Bolehkah Anak Oku Terlantar Mencelah M A D A N I


 



Awal Februari lalu perdana menteri mengusulkan konsep ‘Malaysia Madani’ sebagai landasan menuju masa depan untuk Malaysia yang mana rakyatnya terdiri pelbagai kaum dan budaya. Saya meneliti dengan terperinci pada huruf-huruf yang membentuk perkataan M-A-D-A-N-I itu yang tentunya terlihat mulus lagi murni. Kemudian saya cuba padankannya pula dengan realiti kehidupan kita semua. Sampaikah Madani ini ke segenap lapisan masyarakat atau ia hanya sekadar slogan manis?
Saya menemui satu penanda aras sebagai penentu kejayaan enam rukun Madani iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan), dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak utama konsep ini. Bagi saya jika Anak Orang Kelainan Upaya (OKU) Kategori Terlantar dapat menikmati apa yang dianjurkan maka Malaysia Madani pasti berjaya. Saya tekankan perkataan ‘Terlantar’ kerana OKU terdiri daripada berbagai kategori dan kategori terlantar adalah yang paling lemah serta sangat memerlukan pembelaan.
Pastinya perdana menteri maklum akan istilah “mustadh’affin”, bagi saya mereka tergolong dalam istilah tersebut. Selama ini apabila disebut OKU kita pukul rata semua sekali dalam satu kategori walhal OKU itu sendiri bermacam-macam jenis. OKU Kategori Terlantar sangat berbeza. Perhatian yang serius perlu diberi untuk OKU Terlantar jika perdana menteri mahu menjayakan Madani.
Saya pernah mempunyai dua anak yang mengalami kecacatan “cerebral palsy” kategori terlantar dan kini kedua anak perempuan saya itu sudah meninggal dunia. Saya dan isteri mengadakan kempen Hope2Walk pada 2011 untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa perlunya kerajaan menubuhkan sekolah khas melatih Anak-anak OKU Terlantar dengan sukatan pelajaran dan modul yang tersusun. Ketahuilah sehingga kini sekolah khas untuk Anak OKU Terlantar milik kerajaan tidak wujud.
Pernah ada pengomen di Facebook menyangkal dakwaan saya menyatakan sekolah yang saya maksudkan itu wujud tetapi apabila diminta sebutkan di mana, apa modulnya pengomen yang hanya sibuk berpolitik ini terus menyepi. Ketahuilah juga, sekolah pendidikan khas di negara kita dan pusat dalam komuniti (PDK) hanya menerima anak OKU yang mampu menguruskan diri sahaja. Untuk anak OKU yang tidak mampu mengurus diri tidak diterima kerana kekurangan tenaga dan kelengkapan selain tiada sukatan yang benar-benar memenuhi spesifikasi.
Latihan fisioterapi, latihan cara kerja (occupational therapy), atau terapi pertuturan (speech therapy) hanya ada di hospital kerajaan yang temujanjinya hanya sebulan sekali. Bolehkah anak-anak normal pandai jika pergi ke sekolah sebulan sekali, bukannya setiap hari? Itu perbandingannya. Dan pula, takkanlah bersekolah di hospital? Di sinilah saya dan isteri membuat penyelidikan sendiri dengan merujuk kemajuan yang sudah pun wujud di negara-negara maju di luar sana. Mereka sudah lama ada sekolah yang saya maksudkan. Di sini kalau ada pun pusat sedemikian, ia milik swasta tetapi tidak semua ibu bapa Anak OKU Terlantar mampu kerana kos biaya amat tinggi.
Saya bersedia pada bila-bila masa sahaja berbincang, berhujah tentang perlunya menyelidik, mengkaji, menyediakan modul sehinggalah ke peringkat dasar membawa ke arah penubuhan sekolah khas Anak-anak OKU Terlantar. Pada 2013, saya pernah bersama dengan aktivis OKU Penglihatan, OKU Pendengaran, dan OKU kategori lain mengadakan forum tentang keperluan golongan ini yang mana ia turut dihadiri oleh perdana menteri sekarang. Dalam program tersebut saya bentang permasalahan ini.
Pada Oktober 2013, sepuluh tahun yang lalu juga saya bersama isteri dan anak OKU saya redah Parlimen untuk menyampaikan memorandum tentang perlunya sekolah khas Anak OKU Terlantar ini kepada timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan pada ketika itu. Beberapa menteri lain juga menerima memorandum kami termasuklah dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang. Dukacitanya sehingga ke hari ini tiada seorang pun daripada mereka mengambil tindakan susulan menghubungi saya. Saya sekali lagi pernah mengangkat isu ini di Konvensyen OKU Selangor pada 2015, juga dipandang sepi. Setahun sebelum itu saya menulis autobiografi berjudul Surat Untuk Anak bagi mengangkat isu ini termasuk juga bekerjasama dengan Pusat Komas dan Freedom Film Festival mengarahkan sebuah filem pendek berdurasi 16 minit bertajuk Anur Nak Sekolah. Anda boleh menontonnya di YouTube di mana filem itu saya anggap sebagai “proposal” untuk perhatian segera kerajaan.
Saya beranggapan isu pendidikan Anak OKU Terlantar bukan isu yang boleh membuat sosok politikus menjadi popular agaknya sebab itu sukar untuk mereka memberikan komitmen yang bersungguh bagi menjayakannya.
Saya tidak pasti apakah tulisan saya ini akan sampai kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Namun di ruang terbatas ini, saya berharap agar kerajaan yang meluncurkan konsep Madani ini mempunyai iltizam penuh dalam membela Anak-anak OKU Terlantar untuk mendapat sekolah bagi membaiki potensi mereka supaya tidak merosot.
Paling penting yang harus kita ambil serius apabila kita bercakap tentang kesejahteraan, hormat, dan ihsan ialah memberi peluang ibu bapa kepada Anak-anak OKU Terlantar ini menikmati kehidupan setara dengan ibu bapa anak-anak normal. Bukan ibu bapa golongan pekerja berpendapatan rendah sahaja yang mempunyai Anak OKU Terlantar, golongan profesional juga ada dan ramai di antara mereka terpaksa memilih untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian terhadap penjagaan anak sebegini. Kehilangan tenaga dan idea mereka dalam menyumbang kepada kemajuan negara amat merugikan.
Saya sendiri terpaksa meninggalkan profesion perguruan demi anak-anak. Bukan tidak ada guru lain yang mempunyai Anak OKU Terlantar seperti saya masih terus berkhidmat tetapi anda perlu bayangkan kehidupan mereka tidak akan pernah sama dengan kehidupan keluarga lain. Perdana menteri dengan konsep Malaysia Madani harus melihat golongan sebegini.
Madani sebenarnya bermula di rumah. Jika masalah di rumah rakyat selesai dan nasib semua anak kita terbela termasuklah Anak OKU Terlantar, ibu bapa boleh bekerja dengan tenang seterusnya mampu menyumbang untuk kemajuan negara. Inilah kayu ukur kejayaan Malaysia Madani sebenarnya, tidak sekadar tercatat cantik di atas kertas. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/02/bolehkah-anak-oku-terlantar-mencelah-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sungai Meluap Usai Hujan Deras Puluhan Rumah Di Oku Terendam Banjir

