahagian bawah tu, pulut dan beras merah (mungkin) dan bahagian kepalanya berperisa nangka
Pelbagai jenis pastri. Banyak sungguh menu sarapannya tapi kenalah rajij berjalan mencari sebab dia buka banyak bahagian. Jusnya pun pelbagai jenis, juga mesin kopi dan teh tarik yang ditarik terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Memang terbaik sarapan di Hotel Perdana Kota Bharu ni ya
Burppp.. Alhamdulillah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/01/breakfast-like-king-di-hotel-perdana.html