Cucuk Vaksin Booster Pula Apa Kesan Lepas Cucuk Booster Ni


Korang dah vaksin booster?Apaaa, belum!!Lemah. haha. Gurau je. Korang dah dapat update kat Mysejahtera untuk cucuk vaksin booster ke?K.fiezz udah uolls. Tejut sis. Minggu lepas, tetiba dapat sms suruh semak kat MySejahtera tarikh untuk cucuk vaksin booster. Laju-laju masuk kat MySejahtera. Tengok tarikh, 14hb Disember 2021, 6.30ptg kat Klinik Petaling,Jalan Puchong. 
Adeh...Terus sambung balik nervous macam nak cucuk vaksin dos 1 & 2 bulan Julai lepas. haha. Ingat dah cucuk vaksin yang sebelum ni, setel. Eh kena booster pula weiii.
Nak tak nak proceed je lah. K.fiezz fikir sebab k.fiezz ni penjawat awam. Memang tak ada kata wajib kena cucuk booster ni tapi nanti-nanti mana nak tahu kerajaan umum, penjawat awam wajib cucuk vaksin booster ni juga. So tadah je lah tangan nak kena cucuk lagi sekali. haha
CUCUK VAKSIN BOOSTER
Hari yang k.fiezz kena cucuk vaksin booster ni, k.fiezz kerja cuma minta kebenaran keluar awal sebab temujanji pukul 6.30ptg. K.fiezz balik rumah dulu, tukar baju sebab k.fiezz gi kerja pakai baju kurung. Tak sesuai pula nak pi cucuk sbb susah nak selak lengan baju. So k.fiezz pakai singlet & kat luar cardigan.
Masa nurse cucuk vaksin booster ni, tak rasa sakit pun. Tahu-tahu dah siap cucuk. Sebelum nurse cucuk,dia beritahu jenis vaksin booster yang kita dapat lepas tu dia tunjuk baper isipadu vaksin & lepas dah selesai cucuk pun, nurse tunjuk bekas tu dah kosong. 
Kalau sebelum ni masa lepas cucuk vaksin dos 1 & 2, kena tunggu 15 minit untuk tengok ada kesan ke idak lepas masukkan vaksin dalam badan masing-masing. Untuk vaksin booster ni, tak perlu tunggu. Lepas cucuk, terus ambil kad pengenalan & kad vaksin kat kaunter. Setel.
Tadaaa..kad vaksin booster k.fiezz. Eksen eksen. haha. 
Kad vaksin booster sis. hehe. Korang dah ada ke tu?hehe...
Ada Kesan Lepas Cucuk Booster?Hah, mesti ramai yang mencari info ada tak kesan lepas cucuk booster ni?haha. Kesan ni berbeza lah yea ikut masing-masing. Macam ada seorang kawan pejabat k.fiezz, dia cucuk sehari awal dari k.fiezz. Dia tak ada alami apa-apa kesan sampingan. Alhamdulillah. 
Tapi k.fiezz...Mula-mula ingatkan tak ada kesan macam cucuk vaksin dos 1 & 2. K.fiezz penerima vaksin Sinovac. So kesan lepas cucuk, memang tak ada rasa apa. Cuma sakit tangan yang kena cucuk tu je. Itu pun sakit sikit je. 
Baca <CUCUK VAKSIN DOS1 & 2 >
Sangkaan meleset lepas cucuk vaksin booster ni weii. Untuk vaksin booster ni, k.fiezz dapat vaksin Pfizer. K.fiezz cucuk vaksin booster ni 6.30ptg. Lepas dah cucuk tu memang okey. tak ada rasa sakit ke apa. 
Esok pagi, bangun tidur. Tangan yang kena cucuk tu sakitnyaaaa. Tak boleh nak mengiring belah kiri (tangan yang kena cucuk) sebab sakit sangat. Bila nak angkat tangan time tukar baju, sakitttt sangat. Lepas tu badan rasa panas on off. Kejap rasa normal. Kejap rasa panas. Sepanjang hari rasa macam tu . K.fiezz memang dah siap ambil cuti sehari. Takut ada kesan lepas cucuk booster ni. Sebab dengar yang mana dah cucuk booster beritahu dapat effect sampingan macam demam. Tapi k.fiezz start demam malam. Terpaksa tambah lagi cuti sehari esoknya sebab rasa tak sihat. 
Esoknya bangun pagi, tangan dah tak sakit. Demam pun dah okey sikit. Tapi tak apa lah dah ambil cuti tambahan sehari, jadi rehat je lah kat rumah. 
Penangan cucuk vaksin booster. 
Ni kesan lepas cucuk booster yang k.fiezz & mr hubby alami. Kesan ni berbeza tau ikut penerimaan badan masing-masing. Tapi majoriti yang k.fiezz dengar, ramai cakap dapat kesan macam k.fiezz alami ni sakit tangan & demam. Kat pejabat k.fiezz, ada sorang officer  selain dari kesan sampingan sama macam k.fiezz ni, dia jadi ngantuk sangat lepas dah cucuk vaksin booster. Ada lagi sorang pegawai, sakit kepala. Jadi jangan pukul rata tau kesan lepas cucuk booster ni sebab kesan ikut pada badan masing-masing. 
Tak Lengkap Vaksinasi Dalam MySejahtera
Elok dah cucuk vaksin booster ni, Menteri Kesihatan buat pengumuman kena cucuk vaksin booster ni selewatnya Februari 2022, kalau idak status vaksinasi tak lengkap dalam MySejahtera. Hah, see. Nasib k.fiezz proceed je. Koser lah nak ikut orang, takut nak kena cucuk vaksin booster. Kena cucuk vaksin je. Untuk keselamatan diri sendiri, keluarga & orang sekeliling juga. Jangan lah pentingkan diri kita. 
Tapi terpulanglah kan sebab ada yang nak di vaksin, ada yang tak nak. K.fiezz pun tak nak cakap negatif atau pandang sinis pada orang yang tak nak divaksin. Pilihan di tangan masing-masing. Mungkin yang tak nak tu ada alasan tersendiri atau ada alahan pada vaksin. Apapun pilihan kita, itu yang terbaik untuk diri kita sendiri. Moga Allah angkat segera virus COVID yang tengah melanda 1 dunia ni. 
Tengah Dup Dap Dup Dap Ke Tunggu MySejahtera update tarikh temujanji Vaksin Booster Korang...hehe.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/12/Cucuk-Vaksin-Booster-Pula-Apa-Kesan-Lepas-Cucuk-Booster-Ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Selepas Suntikan Booster Pfizer

