Bongkar Rahsia Kenapa Watak Upin Ipin Jadi Anak Yatim





Setelah lebih 13 tahun dan memasuki 525 episod, rahsia sebenar kenapa watak popular animasi Upin dan Ipin menjadi anak yatim didedahkan  penciptanya.
 Dua karakter utama kanak-kanak tersebut rupa-rupanya tanpa sengaja dicipta tiada ibu bapa kerana terpaksa mengejar ‘deadline’ atau tarikh akhir siaran yang sangat cepat pada ketika itu.
Rahsia berkenaan dibongkarkan sendiri oleh pengasas dan Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md. Radzi pada sesi sembang santai pagi di sini, semalam.
“Masa itu, rancangan kartun ini cuma lima minit dan lebih berkisar suasana bulan Ramadan pada 2007 apabila ditayang di stesen TV9 serta perlu disiapkan pula episod Hari Raya Puasa.
 “Bagaimanapun, ekoran kesuntukan masa yang agak terhad, watak ibu bapa kepada Upin dan Ipin tidak dapat diselit pula,” katanya sambil mengimbau asal kisah dua figura cilik tersebut.
 Upin dan Ipin yang kini  memasuki 15 musim, asalnya direka hanya sebagai watak sampingan cadangan filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula dicipta beliau pada 2005. Ia mendapat sentuhan skrip nukilan isterinya, Ainon Ariff dengan berlatar belakang kehidupan penduduk kampung di Malaysia serta mendapat inspirasi kejayaan siri Doraemon dari Jepun.
Musim pertama Upin dan Ipin yang menerima sambutan luar biasa itu membolehkan ia meraih kategori Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur pada akhir 2007 lalu.
Mengulas lanjut, Burhanuddin yang pernah bertugas dalam bidang minyak dan gas sebelum 2004, turut mengakui pada mulanya Upin dan Ipin tidak dicipta untuk menjadi anak yatim piatu.
 “Namun situasi waktu itu menyebabkan watak orang tua mereka tidak dapat siap dan sebagai ganti, episod berikutnya dimulakan babak ziarah kubur ibu bapa si kembar tersebut,” katanya.
Menariknya ujar beliau, idea adegan tambahan itu dicadangkan isterinya selaku Pengarah Kanan Kandungan bagi memaklumkan penonton yang Upin dan Ipin telah kematian ibu bapa.
 Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana dirinya yang merupakan lulusan kejuruteraan petroleum dari Universiti Teknologi Malaysia boleh pula bertukar arah kepada bidang animasi.
 Segalanya bermula pada 2005 lalu apabila tiga graduan Universiti Multimedia datang bertemu beliau serta meluahkan hasrat mahu menerbitkan karya animasi unik 100 peratus tempatan. Tertarik dengan kertas kerja mereka, beliau sanggup menjelajah ke Jepun, Perancis, Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk belajar bagaimana usaha pembuatan kandungan animasi.
 “Memang pernah ada cita-cita saya untuk mewujudkan rancangan kartun kanak-kanak yang sarat elemen pendidikan tetapi cara penyampaian perlulah bersahaja,” tambah Burhanuddin.
 Eksperimen beliau ternyata berjaya dengan Upin dan Ipin turut popular di luar negara malah ayat ringkas watak pasangan tersebut iaitu ‘Betul, Betul, Betul’ menjadi ajukan identiti program.
 Siri berbahasa Melayu itu turut disiarkan menerusi saluran penyiaran satelit global, Disney Channel Asia selain wadah penstriman popular antarabangsa, Netflix dan Disney+ Hotstar.


Kredit : Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2022/02/bongkar-rahsia-kenapa-watak-upin-ipin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk K Dedah Rahsia Kejayaan Bisnes Mutyara Milik Anak Menantunya

Datuk K Dedah Rahsia Kejayaan Bisnes Mutyara Milik Anak Menantunya

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 188 hits
Mutyara terkenal dengan jus minumannya Jus Mutyara merupakan Minuman tambahan khas untuk wanita bagi menjaga kesihatan dalaman dan luaran Khususnya untuk tambah tenaga Resipi turun temurun keluarga Tya diolah rasanya dengan tambahan makanan...
Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

Kenyataan Mufti Perlis Rapuh Kata Hanipa Berkait Pengislaman 3 Anak Loh

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 158 hits
Melihat daripada perspektif perundangan Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama secara sebelah pihak bagi anak di bawah umur adalah tidak sah menurut Mohamed Hanipa Maidin PETALING JAYA Kenyataan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidi...
Adakah Sjkc Anak Emas Kepada Kpm

Adakah Sjkc Anak Emas Kepada Kpm

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 245 hits
Kenapa KPM bayar gaji guru ganti SJKC ia bukan badan awam BANGI Kesediaan Kementerian Pendidikan membayar gaji guru ganti di sekolah jenis kebangsaan Cina menimbulkan persoalan besar Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang m...
Insiden Ibu Hamil Maut Hingga Bayi Terkeluar Anak Arwah Mula Tanya Mana Ibu

Insiden Ibu Hamil Maut Hingga Bayi Terkeluar Anak Arwah Mula Tanya Mana Ibu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 188 hits
Selepas insiden kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur Pasir Mas Kelantan anak arwah Nor Hasliza Abdul Yazaib 25 dah mula mencari dan bertanya Anak mula rindu ibu Mana abu Pertanyaan itu ternyata mengundang seba...
Anak Kurang Berat Tinggi Terbantut Bukan Hanya Pemakanan Ini Antara Puncanya

Anak Kurang Berat Tinggi Terbantut Bukan Hanya Pemakanan Ini Antara Puncanya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 185 hits
Jika seseorang kanak kanak mempunyai waktu tidur malam yang lewat dan tidak menentu ia boleh jadi salah satu faktor yang menyebabkan KURANG BERAT BADAN TINGGI BANTUT atau dengan kata lainnya anak korang ada keadaan KEKURANGAN ZAT MAKANAN An...
Gelagat Anak Selebriti Vaksin Walau Takut Tetap Bersemangat

Gelagat Anak Selebriti Vaksin Walau Takut Tetap Bersemangat

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 268 hits
Gelagat anak selebriti vaksin membuatkan kita orang dewasa tengok pun terhibur Dalam pada cuak dan bimbang hendak menerima vaksin tetapi masing masing bersemangat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 Nampaknya setelah kerajaan mengumu...
Ayah Hero Anak Perempuan 5 Perkara Ni Kena Selalu Beritahu Baru Anak Rasa Dihargai

Ayah Hero Anak Perempuan 5 Perkara Ni Kena Selalu Beritahu Baru Anak Rasa Dihargai

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 164 hits
Setiap anak cara pendekatannya mungkin berbeza beza Sementelah lagi anak perempuan dan anak lelaki Boleh dikatakan anak lelaki biasanya akan rapat dengan ayah justeru itu ayah memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan juga yaki...
Lain Kali Bawa Ja Anak Ke Sekolah Lain Atau Ke Sekolah Swasta Ibu Mengamuk Dan Warning Guru

Lain Kali Bawa Ja Anak Ke Sekolah Lain Atau Ke Sekolah Swasta Ibu Mengamuk Dan Warning Guru

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 376 hits
February 19 2022 Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp lapor OhBulan Selain ibu bapa guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan mengajar ki...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy