Boony And Co Dan Caring Pharmacy Melancarkan Produk Tribiotics


BoonY & Co Lancar Tribiotics Secara Eksklusif di CARiNG Pharmacy Rumusan prebiotik, probiotik, dan postbiotik buatan Malaysia berasaskan tumbuhan untuk menyokong kesihatan usus dan meningkatkan imuniti 








BoonY & Co dan CARiNG Pharmacy Melancarkan Produk Tribiotics
BoonY & Co dan CARiNG Pharmacy mengumumkan pelancaran Tribiotics, suplemen inovatif baharu buatan Malaysia yang dihasilkan untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Kini boleh didapati secara eksklusif dari CARiNG Pharmacy, Tribiotics menggandingkan kebaikan prebiotik, probiotik, dan postbiotik dengan khasiat tambahan Riceberry & Organic Sea Buckthorn Powder, Vitamin D3, dan Vitamin E. Boleh didapati pada harga RM99 sekotak (20 sacet), Tribiotics menawarkan penyelesaian berasaskan tumbuhan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan usus. 



Ramai di kalangan golongan dewasa di Malaysia mengalami masalah kesihatan sistem pencernaan, dengan pelbagai simptom termasuklah refluks asid, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan masalah kulit. Data daripada Kementerian Kesihatan bagi tahun 2022 menunjukkan bahawa gangguan sistem pencernaan berada di tempat ketiga dan kesembilan sebagai penyebab bagi kemasukan ke hospital di hospital swasta dan awam. 
Pada pelancaran tersebut, pakar mikrobiom terkemuka di Malaysia Prof. Madya Dr. Chong Chun Wie, Sekolah Farmasi di Monash University dan Dr. Lee Yeong Yeh, Profesor Perubatan dan Perunding Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalaman, Universiti Sains Malaysia, menerangkan bagaimana tiga “biotik” utama tersebut – prebiotik, probiotik dan postbiotik1 - memainkan peranan penting dalam kesihatan usus. 



Ms Fam Swee Ying, cofounder of BoonY & Co Mr Boon Hau Hng, co-founder of BoonY
Manfaat Tribiotics yang Terbukti Secara Saintifik 
Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan usus seperti refluks asid, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan masalah kulit, 
Tribiotics membantu membawakan keseimbangan untuk kesihatan usus. Suplemen ini dihasilkan untuk: • Mempertingkatkan kesihatan usus dengan mengekalkan mikrobiom usus yang seimbang. • Meningkatkan fungsi imun, melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit. • Membawakan ciri-ciri antioksidan yang mencegah atau melambatkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis menerusi ciri-ciri antikeradangan 
Keunikan Tribiotics terletak pada strain postbiotik produk ini, yang terhasil daripada proses penapaian makanan tempatan Malaysia seperti tapai ubi dan tempe. Bahan tempatan ini bukan hanya membantu mengekalkan kesihatan usus malah turut menonjolkan kepentingan sumber semulajadi tempatan dalam suplemen kesihatan. Tribiotics tidak mengandungi pengawet, gula, perisa tiruan dan pewarna. 

Menurut Fam Swee Ying, Pengarah Urusan, BoonY & Co, "Kami berasa teruja kerana dapat melaksanakan kerjasama dengan CARiNG Pharmacy untuk memperkenalkan Tribiotics, suplemen inovatif yang menggabungkan khasiat prebiotik, probiotik, dan ramuan postbiotik proprietari kami iaitu Postbionix®️. Tribiotics melambangkan komitmen BoonY & Co untuk menghasilkan penyelesaian berasaskan tumbuhan yang dirumus secara saintifik untuk kesihatan usus. Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk semulajadi yang efektif, yang bukan sahaja mendorong kepada kehidupan yang lebih baik tetapi turut membawa kesan positif kepada komuniti. Kami percaya 
1 Penjelasan tentang Prebiotik, Probiotik, dan Postbiotik • Prebiotik adalah sebatian yang tidak boleh dicerna yang didapati dalam makanan tertentu yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus. • Probiotik adalah "bakteria baik" yang wujud secara semulajadi dalam usus yang membantu mengekalkan kesihatan tubuh. • Postbiotik adalah produk sampingan yang terhasil daripada proses penapaian oleh probiotik, yang memberi manfaat kesihatan tambahan seperti ciri-ciri antikeradangan. 
bahawa Tribiotics akan dapat membantu mereka yang menginginkan pendekatan holistik untuk kesihatan." 
"Di CARiNG Pharmacy, misi kami adalah untuk membawakan gaya hidup sihat kepada komuniti setempat. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan BoonY & Co untuk mempertingkatkan kesihatan pelanggan kami dengan Tribiotics di samping dapat berbakti kepada komuniti. Untuk setiap pembelian Tribiotics, kami akan memberikan sumbangan kepada Teach For Malaysia, dalam usaha untuk menyokong kesaksamaan pendidikan dan memperkasakan pemimpin generasi akan datang. Bersama-sama, kami berusaha ke arah masa depan di mana kesihatan dan peluang berada dalam jangkauan semua," kata Loo Jooi Leng, Pengarah Pemasaran CARiNG Pharmacy. 
Usaha sama dengan Tujuan Murni 
Sumbangan RM2 untuk Teach For Malaysia bagi setiap produk yang dijual .Dalam usaha untuk berbakti kepada komuniti, BoonY & Co dan CARiNG Pharmacy bekerjasama untuk memberi sokongan kepada Teach For Malaysia, sebuah organisasi bukan untung yang ditubuhkan untuk merapatkan jurang pendidikan untuk komuniti terpinggir. Bagi setiap pembelian Tribiotics, RM2 akan disumbangkan kepada Teach For Malaysia untuk menyokong kesaksamaan pendidikan dan memperkasakan pemimpin generasi akan datang. 



