Bolehkah Solat Hormat Waktu Dalam Kereta Ketika Terperangkap Dalam Banjir


Musim hujan kembali melanda dan menjejaskan beberapa kawasan sehingga mengakibatkan banjir. Baru-baru ini juga terdapat beberapa kawasan yang tidak dapat dibuka akibat banjir dan ada juga sehingga berlakunya tanah runtuh serta jalan yang pecah.
Hal ini menyebabkan pengguna jalan raya tidak dapat meneruskan perjalanannya dengan baik ekoran laluan yang terhalang.
Wujudnya persoalan, bagaimana jika tidak dapat meneruskan perjalanan seperti biasa dan mempunyai masalah untuk menunaikan solat dengan sempurna, adakah dibolehkan untuk menunaikan solat di dalam kereta dengan diniatkan solat menghormati waktu?
Apa Itu Solat Hormat Waktu
Pertama sekali kita perlu faham apa itu solat menghormati waktu? Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas kerana ketiadaan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammum. Solat tersebut juga dilakukan dalam keadaan tidak menghadap kiblat.
Justeru, ia wajib diqada (ganti) semula setelah beroleh air dan juga dapat menunaikan solat dengan menghadap kiblat. Ulama juga menyebut bahawa ia boleh dilakukan secara jamak atau qasar dengan syarat masih berada dalam keadaan musafir.
Bolehkah Solat Hormat Waktu Dalam Kenderaan
Sebenarnya, bukan dalam kereta sahaja boleh menunaikan solat hormat waktu, namun juga tempat di mana sukar untuk berwuduk atau menghadap arah kiblat seperti pesawat dan kereta api.
Justeru, hukum menunaikan solat hormat waktu di dalam kereta adalah dibolehkan jika berlakunya kemudaratan dan menepati syarat yang disebut.
Bagaimana Solat Hormat Waktu
Solat ini boleh dilakukan dalam keadaan duduk sahaja memandangkan anda sedang berada di dalam kereta. Anda juga perlu mamastikan badan dan tempat duduk anda bersih dan bebas dari najis. Kasut hendaklah ditanggalkan kerana dibimbangi terkena najis.
# 1 – Niatnya adalah seperti berikut;
Maksud: “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala.”
#2 – Bacaan-bacaan di dalam solat adalah seperti biasa.
#3 – Rukuk pula hendaklah dilakukan dengan isyarat, iaitu menundukkan kepala ke bawah sedikit. Kedua tangan anda hendaklah diletakkan di lutut.
#4 – Untuk sujud pula, ia perlu dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan ke bawah sedikit melebihi isyarat rukuk tadi.
#5 – Manakala, untuk duduk di antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir, kedudukannya adalah sama seperti duduk membaca Al-Fatihah.
Kesimpulan
Solat hormat waktu adalah berdasarkan kepada kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ketika Saidatina ‘Aisyah yang kehilangan rantainya sewaktu bermusafir. Maka, Rasulullah memerintahkan beberapa orang sahabat untuk membantu mencari kalung tersebut.
Namun, apabila tibanya waktu solat, mereka tidak menemui air untuk berwuduk. Lalu, sahabat menunaikan solat tanpa wuduk. Apabila hal ini diceritakan kepada Baginda SAW, turunlah wahyu mengenai tayammum.
Justeru, solat hormat waktu ini adalah dibolehkan jika berlakunya situasi yang sukar berwuduk atau bertayammum dan tidak dapat menghadap ke arah kiblat.
Namun, ia wajib diganti apabila sudah mempunyai kemudahan atau kemampuan untuk bersuci dan menghadap ke arah kiblat.
Rujukan: JAKIM – E-Solat
Mufti Wilayah – Solat Dalam Kenderaan
The post Bolehkah Solat Hormat Waktu Dalam Kereta Ketika Terperangkap Dalam Banjir appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bolehkah-solat-hormat-waktu-dalam-kereta-ketika-terperangkap-dalam-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Minit Terperangkap Atas Bumbung Kereta Selepas Gagal Redah Banjir

30 Minit Terperangkap Atas Bumbung Kereta Selepas Gagal Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 332 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN TIGA sekeluarga yang terperangkap atas bumbung kenderaan pacuan empat roda mereka gara gara meredah banjir di Kampung Batu 10 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai di Kemaman Terengganu hari ini IH...
Ketua Menteri P Pinang Beli Kereta Mewah Ketika Pandemik Adalah Keterlaluan

Ketua Menteri P Pinang Beli Kereta Mewah Ketika Pandemik Adalah Keterlaluan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 359 hits
Seorang ahli ekonomi menyifatkan pembelian kereta mewah baharu bernilai RM458 000 untuk ketua menteri oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai keterlaluan dan tidak perlu ketika negara dihimpit wabak Covid 19 Ramon Navaratnam terkejut apabila men...
Syed Saddiq Selar Kerajaa Pulau Pinang Tiada Keperluan Pembelian Kereta Mewah Ketika Covid19

Syed Saddiq Selar Kerajaa Pulau Pinang Tiada Keperluan Pembelian Kereta Mewah Ketika Covid19

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 313 hits
Dalam status terbaru di Facebook Syed Saddiq menyelar tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli Mercedes Benz baru untuk dijadikan kereta rasmi Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Walaupun kerajaan negeri pimpinan DAP itu mendakwa mendapat penjimat...
Agong Pandu Kereta Sendiri Redah Banjir Dalam Lawatan Mengejut Baginda Ke Maran

Agong Pandu Kereta Sendiri Redah Banjir Dalam Lawatan Mengejut Baginda Ke Maran

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 439 hits
MARAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur 1 hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara di Maran Yang d...
Tegah Anak Berdiri Ketika Kereta Bergerak Yang Ada Sunroof Elak Anak Keluarkan Kepala

Tegah Anak Berdiri Ketika Kereta Bergerak Yang Ada Sunroof Elak Anak Keluarkan Kepala

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 654 hits
Di Malaysia ni ramai yang suka kenderaan ada sunroof Kalau beli kereta ramai cari yang ada sunroof jika tiada sunroof mereka retrofit sunroof Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan Tiada masalah dengan memiliki kendera...
Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Tenggelam Redah Banjir

Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Kereta Tenggelam Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 357 hits
KEMAMAN Tiga sekeluarga nyaris maut selepas kereta jenis Ford Ranger yang dinaiki mereka dihanyutkan dengan banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 Chukai pada jam 10 30 pagi tadi Ketua Polis Daerah Kemaman Superitendan Hany
Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Banjir

Warga Emas Maut Kereta Terbabas Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 306 hits
Oleh MASTURA SURADI KOTA TINGGI Seorang warga emas maut selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke kawasan banjir di bahu jalan dalam kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran Dusun Panti Jalan Kota Tinggi Mersing petang tadi Ketua Bala...
Km Pulau Pinang Minta Maaf Beli Kereta Mercedes Ketika Covid 19

Km Pulau Pinang Minta Maaf Beli Kereta Mercedes Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 262 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow alights from the brand new Mercedes Benz S560e at Wisma DAP in George Town January 7 2021 Foto oleh Sayuti ZainudinGEORGE TOWN 10 Jan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini memohon maaf kepada ...
Buaya Berehat Bawah Rumah Ketika Banjir Di Sarawak

Buaya Berehat Bawah Rumah Ketika Banjir Di Sarawak

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 441 hits
Seperti sedia maklum baru baru ini negara kita dilanda banjir yang teruk di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sarawak sehingga menyebakan kematian akibat arus deras Menurut laporan keadaan dilaporkan semakin pulih di Semenajung tetapi...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025