Bowel Wellness Triphala Himalaya Buang Toksik Busuk
Hi semua, sihatke usus mu hari ini.. hahaha gitu kan! Adoi tak tahu nak cakap stress atau terlebih stress. Bukan apa, niat nak kurus tu ada, macam-macam dah buat. Exercise ‘gila babi’ orang kata.. tapi berat maintain gitu. Ehm… ni dah 2 minggu cuba pula Bowel Wellness Triphala Himalaya. Tips nak bagi usus sihat UN share lepas ini okay. Lepas 2 minggu UN amalkan Bowel Wellness Himalaya, ianya seakan memberikan kerjasama yang baik dengan UN. Jika sebelum ini nak ‘membuang’ agaklah payah. Tapi dengan Bowel Wellness Triphala Himalaya, yess, ianya seakan membantu UN dengan baik. Bowel Wellness Triphala Himalaya- Cara Pengambilan Jika ikutkan peraturan dan cadangan pada botol, sehari 2 biji, satu pagi dan satu biji petang/malam. Cuma, JANGAN follow TIPS ini jika tak sesuai dengan badan ya. UN ambil pagi2 biji. Dan selepas 12 jam, tanpa disuruh, seakan dapat panggilan daripada rumah ‘pembuangan’. Ianya tak memulas, cuma dah kat hujung-hujung tu dapat rasa yang bahan buangan dah sampai dan perlu dibuang. Hahaha gitu! Kesan selepas amalkan Jika sebelum ini UN amalkan sukan, berat UN masih belum dapat turun seperti dihajatkan. Dan ada juga UN amalkan produk lain, sebagai pemangkin untuk kurus, ianya berkesan. Cuma kena tahan lapar dan konsisten. Cuma yang membantu UN untuk tahan lapar adalah oat. Cuba juga kurangkan makanan berminyak, dan ianya berhasil. Tapi kuncinya tetap sama iaitu sabar dan konsisten. Stress juga sebab tak boleh makan apa yang disukai, hahahaah TAPI…tapi dengan Bowel Wellness Himalaya, hahaha tak risau. Sungguh! Bayangkan… raya haji baru ini, denagn hidangan ketupat, kambing bakar, hari kedua pula makan kenduri dengan kambing kurma, laksa , kari itik dan lain-lain.. fuhhhh nikmat! Dan masa balik kampung hanya berbekalkan PIL Herba ajaib Himalaya ini sahaja. Eh.. itu belum tambah makan roti canai dan bihun sup..hahaha Balik Kampung pada 10/8/2019 , dan balik ke Semenyih semula pada hari Rabu, 14 Ogos 2019. Tapi tak timbang lagi.. sampailah hari Jumaat timbang.Fuh rasa nak menari joget. Yes, makan banyak tapi berat masih maintain 82.5kg! Yer… itu lah berat UN kalau yer pun diet. Tapi kalau tak diet, hahahaha boleh cecah 86.5kg. Gila! Cuma buat masa tempoh 2 minggu ni, bila dah amalkan Bowel W ni, badan jadi ringan dan pembuangan lancar. UN Kena keep konsisten. Harapanku semoga selepas USUS dah lancar dan bersih dapatlah menurunkan lemak dan kilo dalam badan yang telah sekian lama diternak. Apapun, harapnya badan UN lebih sihat dan bertenaga bila toksik dalam badan dikeluarkan dengan sebaiknya tanpa stress dan tekanan. Kalau dapat kurangkan KILO, ianya satu anugerah untuk UN. Nota: untuk anda yang mungkin membaca artikel ini, disarankan ambil BW jika ada masalah sembelit dan susah nak membuang. Jika sebelum ini ketulan emas itu keras dan susahlah nak keluar, dengan BW insyaAllah mudah. Cuma amalkan air yang banyak dan ambil air ikut keperluan tubuh badan kita. Boleh dapatkan di Watson untuk produk Himalaya. Semoga kita semua bertambah sihat dan bertenaga serta mudah beramal ibadat dengan tubuh yang sihat. InsyAllah.
The post Bowel Wellness Triphala Himalaya @ buang toksik busuk! appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/08/bowel-wellness-triphala-himalaya/