Bonda Abang Adik Di Syurga Mula Rindu Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah


Pemergian ibu kepada dua anak dalam keadaan tragis di tangan suami baru-baru ini cukup buatkan ramai yang terkesan. Perasaan ini turut sama dirasai oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Dalam posting sebelum ini, beliau berkongsi hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga dan anak-anak arwah. Alhamdulillah akhirnya niat itu dipermudahkan setelah ada pihak yang mempertemukannya di Ulu Tiram, Johor.

Arwah seorang isteri dan ibu yang baik pada anak 
Ustazah Asma meluahkan rasa syukur akhirnya dia berkesempatan ke Johor Bharu untuk menziarahi keluarga arwah Hasliza Alias iaitu mangsa yang dibunuh oleh suaminya sendiri. Menurut beliau, ahli keluarga arwah mengakui terlalu banyak fitnah dan kejian terhadap arwah tetapi penulisan ustazah Asma sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu menjernihkan keadaan.
SubhanAllah, daripada si adik (Nor), saya dapat mendengar kisah kebaikan dan ketaatan seorang wanita yang cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik buat seorang suami.
Dan akhirnya tangan suaminya juga yang menghantarkannya ke Syurga (ameen). Semoga si suami bertaubat nasuha dan diterima taubatnya oleh Allah swt.

Saya tidak boleh menuliskan secara terperinci apa yang saya dengar daripada Nor, iaitu adik arwah, kes masih dalam siasatan polis. Jenazah pun masih dalam forensik. Mereka masih menunggu dibawa pulang jenazah untuk dimaqamkan di Terengganu.
“Bonda di syurga…”
SubhanAllah, satu sudut, kami panjatkan kesyukuran kepadaNya, kehebatan dan perlindungan serta kasih sayang Allah swt terhadap anak kecil ini benar-benar boleh dilihat dan dirasai.
Selepas peristiwa tersebut, si abang berumur 4 tahun, si adik berumur 3 tahun, sepertinya faham apa yang berlaku. Tidak memberontak mencari bonda (panggilan pada arwah), sudah mula menyebut bahawa bonda di Syurga. Saya yakin, Allah SWT telah memudahkan segalanya buat anak-anak ini dan Nor yang menggantikan ibunya sementara waktu.

Tengah malam bangun cari bonda
Bukan kerana anak ini tidak rindu dan sayang pada bonda, bahkan mereka memang lebih manja dengan bonda. Cerita Nor, pada waktu tengah malam biasanya mereka akan bangun dan dilihat gelisah, mungkin mencari-cari bonda. Terus dipasang ayat alQuran dan ditepuk², mereka akan tidur semula. Kata Nor, begitulah cara arwah tidurkan anaknya..
Saya dapat merasakan bahawa anak-anak ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Bayangkan si abang yang berumur 4 tahun, boleh meminta dengan Nor (emak saudaranya) nak mengaji alQuran. Kerana dah jadi kebiasaan arwah mengajarkan sendiri anak membaca alQuran.
ARTIKEL BERKAITAN [“Saat Rindukan Bonda, Tengoklah Video Ni.” Kenangan Terakhir Arwah Buat Anaknya]
Kedua-dua anak juga sangat tenang, walaupun lelaki tapi mereka ‘behave’, hormat tetamu, mudah mesra, terus sahaja melakukan apa yang diminta emak saudaranya. Sungguh saya kagum dengan didikan arwah. Walaupun tak mengenali kami, si adik datang bermanja dan meminta untuk bukakan plastik makanan dan lain-lain.
Nor bercerita, banyak proses yang perlu dilalui untuk pelbagai urusan susulan kematian bondanya. Dan anak-anak memberikan kerjasama yang mudah. Sehinggakan para pegawai polis sendiri menyatakan rasa sayang pada mereka.

Arwah sangat jaga aib dan rahsia rumahtangga
Satu lagi kekaguman saya pada arwah, Nor dan keluarga sendiri tidak tahu secara terperinci apa yang berlaku antara arwah dengan suaminya. Kerana sikapnya sangat menjaga aib dan rahsia rumahtangga sedari awal pernikahan. Walaupun mereka dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena, namun sedaya upaya arwah merahsiakannya.
Dan saya sangat memuji keluarga arwah yang dilihat begitu tenang, kami dapat jumpa 4 orang adik arwah, namun ibu ayah arwah di Terengganu. Mereka semua sedikit pun tidak memberi perhatian dengan menyebutkan apa-apa keburukan abang ipar (suami arwah) yang dipanggil abang Ngah.

Bahkan mereka masih menggunakan ayat yang tidak berunsur dendam, seperti..
“Kami pun tak tahu apa yang berlaku antara mereka, kenapa Abang Ngah buat begitu..”
“Kami takkan tanam rasa benci anak-anak ni pada ayahnya, kerana walau apapun, itu ayah kandung mereka”.
“Mungkin Abang Ngah diluar sedar dan kawalan…”
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Jiran Nampak Suami Mangsa Bawa Keluar Tong Air, Hari Sama Isterinya Dilaporkan Hilang]
Walaupun hakikatnya mereka kurang rapat dan mengenali dengan Abang Ngah tersebut, mereka tetap menguatkan hati dan menerima ketetapan Allah dengan reda. Allahu Akbar.

