Boxy Shirts Malaysia Baju Sukan Yang Serap Peluh Selesa
Kalau korang perasan sekarang kan mama gigih exercise dan jogging. Jadi dek kerana kegigihan exercise mama suka beli baju senaman yang selesa dan menyerap peluh. Kemahin kan nak bersenam pun kena pakai baju sukan yang sesuai. Kang kalau panas mau pengsan yer tak. Hahaha. Of coz la dari jenis pakaian yang bersesuaian kita dapat bersenam dengan selesa. Kali ni mama nak review satu baju t-shirt dari Boxy Shirts Malaysia
Sebelum nak beli baju ni mama pilih sehelai dulu nak pastikan baju ni selesa atau tidak dengan mama. Almaklum la kang tak selesa dan tak sedap susah pulak mama nak jogging dekat luar. Jadi mama pilih jenis Microfiber Long Sleeves dari Boxy Shirts Malaysia. Pilihan warna mama adalah Navy Blue. Pertama kali sampai baju ni terus mama pegang material kainnya. Yes this is baju senaman yang sangat sesuai untuk jogging kerana kainnya tidak tebal dan tidak jarang. Kain jenis Microfiber ini macam jenis kain jersi yang ringan.
Selain itu, dari segi kain microfiber ini sangat berkualiti tinggi, selesa dan sesuai untuk orang asia. Mama pula jenis suka baju microfiber jenis lengan panjang sebab dapat menutup lengan mama jadi mama tidak perlu lagi memakai inner lengan. Oh ya sebelum ni mama tidak gemar dengan kain microfiber sebab kain ini jenis melekat dekat badan tapi baju microfiber dari Boxy Shirts Malaysia ni longgar tidak melekat pada badan dan labuh baju sehingga menutup punggung. So baju ni mama sangat recommended bagi wanita yang ingin bersenam tapi masih menutup aurat.
Kain jenis microfiber ini dengan cool fit memang sesuai dengan cuaca yang sangat panas di Malaysia. Jangan risau baju ni betul-betul menyerap peluh kita ketika bersenam atau jogging. Baju t-shirt ini didatangi dengan baju kosong dengan 10 warna yang sangat menarik seperti Navy Blue, Black, Marron, Red, Khaki, Grey, Dark Violet, Forest Green, Turquoise Blue dan Royal Blue. Bagi yang suka print nama pada bahagian baju pun boleh cetak pada permukaan baju di depan atau di bahagian belakang baju. Manakala size baju terdapat 7 sizes iaitu dari XS sehingga 3XL
Nampak baju tu tidak ketat dan mama rasa sangat selesa
Rasa stylo pulak
Nampak tutup bahagian punggung kan. so sangat sesuai untuk wanita. Untuk lelaki pun boleh pakai
Untuk pengetahuan semua, BOXY merupakan kedai online dalam talian Malaysia dengan menjual pelbagai t-shirt jenis Microfiber, Cotton T-Shirts, Plain T-Shirts dan Polo Shirts. Boxy menggunakan jenis material kain yang berkualiti tinggi untuk kesemua baju di Boxy Shirts Malaysia. Jadi Boxy menyediakan 100% stok yang ada bagi memastikan dapat menghantar dalam tempoh 24 jam selepas pembelian. Penghantaran Boxy Shirts Malaysia ini di semua tempat seluruh Malaysia
Untuk sebarang pembelian T-shirt Boxy boleh terus ke website Boxy yer. Oh ya jika korang musykil atau risau mengenai ukuran size boleh terus tanya Boxy di ruangan khidmat Live Chat di website mereka. Mama sangat puas hati dengan Microfiber Round Neck Long Sleeves dari Boxy Shirts Malaysia sebab kain yang berkualiti tinggi, selesa, sejuk, baju jenis ringan, warna yang menarik, menutup aurat dan yang paling penting harga baju mampu milik yer. Apa lagi mama rasa nak beli semua warna lah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Boxy Shirts Malaysia :-
Website : www.boxy.myFacebook : www.facebook.com/boxy.myWhatsapp : +6012-7829012
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2020/02/boxy-shirts-malaysia-baju-sukan-yang.html