Breakfast Di Picnic House By Nakcikit Taman England Seremban
Assalamualaikum..
Makan nak sedap, harga nak berbaloi, tempat nak cantik boleh ke dapat semua ni kat 1 tempat
Boleh je u olls terjah ke Picnic House By NakCikit di Taman England Seremban. Ni first time SA pi sini..dah lama tau kewujudan cafe ni...17hb pagi tu SA tiga beranak ke sini untuk breakfast. Sebuah banglo menawan yang berubah menjadi tempat picnic atau lepak yang comel. Suasana yang sangat tenang sambil-sambil menikmati sarapan pagi. Boleh repeat lagi kalau nak makan malam pulak la..sesuai untuk family crowd yang ada anak kecil jugak sebab ada disediakan tempat untuk anak- anak bermain sambil menikmati hidangan..
SA pilih makan di dalam rumah sebab matahari dah naik tinggi masa ni walaupun masa tu baru pukul 9 am.Okey la sarapan kat sini sebab cozy sangat...harga makanan pun okey berpatutan..paling suka yang 2 beranak tu la..dua-dua enjoy...SA bukan tak enjoy tapi lebih kepada kepenatan..
Kat sini nak order kena guna QR Code ye..so sedikit tak puas la sebab xde buku menu fizikal..tak dapat nak selak- selak menu..so pilih je la apa yang ada supaya cepat sebab perut dah lapar melampau...masa SA makan kat sini ada la beberapa family yang sedang makan..dan ada family yang masuk jugak lepas kami keluar..Rasanya well known la cafe ni..SA tak pasti plak viral ke tak tapi selalu nampak orang update kat Instagram dan Tik Tok.
Waktu malam cantik kat sini sebab SA pernah lalu.
ada menu western dan kampung flavors
Ruang penyediaan minuman/ makanan
cookies yang dijual
Kopi Ko Teh
suasana dalam rumah
husband and wife yang kurang rehat
One more pose
Pavlova
Butter cupcakes kot
Chocolate Brownies
soft cookies
ingat nak duduk sini..tapi panas
Suami ilih Kopi C dan Dania Butter Coffee, SA cuba dua2 satu sip..ermm...cannot go la..terus dan- dan tu ebrgelodak perut nak yak yak..nasib tandas dalam rumah tu dan bersih
Air SA teh o panas aje.
Dania kalau amaik gambar curi2 memang bagi kat dia
Makanan kami dah sampai
Nasi lemak pandan grilled chicken Dania punya
Nasi lemak pandan lamb grilled SA punya
Nasi lemak pandan classic suami punya
Ni ruang yang boleh buat aktiviti anak- anak sambil- sambil makan..ke SA salah
ke ruang makan bersila...i dont know..hahaa
So warga Seremban kalau mencari tempat sarapan yang tenang dan selesa, boleh la cuba ke Picnic House ni..asyik sarapan kat Mamak aje kan..Macam SA la dah bosan sarapan kat mamak..Dania cari je kat sini..sebenarnya lama dah nak try..baru ada peluang hari tu..
Macam SA cakap harga makanan sangat berpatutan..total damage SA tiga beranak makan RM60.80 kalau tak salah
SA bagi 7/10 bintang..
Korang nak cuba makan kat sini
Picnic House By NakCikit403, Jalan Sikamat, Taman England, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel : 011-2721 8766
Waktu operasi setiap hari kecuali IsninBreakfast/ Brunch : 8am–2pm Dinner : 7pm–10:30pm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/09/breakfast-di-picnic-house-by-nakcikit.html