Bossam Puteri Kayangan Jadi Marhaen
Bossam maksudnya wrapping/bungkus. Satu kegiatan zaman Joseon culik janda masuk dalam guni beras, bawa lari supaya boleh kahwin dengan lelaki lain.
Bossam pada awalnya berasal daripada praktis bawa lelaki masuk rumah. Bila seorang gadis jadi rebutan dua lelaki yangban, keluarga akan bawa seorang lelaki lain untuk tidur dengan gadis tersebut untuk mengelakkan pergaduhan antara tiga keluarga. Gadis tersebut kononnya bukan dara lagi jadi tak bolehlah kahwin dengan dua lelaki yangban tersebut. Padanlah muka haha.
Konsep ini kemudiannya jadi satu open secret. Joseon mengamalkan ajaran Confucianism berasaskan patriarki, jadi perempuan kematian suami tak boleh kahwin lain, sebagai simbolik kesetiaan sehidup semati dengan suami pertama. Bossam merupakan kaedah culik perempuan untuk tidur dengan lelaki lain supaya kononnya perempuan tersebut terpaksa kahwin lain demi menjaga maruah.
Praktis ini biasanya dirancang keluarga kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, tapi berpotensi jadi sindiket perdagangan seks. Tambah lagi zaman Gwanghaegun adalah pasca perang, ramai suami terbunuh di medan jihad.
Cerita ini mengisahkan Ba-woo seorang pemuda jalanan yang kerjanya ambil upah buat kerja bodoh termasuklah culik perempuan bagi pihak yang nak buat bossam. Satu hari dia tersalah rumah dan ter-rembat Princess Hwa-in, puteri King Gwanghaegun yang jadi janda lepas kematian suami, anak Timbalan Perdana Menteri Lee Yi-geum.
Konsep bossam yang biasanya rancangan lari untuk kahwin lain membuatkan Lee Yi-geum fikir yang bukan-bukan, tambahan pula beliau ahli politik yang ramai musuh menjadikan kebarangkalian penculikan kali ini mungkin konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Solusinya, reka cerita Princess Hwa-in bunuh diri ikut suami.
Projek bossam kali ini rupa-rupanya satu pandora box untuk Princess Hwa-in dan Ba-woo, melarat sampai melibatkan politik Joseon.
Drama ini berlatarkan pemerintahan King Gwanghaegun, anak kedua King Seonjo. Baginda sebenarnya agak terkehadapan berbanding adik beradik yang lain cuma sayangnya lahir dari concubine. Dilantik jadi Crown Prince masa serangan Jepun. King Seonjo lari berlindung ke Uiju dekat sempadan Joseon-Ming dan menyerahkan urusan pentadbiran kepada Gwanghaegun, yang bertahan hadap serangan daripada Jepun waktu tersebut bawah pimpinan Toyotomi Hideyoshi, penyambung legasi Oda Nobunaga.
Adik baginda, Yeongchang dari official Queen lahir masa King Seonjo dah tua jadi tak sempat tukar jawatan Crown Prince. Konspirasi YB-YB untuk naikkan Yeongchang jadi King juga berjaya dipatahkan YAB Lee Yi-geum masa tu. Kiranya Gwanghaegun bernasib baik, kekal naik jadi King.
Antara kejayaan zaman beliau adalah Dongui Bogam, kitab perubatan tulisan Hur Jun. Pernah sebut dulu, projek yang mula zaman King Seonjo, tertangguh masa serangan Jepun, dan akhirnya selesai zaman Gwanghaegun.
Episod satu juga ada sembang tentang Daedong Law, undang-undang percukaian yang lebih adil kerana dilaksanakan bergantung pada hasil tanah, berbanding kadar flat rate pukul rata semua orang. Tapi seperti biasa, yangban yang mempunyai tanah juta ekar akan lawan sebab mereka rugi kena bayar banyak. Jadi undang-undang ini cuma terpakai di daerah Gyeonggi sahaja pada awalnya.
Selain isu tanah, usaha lain yang baginda buat adalah membina semula istana Changdeok yang musnah masa serangan Jepun sebagai simbolik kuasa diraja. Penggunaan hopae (kad pengenalan) juga diperkenal semula sebagai langkah mengawal pergerakan rakyat. Semua ini disebut sepintas lalu dalam beberapa babak istana.
Yulyul kali ini sedap betul tengok beliau bawa watak princess, lemah lembut sopan santun sesekali ada moment cheeky. Mungkin sebab pertama kali berlakon drama saeguk, atau sebab contrast dengan personaliti beliau yang hyper.
Ataupun sebab watak Hwa-in itu sendiri yang kuat, dari seorang princess mewah terjaga, jadi perempuan biasa hidup berdikari sendiri. Kekuatan Hwa-in bukan pandai berlawan macam Pyeonggang, tapi sebagai seorang perempuan. Ada ketika rasa down, ada ketikanya tegas dalam keputusan, ada ketika empati dengan keadaan. Macam seorang mak.
Jung Il-woo kali terakhir tengok dalam Haechi, dari seorang prince jadi budak jalanan, versatil. Tak dilupakan Cha-dol, eh comel betul budak ni rasa nak lempang. Dua beranak ni jadi pelengkap perjalanan hidup Hwa-in.
Setakat 8 episod pacing tak terlalu perlahan tak terlalu aksi. Setiap babak ada sesuatu untuk disampaikan kepada penonton supaya lebih menghayati penceritaan. Tapi kalau terlepas tak mengganggu pemahaman pun. Cukup rasa.
Rencah politik pun tak terlalu berat. Flow cerita sama seperti Two Weeks, lebih banyak perjalanan hidup tiga beranak sebagai pelarian berbanding pergaduhan politik. Boleh layan sambil lipat kain.
Episode 1. “Bossam: Steal the Fate.” MBN. 2021. Screenshot.Cha Min-kyung, Yun Ji-hyun. “Hallyupedia: Bossam.” K-Odyssey. 8 Mei 2021. Web.“Seonjo of Joseon.” Wikipedia. Web.“Gwanghaegun of Joseon.” Wikipedia. Web.“Japanese invasions of Korea (1592–1598).” Wikipedia. Web.Lee Jung-chul. “Analysis of the Studies on Taedongpŏp from the Historical-institutional Perspective.” International Journal of Korean History. Volume 6. Disember 2004. PDF.The post Bossam; Puteri Kayangan Jadi Marhaen first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blog.akudarahanakmalaysia.net/2021/05/bossam-puteri-kayangan-jadi-marhaen/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bossam-puteri-kayangan-jadi-marhaen