Fam Li Ying, Pengarah Pertumbuhan bagi Teach For Malaysia, berkata, "Di Teach For Malaysia, kami percaya bahawa pendidikan berkualiti merupakan alat yang paling penting bagi setiap kanak-kanak untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Dengan sokongan daripada rakan seperti Boony & Co dan CARiNG Pharmacy, kami boleh meneruskan usaha untuk merapatkan jurang pembelajaran dalam komuniti kita yang pelbagai. Setiap sumbangan dapat membantu kami untuk mencari dan meletakkan pemimpin terbaik di negara ini di sekolah-sekolah yang amat memerlukan, untuk memperkasakan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin Malaysia. Menerusi usaha ini, kita akan bersama mewujudkan masa depan yang cerah dan lebih saksama untuk semua." 
Keunggulan Nutrisi Berasaskan Penyelidikan Tribiotics menampilkan Postbionix®️, ramuan postbiotik proprietari yang dihasilkan bersama oleh syarikat-syarikat Malaysia, Nutrignomix dan My Myracle, yang telah dianugerahkan dua paten antarabangsa bagi penggunaan nutraseutikal dan aktiviti antitumor. 
Pada pelancaran tersebut, Chin Kok Tian, Pengarah Urusan, My Myracle Sdn Bhd mengongsikan bagaimana postbiotik berasaskan tumbuhan ini dihasilkan menggunakan teknik rawatan yang tidak berasaskan haba yang dipatenkan, yang dibangunkan oleh penyelidik Malaysia dari Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak seperti kebanyakan postbiotik lain yang dihasilkan menggunakan kaedah rawatan berasaskan haba. 
Ketersediaan 
Tribiotics BoonY & Co kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan CARiNG Pharmacy terpilih pada harga RM99 sekotak (20 sacet). Tribiotics akan tiba di seluruh negara di semua cawangan CARiNG Pharmacy tidak lama lagi. 
Tribiotics by BoonY & Co Mengenai BoonY & Co BoonY & Co komited dalam menghasilkan produk-produk kesihatan dan kesejahteraan yang dirumus secara saintifik, yang dihasilkan untuk memperbaiki kualiti hidup pengguna. Dengan pelancaran Tribiotics, syarikat ini meneruskan usaha untuk membawakan inovasi dalam bidang suplemen kesihatan dengan tumpuan ke arah bahan-bahan semulajadi dan kesan terhadap komuniti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2024/10/boony-and-co-dan-caring-pharmacy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meningkatkan Penjenamaan Produk Dengan Wrapping Paper Yang Kreatif Dan Menarik

Meningkatkan Penjenamaan Produk Dengan Wrapping Paper Yang Kreatif Dan Menarik

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 89 hits
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif wrapping paper bukan sekadar pembungkus untuk melindungi produk tetapi ia juga berfungsi sebagai alat pemasaran yang berkuasa Dengan menggunakan reka bentuk wrapping paper yang kreatif anda dapat menin...
Kotak Chocolate Bar Eksklusif Meningkatkan Nilai Dan Eksklusiviti Produk Anda

Kotak Chocolate Bar Eksklusif Meningkatkan Nilai Dan Eksklusiviti Produk Anda

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 100 hits
Dalam industri coklat yang kompetitif pembungkusan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan nilai produk Kotak chocolate bar eksklusif bukan sahaja melindungi produk tetapi juga mencerminkan kualiti dan i...
Jason Beri Reviu Rendah Kieda Crepe Tak Melatah Terima Kasih Sudi Rasa Produk Saya

Jason Beri Reviu Rendah Kieda Crepe Tak Melatah Terima Kasih Sudi Rasa Produk Saya

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 64 hits
Walaupun menerima reviu rendah daripada pempengaruh media sosial Jason usahawan Kieda Crepe tak melatah ketika memberikan responnya Baru baru ini Jason telah berkunjung ke Festival Budaya Putrajaya 2024 untuk mencuba makanan yang dijual di ...
5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 45 hits
Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Jerawat bukan sahaja muncul di wajah malah boleh juga menyerang bahagian badan seperti belakang bahu dan dada Walaupun jerawat sudah sembuh parut yang ditinggalkan boleh menjejaskan keyakinan di...
Akta 582 Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024

Akta 582 Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 45 hits
Mulai 1 Oktober 2024 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 telah mula dikuatkuasakan Menerusi akta ini terdapat beberapa peruntukan berkaitan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan ka...
Iran Lancar Lebih 180 Peluru Berpandu

Tetap Setia Definisi Dalil Dan Penerapannya Dalam Islam

Kenapa Pasar Malam Semakin Kurang Meriah

Teladani Dr Na Im Yang Humble

How Slot Communities Rank The Best Sites

Hari Bahagia Bertukar Pilu Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

Slot168 8 67 168slot 1 500 Joker Pg Slotxo 168 Top 83 By Tasha 168slotvip Vip

Poster Retro Selamat Datang Ke Um Ini Mengimbau Nostalgia Pertama Kali Belajar Komputer


echo '';
10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live


Sarapan Pagi Di Mee Sham Roti Doll Pantai Johor

Tidur Cukup Rahsia Kekal Muda Dan Sihat

Komunitas Blogger No 1 Indonesia Tempat Berkumpulnya Kreator Konten Digital

Rohto Eye Care Sending Love Care The Joy Of Seeing

Boony And Co Dan Caring Pharmacy Melancarkan Produk Tribiotics

How Two Brothers Racing Exhaust Enhances Sound And Performance On Harleys