Bolehkah Bakal Pm Dari Pas Dikalahkan Di Kemaman



TERDAPAT ura-ura yang menyatakan pertimbangan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bertujuan mengete­ngahkan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri masa depan bagi Perikatan Nasional (PN).
Langkah itu disifatkan sebagai antara strategi Pas menampilkan calon Perdana Menteri daripada golongan profesional pada masa akan datang untuk memenangi hati rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak serta pengundi dalam kalangan bukan Melayu dan Islam.
Ini kerana dikatakan agak sukar bagi Pas jika hanya bergantung kepada pemimpin bertaraf ulama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang ialah bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Leeds, United Kingdom.
Pada PRN lalu, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang untuk penggal kedua dengan majoriti 17,295 undi.
Pas mempertaruh Naib Presiden parti itu bagi mempertahan Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menentang calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid (Pas) menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi. PRK itu diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu.
Sebenarnya, jika ditelusuri strategi pejuang Hamas, yang menampilkan Abu Ubaidah iaitu jurucakap Briged al-Qassam yang merupakan sayap bersenjata Hamas yang muncul sejak Operasi Taufan al-Aqsa ke atas Israel, 7 Oktober lalu.
Sejak itu, beliau sering tampil mewakili Hamas untuk membawa berita perkembangan konflik itu dan kisah sebenar propaganda musuh yang tidak diuar-uarkan media Barat.
Abu Ubaidah telah menggunakan teknik tempur yang luar biasa sehingga mampu memberi tamparan hebat buat ketumbukan tentera rejim Zionis Israel yang mempunyai kekuatan hebat dan dahsyat.
Sudah pasti strategi tersebut dapat diterjemahkan melalui strategi gempur di dalam PRK Kemaman.
Melihat kepada geopolitik semasa, Kemaman dilihat berpotensi menjadi lokasi terbaik medan pertempuran politik luar biasa memandangkan ia adalah jalur yang bersempadan dengan Pahang iaitu kubu kuat bagi BN. Oleh itu, daerah Kemaman berpotensi untuk ditembusi dan dimenangi oleh BN melalui strategi yang dilihat mampu memenangi hati pengundi.
Apa yang penting strategi Abu Ubaidah mampu diaplikasi dalam kempen PRK Kemaman dengan pelbagai kaedah dan pendekatan yang mampu menarik lebih ramai pengundi memberikan sokongan.
Pertama ialah panglima perang di dalam kempen perlu mempunyai tekad dan keyakinan luar biasa dan mampu menanam keyakinan kukuh terhadap jentera ahli untuk memenangi PRK Kemaman.
Tekad dan keyakinan ini sangat penting sebagaimana yang berlaku di PRK Pelangai di mana panglima perang turun setiap masa meyakinkan jentera dan menyantuni seluruh pengundi bahawa kemenangan ini mampu memberikan kesejahteraan hidup yang bermakna.
BERITA PALSU
Kedua, strategi Abu Ubaidah di dalam ucapannya sentiasa menjadikan musuh sentiasa takut dan tidak bermotivasi akibat serangan hendap pasukan Briged al-Qassam yang sukar dijangka.
Strategi ini sangat ampuh memandangkan ketakutan musuh menjadikan mereka lemah dan tidak tentu arah.
Hal ini dapat diaplikasikan menerusi kempen melawan berita-berita palsu dan juga meneruskan agenda menegakkan negara hukum dan memberikan isyarat jelas terhadap tata kelola yang adil bagi membasmi elemen yang menjadi virus di dalam negara iaitu rasuah dan salah guna kuasa.
Ketiga, memusatkan seluruh kekuatan dan kerjasama yang ada dalam memerangi musuh.
Hal ini menuntut seluruh parti di dalam kerajaan perpaduan turut bersama menggembleng usaha dan tenaga dengan semaksimum mungkin bagi memastikan kekuatan dapat dipadukan melalui gerak kerja yang tersusun dalam setiap lapangan.
Ini kerana pihak lawan juga sudah pasti menurunkan barisan panglima perang yang sukar digugat dan mempunyai daya tahan serangan yang kuat.
Setiap pimpinan parti di dalam kerajaan perpaduan perlu ke hadapan memberikan penjelasan konkrit dan mampu mematahkan hujah lawan dengan cara yang unik dan memastikan seluruh rakyat Kemaman turun mendapatkan maklumat tepat.
Sudah pasti pendekatan perang psikologi perlu diaplikasikan pada setiap ruang yang ada.
Keempat, membuat penyamaran dan risikan yang tepat. Hal ini membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan musuh.
Untuk itu, pemerolehan data perlu tepat dan tingkat keyakinan pengundi perlu difahami jelas bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan bagi penduduk Kemaman.
Ini memberikan satu dapatan tepat yang mampu mempelbagaikan alternatif kempen dengan melihat kepada kumpulan sasar.
Program yang bersesuaian dengan kehendak dan mood pengundi perlu dicerakinkan dengan baik agar ia dapat diterima baik melalui pendekatan yang sesuai.
Kelima, pendekatan lunak dan sopan terhadap tawanan perang. Setiap kempen dan jentera parti perlu menonjolkan sikap dan lunak terhadap seluruh pengundi dengan menyantuni dan mengambil berat tentang keperluan bagi penduduk setempat.
Agenda untuk memartabatkan rakyat dan meningkatkan pembangunan yang dilihat mampu memberi nilai tambah terhadap taraf hidup rakyat perlu dilaksanakan dengan segera.
Selain itu setiap calon yang bertanding perlu diterima oleh rakyat dan dikenali ramai. Di samping itu, calon wajib setiap masa menyantuni penduduk dengan kelunakan dan kesopanan yang menjadi imej bagi penduduk Kemaman.
Penampilan diri perlu ditonjolkan melalui idea dan cara yang mampu menambat hati pengundi Kemaman.
Jika strategi Abu Ubaidah mampu diterjemahkan melalui kempen PRK yang tepat ia tidak mustahil untuk memenangi hati pengundi dan seterusnya mampu menawan semula Kemaman.
Pendekatan dan strategi kempen serta keyakinan panglima perang di dalam PRK Kemaman merupakan kunci kemenangan dan rakyat yang bijak pasti menilai dengan adil calon yang akan mewakili suara mereka di Parlimen.
Kemenangan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa daripada kepemimpinan yang terbaik melalui strategi yang telah dikemukakan oleh pihak yang bertanding. – UTUSAN
DR. Zuraimy Ali ialah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/11/bolehkah-bakal-pm-dari-pas-dikalahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kemaman Traditional Umno Base Not Pas Stronghold

