Bolehkah Mulakan Puasa Syawal Pada Hari Jumaat Atau Sabtu


Rata-rata sudah mula untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal. Ditambah pula dengan suasana hari raya tahun ini yang sedikit berbeza. Kalau di Malaysia, kita hanya dibenarkan beraya sehari sahaja, iaitu pada satu Syawal dan dilarang untuk mengadakan rumah terbuka. Hal ini bagi membendung COVID-19 daripada terus menular.
Disebabkan itu, ramai di kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk memulakan puasa sunat Syawal lebih awal. Ada juga yang hampir selesai puasanya dek telah memulakannya dengan lebih awal. Ada juga yang baru berniat untuk melakukannya sama ada hari ini mahupun esok.
Namun, dalam melakukan amal ibadat, kita juga perlu melakukannya dengan ilmu. Hal ini kerana, ada di kalangan kita yang memulakan puasa sunat pada hari Jumaat, Sabtu mahupun Ahad. Jumhur ulama telah mengeluarkan pandangan mereka dalam hal ini dan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
Di dalam mazhab Syafi’e, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat Khamis (atau hari sebelumnya) adalah makruh.
لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ
Mafhum: “Janganlah seseorang daripada kamu berpuasa sunat semata-mata pada hari Jumaat melainkan berpuasa sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1849)
Jika anda memulakan puasa sama ada puasa ganti atau sunat Syawal pada Khamis, maka dibolehkan untuk menyambungnya sehingga Jumaat, Sabtu dan Ahad secara bersambungan.
Namun, jika anda berpuasa pada hari Isnin, kemudian diselang-selikan dengan hari lain – sebagai contoh, Isnin anda berpuasa, kemudian Selasa tidak berpuasa, kemudian Rabu anda berpuasa dan Khamis anda tidak berpuasa, maka hari Jumaat anda tidak boleh berpuasa kerana makruh hukumnya.
Ia perlulah bersambung dengan hari Khamis. Adapun, jika anda tetap melakukannya, maka puasa anda tetap sah dan dikira, namun hukumnya adalah makruh.
Hal ini sama sahaja dengan memulakan puasa pada hari Sabtu dan Ahad kerana ketiga-tiga hari ini adalah hari yang makruh untuk berpuasa.
Ia adalah terkecuali jika puasa yang wajib jatuh ke atasnya seperti puasa Ramadan atau puasa sunat khusus yang lain seperti puasa Hari Arafah yang jatuh pada hari-hari tersebut, maka ia tidak menjadi makruh.
Imam Nawawi telah berkata – “Telah berkata Ashab kami, iaitu dalam kalangan ulama As-Syafi’e; Makruh semata-mata berpuasa sunat pada hari Jumaat, namun sekiranya bersambung puasa tersebut dengan hari sebelum atau selepasnya atau bertepatan hari Jumaat tersebut dengan adatnya sebagai contohnya seseorang itu bernazar berpuasa apabila sembuh dari penyakitnya atau datangnya Zaid selalu pada hari Jumaat, maka bertepatan perkara tersebut pada hari Jumaat, maka puasa sunatnya tidak menjadi makruh.” (Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/479)
Mengapa Dihukumkan Makruh
Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk kaum Yahudi beribadah. Mereka mengagung-agungkan hari tersebut dan ada juga yang merayakannya dengan perayaan mereka.
Maksud: “Sesungguhnya, kedua-dua (hari Sabtu dan hari Ahad) adalah dua Hari Raya bagi orang-orang musyrik dan aku mahu perbuatanku berbeza dengan mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 44)
Justeru, makruh hukumnya jika anda berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad tanpa disertai dengan hari Khamis. Seeloknya ia dimulakan pada hari Isnin dan boleh dilakukan berturutan sehingg Jumaat dan Sabtu.
Namun, jika sudah berada di tahap akhir, iaitu sudah tidak sempat, maka boleh sahaja dilakukan pada hari Jumaat. Ia adalah sah.
Rujukan: Mufti Wilayah via tzkrh.com 
The post Bolehkah Mulakan Puasa Syawal Pada Hari Jumaat Atau Sabtu? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/bolehkah-mulakan-puasa-syawal-pada-hari-jumaat-atau-sabtu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa Qadha Atau Puasa Syawal Mana Yang Lebih Didahulukan Muslimah

Puasa Qadha Atau Puasa Syawal Mana Yang Lebih Didahulukan Muslimah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1158 hits
Puasa qadha atau puasa Syawal bagi muslimah yang Ramadhan tidak bisa puasa penuh karena haidh Karena haidh di sini adalah uzur bagi wanita sehingga tidak bisa berpuasa penuh di bulan Ramadhan Apakah sudah jadi keputusan akhir bagi muslimah ...
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 818 hits
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Ketika artikel ini ditulis hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 2 Bagaimana raya anda Masih ceria gembira beraya ke Jangan lupa patuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan kerana negara masih belum bersih dari...
Niat Tata Cara Dan Ketentuan Puasa Syawal Dilakukan Selama 6 Hari Setelah Idul Fitri 1441 H

Niat Tata Cara Dan Ketentuan Puasa Syawal Dilakukan Selama 6 Hari Setelah Idul Fitri 1441 H

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 336 hits
Pada bulan Syawal umat muslim dianjurkan untuk melaksanakan ibadah puasa Syawal Hukum melaksanakan puasa Syawal adalah sunnah muakkadah yaitu sunnah yang sangat dianjurkan Keutamaan menyelesaikan puasa Ramadhan dan dilanjutkan dengan puasa ...
Menggabungkan Puasa Qadha Dan Puasa Syawal Tetap Sah

Menggabungkan Puasa Qadha Dan Puasa Syawal Tetap Sah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 272 hits
Apakah menggabungkan puasa qadha dan puasa syawal tetap sah Bagaimana dengan pahalanya apakah kalau diniatkan dengan dua puasa sekaligus dapat dua pahala Posting ditampilkan lebih awal di
Selamat Hari Raya Puasa 2020 Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Puasa 2020 Maaf Zahir Batin

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 503 hits
Sambutan raya puasa tahun ni cukup berbeza dengan tahun tahun sebelumnya kerana wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia Memandangkan kita di Malaysia masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat maka setiap peraturan yang diarah...
Hukum Menggabungkan Puasa Syawal Dengan Puasa Qodho

Hukum Menggabungkan Puasa Syawal Dengan Puasa Qodho

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 396 hits
Hukum Menggabungkan Puasa Syawal dengan Puasa Qodho Assalamualaikum ustadz semoga Allah menjaga antum dan keluarga ana mau tanya apakah boleh niat puasa qodho ramadhan dibarengi dengan niat puasa syawal barakallahu fiikum Dari Amarullah Jaw...
Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 643 hits
Genap 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami Salam 2 Syawal 2020 buat semua Hari ini 25 05 2020 genap 15 tahun arwah ayah dah tinggalkan kami Rindu sangat rasanya macam baru semalam ayah pergi Alfatihah Tahun ni kami tak dapat raya jenguk kubu...
Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

Nak Dulukan Puasa Qada Puasa 6 Atau Boleh Gabung Menteri Hal Ehwal Agama Bagi Pencerahan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 251 hits
Bagi kaum wanita puasa bulan Ramadan memang jarang dapat berpuasa sehingga 30 hari Walaupun telah diberikan keistimewaan tetapi puasa yang ditinggalkan perlu diganti atau qada Foto Gambar hiasanBerpuasa 6 di bulan Syawal dijanjikan pahala u...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah