Borang Permohonan Bkm 2022 Bk 01
BORANG PERMOHONAN BKM 2022 BK-01(Muat Turun & Cara Isi)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah dibuka bagi membantu dan meringankan keluarga, isi rumah, bujang yang kelayakan untuk meneruskan kehidupan di Malaysia bagi tahun 2022. Bagaimana cara untuk muat turun dan mengisi borang permohonan BKM 2022? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
TARIKH PERMOHONAN BKM 2022
Pendaftaran BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU BKM 2022
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
Pemohon:
Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan:
Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
Anak Kandung
Salinan MyKad / MyKid; dan
Salinan Sijil Lahir
Anak Angkat
Salinan MyKad / MyKid; dan
Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BKM 2022
Untuk permohonan baharu BKM menggunakan borang, anda seharusnya muat turun terlebih dahulu disini didapati secara percuma:
Borang Permohonan BKM BK-01 [1/2022]
CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN BKM 2022
Setelah anda memuat turun borang tersebut, berikut adalah merupakan cara mengisi dan menghantar borang.
Pastikan anda muat turun dan print borang permohonan BKM 2022. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun borang tersebut, anda boleh dapatkannya di cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Lengkapkan segala maklumat dan butiran yang diperlukan pada borang permohonan dengan betul dan tepat.
Kemudian anda boleh menghantar Borang BKM 2022 yang telah diisi di kaunter-kaunter berikut:
Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Anda juga boleh membuat penghantarn secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BKM, GPO Shah Alam, 40800 Selangor
NOTA: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Setiap permohonan baru dan senarai penerima ada dalam sistem data LHDN online akan melalui proses verifikasi untuk menentukan samada anda layak lulus atau tidak.
PERMOHONAN BKM 2022 SECARA ONLINE
Anda digalakkan untuk membuat permohonan secara online bagi memudahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri proses application anda dan dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan kehadiran orang ramai ke mana-mana kaunter LHDN yang terdekat dengan anda.
Berikut adalah cara permohonan online:
Layari https://bkm.hasil.gov.my/
Klik Permohonan Baharu
Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
Klik Teruskan
Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BKM 2022
The post BORANG PERMOHONAN BKM 2022 BK-01(Muat Turun & Cara Isi) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/borang-permohonan-bkm.html