Arwah sempat buat video call dengan kedua-dua belah keluarga 
Nor juga menyatakan rasa kasihan belasnya kepada ibu ayah suami arwah, kerana katanya, sebaik mengetahui berita bahawa anak lelakinya telah melakukan perbuatan tersebut, terus si ibu tua jatuh pengsan dan melalui hari-hari dalam kesedihan. Rasa malu dan bersalah terus menerus menekan jiwa mereka.
Allahu.. benarlah, memang ibu bapa arwah sungguh dukacita, namun ibu bapa dan keluarga mertua juga tidak kurangnya, kerana hakikatnya kedua anak kecil itu cucu dan keluarga mereka juga. Nor bercerita, beberapa hari sebelum, arwah ada buat video call bersama anak-anak dengan atuk nenek kedua-dua belah.

Sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini dan saling mendoakan kebaikan untuk semua. Semoga arwah tenang disana, kematian yang Husnul Khatimah dan Barzakh umpama Taman SyurgaNya.
Kredit: Ustazah Asma’ binti Harun

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Bonda Abang & Adik Di Syurga.” Mula Rindu, Anak Kerap Terjaga Malam Cari Arwah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bonda-abang-adik-di-syurga-mula-rindu-anak-kerap-terjaga-malam-cari-arwah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustazah Asma Ziarah Keluarga Wanita Yang Meninggal Di Tangan Suami Anak Kerap Tersedar Tengah Malam Cari Ibu

Ustazah Asma Ziarah Keluarga Wanita Yang Meninggal Di Tangan Suami Anak Kerap Tersedar Tengah Malam Cari Ibu

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 369 hits
Pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma Harun pernah meluahkan rasa sebak selepas melihat posting terakhir di Facebook milik wanita yang meninggal dunia di tangan suaminya sendiri Malah beliau juga ada memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan...
Bahagialah Dengan Abang Luth Di Sana Ibu Reda Allah Kurniakan 2 Anak Syurga

Bahagialah Dengan Abang Luth Di Sana Ibu Reda Allah Kurniakan 2 Anak Syurga

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 455 hits
Rindu pada yang tiada adalah rindu paling sakit dan sukar untuk diungkapkan dengan kata kata Mungkin luaran orang nampak kuat tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu Walaupun hati boleh reda namun ada ketikanya kenangan itu pasti akan datan...
Rahsia Anak Bijak Berjaya Bacalah Ayat Ini Setiap Pagi Malam Niatkan Nama Anak

Rahsia Anak Bijak Berjaya Bacalah Ayat Ini Setiap Pagi Malam Niatkan Nama Anak

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 350 hits
Anak anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa Mereka ibarat kain yang putih dan bergantung kepada ibu bapa itu sendiri untuk mencorakkannya Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab ini kita kena faham sikap anak anak adalah dari asas...
Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 390 hits
Bila anak asyik kerap demam mak ayah mula rasa bimbang dengan perkembangan kesihatan anak Malah mengganggu pembelajaran anak seharian Menurut Dr Ezairy M Sallih anak demam atau kerap sakit disebabkan oleh banyak sebab Paling utama ada denga...
Malam Gali Kvbur Jiran Pagi Ziarah Adik Men1nggai Petang Dia Dan Isteri Pula Men1nggai Kemai4ngan

Malam Gali Kvbur Jiran Pagi Ziarah Adik Men1nggai Petang Dia Dan Isteri Pula Men1nggai Kemai4ngan

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 724 hits
Mersing Kepenatan dan mengantuk menjadi punca kereta Proton Waja yang dinaiki pasangan suami isteri hiIang kawalan lalu bertmbung treler petang semalam SH melaporkan seorang lelaki bersama sama isteri yang baru balik menz1arahi jn4zah adikn...
Kami Tiada Pilihan Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh Ibu Berpantang 3 Adik

Kami Tiada Pilihan Anak 12 Tahun Terpaksa Jaga Ayah Lumpuh Ibu Berpantang 3 Adik

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 274 hits
Pada usia 12 tahun Nik Nur Muhammad Akid Najwan Nik Rizuan sepatutnya menjalani kehidupan zaman kanak kanaknya dengan menuntut ilmu namun atas tanggungjawabnya sebagai anak sulung kini dia memangku tugas sebagai ketua keluarga setelah ayahn...
Perghh Cari Nahas Pasangan Bawa Anak Berkhemah Di Kawasan Tanah Runtuh

Perghh Cari Nahas Pasangan Bawa Anak Berkhemah Di Kawasan Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 343 hits
Cari nahas pasangan bawa anak berkhemah di kawasan tanah runtuhRabu 03 Mac 2021 7 00 AMKejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu SEBUAH keluarga dilaporkan berkhemah di puncak sebuah bukit tiga meter berhampiran tebing yang baru...
Menangis Rindu Setahun Tak Jumpa Kerana Covid Ayah Balik Buat Kejutan Pada Anak

Menangis Rindu Setahun Tak Jumpa Kerana Covid Ayah Balik Buat Kejutan Pada Anak

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 334 hits
Betullah orang kata pelukan dan kasih sayang ibu bapa adalah terapi buat anak anak Lagi lagi anak yang masih kecil dan belum mengerti apa apa lagi Seperti dalam situasi ini kehadiran ayah yang ditunggu tunggu sejak setahun lalu kerana terpi...
Saat Rindukan Bonda Tengoklah Video Ni Kenangan Terakhir Arwah Buat Anaknya

Saat Rindukan Bonda Tengoklah Video Ni Kenangan Terakhir Arwah Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 503 hits
Hilang kata kata hanya air mata mengalir saat melihat video terakhir yang dikongsikan di Facebook arwah Hasliza Alias yang meninggal dalam keadaan sangat tragis di tangan suaminya sendiri sebelum dibalut dengan cadar diletakkan dalam tong d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025