Kesan Selepas Suntikan Booster Pfizer

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 468 hits
Keperluan dunia masa kini dan pada kak ana salah satu ikhtiar sahaja dan selebihnya kepada Allah swt jua tempat kita berlindung dan mengharapkan pertolonganNya Ini kali kedua kak ana mendapat notification dalam My Sejahtera untuk mengambil ...
Balur Dadah Dekat Bebird Lepas Tu Tak Mengaku Pula

Balur Dadah Dekat Bebird Lepas Tu Tak Mengaku Pula

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 213 hits
Patrick Florence 34 menafikan dadah dibalut pada kemaluannya adalah miliknya newsbreak com CLEARWATER FLORIDA Seorang lelaki di negeri Florida yang ditahan kerana melilit beberapa bungkusan dadah jenis kokain dan methamphetamine pada kemalu...
Minggu Lepas Kena Marah Minggu Ini Dihalang Pula Dunia

Minggu Lepas Kena Marah Minggu Ini Dihalang Pula Dunia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 177 hits
Minggu lepas kena marah minggu ini dihalang pula dunia Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini kerana status MySejahtera dia masih berstatus kuning Dia justeru membandingkan perkara itu dengan apa y...
Pemuda Gigih Kongsi Peranti Canggih Kesan Kucing Kuat Merayap Komen Netizen Pula Jadi Tumpuan

Pemuda Gigih Kongsi Peranti Canggih Kesan Kucing Kuat Merayap Komen Netizen Pula Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 265 hits
Buat pencinta kucing kehilangan si bulus pastinya membuatkan mereka runsing malah sampai tahap tidak boleh lena tidur dibuatnya Mana tidaknya si comel yang dibela penuh kasih sayang sejak kecil dan berbulu gebu tidak dinafikan sentiasa menj...
Bisa Jadi Booster Sudah Sampai Mana Pengembangan Vaksin Merah Putih Ugm

Bisa Jadi Booster Sudah Sampai Mana Pengembangan Vaksin Merah Putih Ugm

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 225 hits
Perkembangan vaksin Merah Putih yang disebut jadi salah satu vaksin booster Jakarta Pakar Mikrobiologi Klinik sekaligus Guru Besar Fakultas Kedokteran Kesehatan Masyarakat dan Keperawatan Universitas Gadjah Mada Prof Tri Wibawa menyebutkan ...
Video Abang Baru Lepas Sun4t Tapi Adiknya Pula Menangis Tak Berganjak Jaga

Video Abang Baru Lepas Sun4t Tapi Adiknya Pula Menangis Tak Berganjak Jaga

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 187 hits
Bila tiba musim cuti sekolah hujung tahun maka bermula la musim berkhatan atau bahasa yang selalu digunakan adalah bersun4t Walaupun sekolah telah ditutup agak lama tetapi tetap ramai ibu bapa yang membuat majlis bersunat untuk anak lelaki ...
Pengalaman Bawa Anak Pi Cucuk Vaksin Covid 19

Pengalaman Bawa Anak Pi Cucuk Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 348 hits
Assalammualaikum Dunia Huhuuu citer lama sebab ini adalah jarang jarang berlaku kan maka cikbunga letak sini juga Simpan sini Nie jugak Nak jugak budak nie Untuk tatapan diri sendiri jew Alhamdulillah anakanda cikbunga sudah lengkap 2 dos v...
Bawa Kucing Cucuk Vaksin 2021

Bawa Kucing Cucuk Vaksin 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 363 hits
Bawa Kucing Cucuk Vaksin 2021 Assalamualaikum Hai korang semua baru nak update pasal cucuk vaksin kucing dekat blog ni Cik Ash nak kongsi cerita dengan korang pasal kucing Cik Ash ni dah sampai waktu untuk di vaksin Dekat kad vaksin di tuli...
Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni Tak Perlu Berus Kuat

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni Tak Perlu Berus Kuat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 347 hits
Biasanya baju anak anak cepat sangat ada bintik bintik hitam atau orang panggil tahi lalat Walaupun dah dicuci dan direndam sabun pun kesannya masih ada sehingga ibu ambil keputusan tak mahu dipakaikan lagi baju tersebut pada anak Sayang me...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian