Bosan Satu Perkataan Banyak Maksudnya
Permulaan sesuatu yang baru, yang lama? Jangan dibuang, jadikan kenangan, teladan dan peringatan. Aku tak pandai bab-bab seperti ini, maaf kalau ayat yang ditulis tak berapa cantik maksudnya atau memang tiada maksud disebaliknya. Sebelum dan selepas tahun baru, ada yang mengharapkan sesuatu permulaan yang terbaik. Siapa yang mahukan sesuatu perkara yang buruk kan? Tapi begitulah hidup, kita rancang dan segala-galanya sudah ditentukan. Apa yang aku mahukan tahun baru ini masih dalam samar-samar lagi. Menantikan perkabaran yang baik dari sahabat baik, tentang tawaran yang dia sendiri sudah sahkan mungkin akan aku dapat, cuma perlukan pengesahan yang lebih tepat
Itu yang aku mahukan sangat-sangat untuk tahun baru ini, selain dari apa yang orang lain mahukan. Sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri dan orang sekeliling, syukur kerana masih diberikan peluang untuk terus menikmati tahun baru ini, dan tahun-tahun yang seterusnya… InsyaALLAH. Itu memang sesuatu yang semua orang mahukan. Sebagai insan dan hamba kepadaNYA, terus berdoa dan berusaha sehingga mendapat restu dariNYA. Bila tahun sudah mula berubah angkanya, umur masing-masing pon sudah pasti akan bertambah, salah satu kerisauan yang bermain diminda sesiapa sahaja lebih-lebih lagi mereka yang bujang-bujang dan dara-dara pingitan. Bukan gatal atau nakal, tapi itulah perjalanan normal dalam kehidupan kita semua. Semuanya saling berpasang-pasangan. Dah ada pasangan
Tinggalkan pasal yang itu, fokuskan pada yang ini. Apa sebenarnya yang membuatkan rasa penat lelah, sudahlah ditambah dengan keadaaan kesihatan yang tidak berapa baik kebelakangan ini. Itulah musim namanya, musim demam, batuk, selsema dan apa sahaja yang berkaitan. Bukan mahu mengatakan diri ini memang kuat bekerja, memang sudah menjadi tugas dan perlu dibuat. Cuma rasa kesal dengan mereka yang tidak faham akan situasi atau lebih mudah lagi tidak ada perasaan rasanya. Berhempas pulas kala keadaan yang kurang sihat, tugas yang memang mencabar buat mereka yang tidak boleh berada dalam keadaan yang sedemikian. Susah bila tugas berkait dengan orang lain yang ada kaitan dengan orang atasan, tidak fahamkan erti penat. Akibatnya yang terlupa apa yang seterusnya. Dan sebagai sifat biasa manusia, sudahlah penat… Terima Kasih tiada, yang dapat hanyalah teguran yang tidak memberangsangkan. Susah bila ada kaitan dengan orang atasan, report mereport sahajalah kerjanya
Sudahlah, penat sudah hilang. Rasa kesal dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Cuma harapkan moga cepatlah perubahan dalam sistem pengurusan berlaku. Walaupon dalam beberapa bulan yang akan datang. Jika bernasib baik, mungkin sudah tiada kaitan dengan company ini lagi, atau masih terus berkhidmat disini sementara mencuba apa sahaja kekosongan yang ada diluar sana. Cuma satu perkataan sahaja yang aku mahu berikan pada orang atasan : Kalau tidak suka dengan sesuatu, sekiranya baik tidaklah dipuji, tetapi buruk semakinlah dikeji. Kalau sudah suka dengan sesuatu, sekiranya baik semakin dipuji melambong-lambung, riuh segalanya, sekiranya buruk? Anda jawablah sendiri……
P/s : Tahun baru... Apa yang baru
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pistonpecah.blogspot.com/2012/01/bosan-satu-perkataan-banyak-maksudnya.html