Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bolehkah Gabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Enam Syawal? | Dah lebih seminggu raya, mungkin dah kurang dah tetamu datang, ramai juga yang mula berkira-kira nak puasa. 
Bila bab puasa di bulan Syawal ni, timbul persoalan yang sering ditanya oleh kaum wanita terutamanya... 
Antara puasa qada dan puasa enam, kalau gabung sekali camne...  
Jadi, isu diperjelaskan dengan huraian yang cukup jelas. 
Persoalan berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. 
Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Kesimpulan Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. 
Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Mana lebih afdhal? Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? 
Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي ) Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. 
Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan

“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa: “Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuth wal Ifta’, 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata: “Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala: وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam
Sumber: Islamituindah



Penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan:

Hukum Puasa Qada’ Ramadhan Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal
Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat.

Inilah pendapat:
Imam Ibn Hajar al-Haitami
Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah (1/162)
dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
Imam al-Barizi.
Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin

KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ Ramadhan tidak kepada puasa sunat Syawal.

Inilah pendapat:
Imam al-Asnawi
Syeikh Ibn al-Solah
Abu Makhramah
Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.

Tarjih

Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadhan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ Ramadhan dan puasa enam Syawal.


Kesimpulan ringkas yang MF boleh simpulkan ialah: Tidak digalakkan gabung puasa syawal dan puasa qadha, namun jika nak gabungkan tak salah kerana ada ulama (minoriti) mengharuskannya tetapi pahalanya separuh-separuh la. Lebih afdhal dahulukan puasa qadha kerana hukum puasa qadha adalah wajib.  Dibolehkan puasa syawal dahulu dan kemudiankan puasa qadha jika puasa qadha tu banyak sehingga tak sempat nak puasa syawal. Namun, kita tak tahu bila kita meninggal... Jika kita meninggal dalam keadaan berhutang kepada Allah... wajib selesaikan hutang dulu kan..  Apa pun, moga ketaatan kita membayar hutang puasa, mendapat pahala sunat Syawal juga.. bab pahala tak boleh nak kata apa, sebab ianya hak milik Allah... 
Moga dipermudahkan urusan kita membayar hutang puasa.. insha Allah... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/06/bolehkah-gabungkan-puasa-qadha-dengan-puasa-enam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa Sunat Enam Syawal

Puasa Sunat Enam Syawal

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 77 hits
Assalamualaikum semua Dah seminggu kita berhariraya Rasanya masih belum terlambat untuk mama ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua Mama pun baru mula bekerja minggu ni dan ramai opismate mama mula Puasa Sunat Enam Syaw...
Gabung Puasa Ganti Dan 6 Syawal

Gabung Puasa Ganti Dan 6 Syawal

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 122 hits
Soal jawab Puasa 6 syawal dan puasa ganti1 Hukum puasa 6 Syawal adalah sunat yang sangat besar Hadith Nabi Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang t...
Keliru Puasa Enam Puasa Ganti Buat Serentak Ini Jawapannya

Keliru Puasa Enam Puasa Ganti Buat Serentak Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 126 hits
Dalam kemeriahan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri janganlah umat Islam lupa untuk melaksanakan puasa 6 Bagi umat Islam yang ingin mendulang pahala lebih melaksanakan ibadah puasa sunah di bulan Syawal boleh menjadi pilihan Puasa 6 adalah ...
6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 140 hits
Bagi seorang muslim berputarnya waktu bererti momen pergantian dari satu ibadah pada ibadah lain Tak terkecuali dengan berakhirnya ramadhan dan masuknya syawal mereka pun kembali bersiap dengan beragam amal soleh yang ada di bulan Syawal Ba...
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Chini Pekan Majlis akan berlangsung ...
Along Bakal Mati Syawal Ini

Along Bakal Mati Syawal Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 193 hits
Saksikan Panggung RTM Khas Aidilfitri bertajuk Along Bakal Mati Syawal Ini arahan Erfan Zainaldin bakal menemui penonton pada 31 Mac ini pukul 9 00 malam di TV1 Juga boleh ditonton menerusi aplikasi RTMKlik Along Bakal Mati Syawal Ini Waktu...
Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 192 hits
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58 1 Lebuhraya PLUS arah selatan pada malam Khamis Nahas itu mel...
Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 151 hits
The celebration of Hari Raya Aidilfitri is not only a sign of victory for Muslims who have fasted for a month but also a symbol of harmony among a multi ethnic society and an opportunity to express gratitude to the Almighty according to a r...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20