Zahid Kemaman Traditional Umno Base Not Pas Stronghold

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 224 hits
BN chairman Ahmad Zahid Hamidi believes the party can wrest back the Kemaman parliamentary seat in Terengganu in the Dec 2 by election as the constituency is an Umno stronghold and not that of PAS Zahid who is also the Deputy Prime Minister...
Kemaman Kubu Kuat Umno Bukan Pas Zahid

Kemaman Kubu Kuat Umno Bukan Pas Zahid

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comPengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Kemaman Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 2 Dis ini kerana kawasan itu merupakan kubu kuat UMNO dan b...
Pas Picks Terengganu Mb Samsuri For Kemaman By Election

Pas Picks Terengganu Mb Samsuri For Kemaman By Election

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 184 hits
Samsuri Mokhtar who is a Terengganu state assemblyman and menteri besar will be contesting the Kemaman parliamentary seat in a by election next month PETALING JAYA PAS has named Samsuri Mokhtar a party vice president who is Terengganu mente...
Pencalonan Samsuri Tanda Pas Tidak Pandang Rendah Cabaran Bn Di Prk Kemaman

Pencalonan Samsuri Tanda Pas Tidak Pandang Rendah Cabaran Bn Di Prk Kemaman

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 273 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Mazlan Ali berpendapat pencalonan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai wakil rakyat di Kemaman menunjukkan Pas tidak memandang rendah cabaran part...
Calon Bersatu Guna Lambang Pas Bakal Diwajibkan Bai Ah

Calon Bersatu Guna Lambang Pas Bakal Diwajibkan Bai Ah

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 163 hits
Mursyidul am PAS mahu calon pilihan raya daripada Bersatu membuat perakuan sumpah setia atau bai ah jika bertanding atas lambang bulan pada masa depan Hashim Jasin membuat cadangan itu selepas dua Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas ...
Pas Eyes Bigger Majority In Unnecessary Kemaman By Election

Pas Eyes Bigger Majority In Unnecessary Kemaman By Election

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 284 hits
PAS election director Sanusi Nor acknowledged that voter fatigue will be a key factor given that this will be the third vote in the constituency in just over 12 months PETALING JAYA PAS is aiming to win the Kemaman parliamentary by election...
Pas Experienced Enough To Stand Firm Mp Says After Move By Bersatu Reps

Pas Experienced Enough To Stand Firm Mp Says After Move By Bersatu Reps

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 233 hits
Pendang MP Awang Hashim says the predominant role of PAS has been that of the opposition PETALING JAYA An MP from PAS today voiced confidence that elected representatives from his party would not be swayed to support the current government ...
Ahli Parlimen Pas Pula Sokong Anwar

Ahli Parlimen Pas Pula Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 173 hits
K PRAGALATHSelepas empat ahli parlimen Bersatu bertindak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tiba pula giliran ahli parlimen Pas berbuat demikian Menurut khabar angin yang kencang kedengaran ahli parlimen ters...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan