Akta 582 Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024


Mulai 1 Oktober 2024, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah mula dikuatkuasakan.
Menerusi akta ini, terdapat beberapa peruntukan berkaitan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak serta remaja yang bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut.
Selain itu, akta ini juga melibatkan peruntukan yang melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, serta berkaitan tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.
Apakah Maksud Perincian Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) Akta ini merujuk kepada peruntukan bagi perkara yang melibatkan dengan kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.
“Bahan merokok” merujuk kepada apa-apa bahan atau secara gabungan bahan yang mengandungi propylene glycol, glycerol atau triethylene glycol bagi maksud merokok.
Penggubalan akta ini dibuat kerana kawalan produk merokok hanyalah sebagai sebuah peraturan-peraturan yang berada di bawah Akta Makanan 1983.
Kajian GATS Malaysia 2023 Kajian oleh Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.
Kajian tersebut yang diterbitkan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendapati prevalens pengguna rokok elektronik semasa meningkat secara drastik daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 5.8 peratus pada 2023.
Malah, prevalens pengguna rokok elektronik dalam kalangan perokok berusia 15 hingga 24 tahun meningkat kepada 8.6 peratus pada 2023 berbanding 1.1 peratus pada 2011, menurut GATS 2023.
Selain itu, kajian tersebut turut mendedahkan prevalens dwipengguna iaitu tembakau dan rokok elektronik meningkat daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 3.9 peratus pada 2023.
Ini telah menunjukkan pengguna tembakau dan rokok elektronik meningkat di dalam negara.
Larangan Pengiklanan Produk Tembakau Perkara penting di dalam Akta 852 adalah berkaitan larangan pengiklanan produk tembakau.
Di dalam Fasa 7 akta ini, menyatakan tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang:
mengandungi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau. mengandungi apa-apa jenama atau cap dagang yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau. mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok; atau mempromosikan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu sebagai suatu produk berhenti merokok. Selain itu, tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan peranti merokok yang:
mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok; atau mempromosikan peranti merokok itu sebagai suatu produk berhenti merokok. Jika adanya disabitkan kesalahan, orang tersebut (bukan suatu pertubuhan perbadanan) akan dikenakan:
Bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Namun, sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan:
Bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Larangan Penjualan Produk Tembakau Selain itu, antara perkara penting lain di dalam Akta 852 ialah larangan penjualan produk tembakau.
Menurut Fasal 10 akta ini, tiada seorang pun boleh menjual atau mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Sekiranya orang itu (bukan suatu pertubuhan perbadanan):
Bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan:
Bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Larangan Merokok Orang Yang Lahir 1 Januari 2007 dan Seterusnya Satu lagi perkara penting di dalam akta ini ialah larangan merokok produk pengganti tembakau, dan sebagainya, bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
Fasal 18 menyatakan tiada seorang pun yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya:
Boleh merokok apa-apa produk pengganti tembakau; atau Boleh menggunakan apa-apa peranti merokok dengan apa-apa bahan merokok. Mana-mana orang yang melanggar kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500) atau diperintahkan untuk melaksanakan suatuperintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: https://www.moh.gov.my
Baca juga: 13 Kesan & Bahaya Merokok Pada Tubuh Badan – KKM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/akta-852/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=akta-852

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

28 Tempat Larangan Merokok Di Bawah Akta 852

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 166 hits
Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua duanya ak...
Ringgit Mampu Cecah Rm4 00 Sedolar Akhir 2024 Rm3 55 Akhir 2025 Bmi

Ringgit Mampu Cecah Rm4 00 Sedolar Akhir 2024 Rm3 55 Akhir 2025 Bmi

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 184 hits
BernamaKUALA LUMPUR BMI Country Risk amp Industry Research unit Fitch Solutions menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4 00 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada RM4 55 sebelum ini Perkembangan itu turut memaparkan pres...
Sarapan Ahad 29 September 2024

Sarapan Ahad 29 September 2024

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah sarapan ke Hajat hati nak sarapan kat luar bawak PZ sekali PZ x nak Dania pun kepenatan SA tengok Dalam fridge ada baki nasi Malam tadi terus buat nasi goreng Dan goreng keropok ikan tamban Jadi la simple aje s...
Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

Borang Mykasih 2024 Syarat Permohonan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 146 hits
Kerajaan terus menambahbaik program bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan individu yang layak boleh memohon dengan mengisi borang MyKasih MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh n...
Konsert Telan Kaset 90 An 2024 Malaysia S Noodle Fest

Konsert Telan Kaset 90 An 2024 Malaysia S Noodle Fest

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 197 hits
FIRST IN MALAYSIA The Malaysia Noodles Fest and Konsert Telan Kaset 90 an is a vibrant celebration of Malaysian culture cuisine lifestyle and music 12 13 Oct 2024 10 00AMPadang Timur MBPJPjs 52 46200 Petaling Jaya Selangor MalaysiaKEMBALIKA...
Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 130 hits
Mahrajan al Quran Sekolah sekolah Tarikh Lokasi Peringkat Kebangsaan 2024 Mahrajan al Quran merupakan salah satu program yang mengumpulkan pelajar pelajar sekolah dari seluruh negara untuk mengasah bakat dan kefahaman mereka dalam bidang al...
Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024 2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024 2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 272 hits
Hi Korang YABhg Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 2025 bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia Beliau turut diiringi Y...
Northern Caffeinated 2024

Northern Caffeinated 2024

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 160 hits
We present to you Northern Caffeinated 2024 Mark your calendars for December 13 15 2024 for an incredible coffee journey and learning experience This event will feature coffee competitions local vendors from kolektifbiggy the kopipanggangch...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899