Bomba Segamat Minta Penduduk Dekat Sungai Muar Siap Sedia


AGENDA DAILY
Anggota Bomba dan Penyelamat Johor membantu memindahkan mangsa banjir di negeri itu. - Gambar JBPM Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor meminta penduduk di sekitar Sungai Muar di daerah Segamat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan paras air sungai berkenaan kini berada pada tahap bahaya.
Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata walaupun cuaca di daerah itu dilaporkan cerah, penduduk tetap perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku limpahan air Sungai Muar luar jangka.
“Sehingga kini banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat masih dibuka kerana paras air Sungai Muar pada tahap bahaya dan jangan terperanjat jika ada kawasan sebelum ini tidak banjir, tiba-tiba rumah mereka dinaiki air.
“Air Sungai Muar akan turun dari hulu ke hilir (dengan arus deras) pada bila-bila masa. Sekarang, ia turun dari Negeri Sembilan ke Segamat dan akan ke Bukit Kepong, ke Kundang Hulu dan terus ke kuala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai misi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk Kampung Lubok Lanjut semalam.
Memetik Bernama, Rasidi berkata kawasan di sekitar kampung tersebut menjadi antara yang terawal ditenggelami air kerana ia berada berhampiran dengan hulu Sungai Muar.
“Punca atau hulu Sungai Muar adalah di Negeri Sembilan iaitu Jempol, Kuala Pilah, Gemas dan Tampin, sebelum masuk ke Segamat. Tanda aras kami di Segamat adalah kejadian banjir di Negeri Sembilan, jadi walaupun cuaca cerah di daerah ini, kami masih perlu berhati-hati,” katanya.
Setakat ini, seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Lubok Lanjut terputus bekalan kerana laluan utama yang menghubungkan kampung itu dan dua kampung lain iaitu Kampung Mensudut Lama serta Kampung Batu 10, ditenggelami air.
Tinjauan Bernama bersama JBPM di Kampung Lubok Lanjut petang tadi mendapati kampung tersebut seperti sebuah pulau apabila sekelilingnya ditenggelami banjir, namun kawasan rumah tidak dinaiki air.
Mengulas mengenai misi berkenaan, Rasidi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghulurkan bantuan makanan serta barang keperluan termasuk perubatan.
Sementara itu, seorang penduduk, Wahida Wahid, 47, yang ditemui di PPS Surau An Nur Kampung Lubok Lanjut berkata dia sangat bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak bomba.
“Saya ada enam anak dan mengalami strok separuh badan, hendak ke mana-mana memang sukar. Terima kasih kepada pihak bomba kerana banyak membantu termasuk menyampaikan makanan dan ubat-ubatan untuk saya sekeluarga,” katanya.
Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 3,340 orang daripada 905 keluarga masih ditempatkan di 42 PPS setakat pukul 4 petang tadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/bomba-segamat-minta-penduduk-dekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar Agong

Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar Agong

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh YANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Gambar FB Istana Negara YANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya di negeri negeri pantai tim...
Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 448 hits
Seorang wanita yang juga bergelar isteri kantoi bermain kayu tiga bersama lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah
Johor Fire Dept Residents Near Sungai Muar Alerted Of Potential Flood As River Water At Danger Level

Johor Fire Dept Residents Near Sungai Muar Alerted Of Potential Flood As River Water At Danger Level

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 281 hits
The road to Segamat and Kampung Batu Badak is almost fully submerged in floodwater at Kampung Seberang Batu Badak Segamat Johor December 5 2022 Bernama picSEGAMAT Jan 5 Residents around the Sungai Muar in this district have been alerted to ...
Banjir Arahan Siap Sedia Diterima Atm Dua Bulan Lalu

Banjir Arahan Siap Sedia Diterima Atm Dua Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh Affendi Buang pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda Shah Alam hari ini Gambar BERNAMA ARAHAN bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bu...
Penduduk Beli Bot Sedia Hadapi Banjir

Penduduk Beli Bot Sedia Hadapi Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 290 hits
WARTA RAKYAT SEDIAKAN payung sebelum hujan peribahasa itu menjadi pegangan hampir rata rata penduduk Kampung Batu Badak di Segamat yang menyediakan bot fiber di kediaman masing masing bagi menghadapi kejadian banjir yang berlaku saban tahun...
55 Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi Positif Covid 19

55 Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Selangi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh MASTURAH SURADI BAKUL makanan yang dihantar ke Kampung Orang Asli Sungai Selangi selepas 55 penduduknya disahkan positif Covid 19 di Kota Tinggi Johor KOTA TINGGI Kampung Orang Asli Sungai Selangi di sini diletakkan di bawah zon merah ...
Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi agensi lain yang terlibat bersiap sedia menghadapi gelom...
Blackpink Dilaporkan Sedang Siap Sedia Untuk Comeback World Tour Kini

Blackpink Dilaporkan Sedang Siap Sedia Untuk Comeback World Tour Kini

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 305 hits
BLACKPINK dilaporkan sedang dalam persediaan untuk comeback Pada 5 Januari Joynews24 melaporkan rancangan 2022 syarikat BIG 3 dan HYBE Lebih lebih lagi jadual promosi artis YG yang menarik perhatian Di dalam artikel itu tertulis Tahun lalu ...
Potret Gahar Tni Wanita Tenteng Senjata Di Libanon Selalu Siap Dan Waspada

Potret Gahar Tni Wanita Tenteng Senjata Di Libanon Selalu Siap Dan Waspada

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 216 hits
Potret seorang prajurit wanita TNI menenteng senjata mencuri perhatian Wanita bernama Dyah Rizky itu bertugas sebagai pasukan perdamaian di Libanon Dengan penuh kewaspadaan dia menenteng senjata lengkap dengan seragam taktikal
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat

Ayam Goreng Berebut Makan Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak Mak

Ini Ker Namanya Menteri Dap Hipokrik

Kemas Kini Tentang Pasaran Saham As Kronik Trump 9 April

Bersatu Pahang Mahu Ahli Parlimen Raub Henti Manipulasi Isu Ladang Durian Usah Kelirukan Rakyat

10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan