Bosan Lah Asyik Bawa Watak Gaya Sama Pemilihan Drama Park Minyoung Terima Komen Pro Kontra
Tidak dinafikan bahawa Park Min-young merupakan pelakon genre romantik yang popular di dalam K-Drama kan?
Terbaru, wanita itu menunjukkan bakatnya di dalam “Forecasting Weather & Love” sebagai Ha Jin-kyung, seorang pengarah pasukan di Unit Ramalan Cuaca di Agensi Meteorologi Korea yang sukar mendekati staf bawahannya dan dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan lelaki muda yang baru menyertai unit tersebut.
Tiada apa yang kurang mengenai lakonannya, semua sempurna seperti yang dijangka daripada park Min-young. Walau bagaimanapun, rata-rata penonton sepertinya bosan dengan pemilihan watak wanita berbadan genit itu sejak kebelakangan ini.
Park Min-young dalam ‘Forecasting Weather & Love’
Membawa watak pekerja pejabat dalam tiga drama kini iaitu “What’s Wrong With Secretary Kim?”, “Her Private Life” dan “Forecasting Love & Weather”, sepertinya dia terperangkap di dalam karakter yang sama. Malah gaya rambut dan pemakaiannya kelihatan serupa di antara satu sama lain lantas membuatkan Park Min-young nampak sama sahaja di dalam mana-mana drama.
Dia seorang yang bekerja keras, tapi sedari ‘What’s Wrong With Secretary Kim’, lakonan, watak dan visualnya nampak sama sahaja.
Dia sepertinya tak ubah penampilan langsung.
Saya sangat sukakan Park Min-young dalam ‘Sungkyunkwan’ Scandal’ tapi memang benar semuanya sama selepas ‘What’s Wrong With Secretary Kim’.
Kenapa saya rasakan seperti ini ialah bahagian kedua ‘What’s Wrong With Secretary Kim’? Adakah ini apabila Cik Kim menjadi ketua jabatan?
Gaya watak adalah sama sahaja, jadi saya berasa bosan. Park Min-young sepertinya takut dengan perubahan.
Park Min-young dalam ‘What’s Wrong With Secretary Kim?’
Pun begitu, ada juga komen yang mengatakan bahawa seorang pelakon seharusnya pandai membawakan watak. Meskipun Park Min-young tidak mencuba watak lain, namun sekurang-kurangnya lakonannya sempurna apabila membawa watak staf pejabat.
Bahkan ramai yang mengatakan bahawa wanita itu sudah banyak mencuba watak lain seperti dalam “Healer”, “Queen For 7 Days”, “Remember”, “City Hunter” dan lain-lain. Bermakna mungkin dia sudah menjumpai watak yang benar-benar sesuai dengannya kini.
Apa pandangan korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/bosan-lah-asyik-bawa-watak-gaya-sama-pemilihan-drama-park-minyoung-terima-komen-pro-kontra/