Anak Sungai Meluap Usai Hujan Deras Puluhan Rumah Di Oku Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 196 hits
Banjir terjadi di tiga titik yakni Kelurahan Baturaja Permai Kelurahan Sekarjaya dan Desa Air Paloh yang berada di Kecamatan Baturaja Timur Di Kelurahan Baturaja Permai setidaknya terdapat 25 unit rumah warga yang terendam air dengan kedala...
Potret Mulan Jameela Bareng Tiara Savitri Curi Perhatian Ibu Dan Anak Cantiknya 11 12

Potret Mulan Jameela Bareng Tiara Savitri Curi Perhatian Ibu Dan Anak Cantiknya 11 12

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 294 hits
Mulan Jameela yang tengah berada di luar negeri membagikan sederet momen bersama Tiara Savitri Kecantikan ibu dan anak yang terlihat sebelas dua belas ini sukses mencuri perhatian Berikut beberapa potretnya
7 Potret Ultah Zalina Anak Raisa Dan Hamish Daud Wajah Masih Misterius Bikin Penasaran

7 Potret Ultah Zalina Anak Raisa Dan Hamish Daud Wajah Masih Misterius Bikin Penasaran

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 124 hits
Raisa dan Hamish Daud merayakan ulang tahun anak mereka Zalina yang ke empat Perayaan berlangsung meriah dengan tema fairies Paras Zalina yang tak nampak dari sederet foto ulang tahunnya itu membuat netizen menjadi penasaran Berikut beberap...
Potret Ultah Abel Anak Indra Bekti Terasa Intim Hanya Dirayakan Bersama Keluarga

Potret Ultah Abel Anak Indra Bekti Terasa Intim Hanya Dirayakan Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 253 hits
Indra Bekti merayakan ulang tahun sang buah hati Abel Perayaan berlangsung sederhana dan intim hanya dihadiri keluarga saja Berikut beberapa fotonya
Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 236 hits
Punca Anak MP Bersatu Bertanding Umno Tersebar Anak kepada pemimpin Bersatu Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan Ikmal Hazlan yang juga anak kepada Ahl...
Tepat Di Hari Ultah Ke 40 Ello Tahitoe Dikaruniai Anak Pertama Namanya Unik Banget

Tepat Di Hari Ultah Ke 40 Ello Tahitoe Dikaruniai Anak Pertama Namanya Unik Banget

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 301 hits
Lain dari yang lain Ello memberikan nama unik dan memiliki arti yang dalam untuk sang buah hati
Makin Cute Ini Potret Terbaru Baby Moana Anak Ria Ricis Yang Akan Menginjak 7 Bulan

Makin Cute Ini Potret Terbaru Baby Moana Anak Ria Ricis Yang Akan Menginjak 7 Bulan

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 124 hits
Baby Moana anak Ria Ricis dan Teuku Ryan kini tumbuh besar Tak terasa usianya akan menginjak 7 bulan pada 26 Februari 2023 mendatang Ria Ricis kerap mengunggah foto foto terbaru sang anak Intip yuk potretnya yang cute banget
Ira Kazar Halang Syamsul Yusof Jumpa Anak Anak Dia Sekali Kakak Ira Kazar Masuk Komen

Ira Kazar Halang Syamsul Yusof Jumpa Anak Anak Dia Sekali Kakak Ira Kazar Masuk Komen

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 210 hits
Sebelum ini isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof Ira Kazar didakwa hamil namun berita itu seolah olah khabar angin semata mata gara gara kelibat wanita itu dilihat lasak bermain permainan indoor di sebuah pusat rekreasi
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults