Boleh Sesuka Hati Tapi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BOLEH SESUKA HATI..TAPI | Buat sesuatu yang kita suka itu sangat membahagiakan.Hati lapang,fikiran tenang.Buatlah selagi ianya terus berada pada situasi yang tidak berbahaya,tidak menyusahkan dan tidak juga melanggar apa yang telah ditentukan dan ditetapkan Tuhan.Bukankah hidup itu memerlukan garis panduan dan peraturan.Bukankan bahagianya hidup di kehidupan mendatang itu kerana lebih banyak kebaikkan dan limpahan kasih sayang Tuhan
Mahu becakap.Cakaplah sesuka hati tapi jangan ikut hati.Becakap namun masih menjaga perkataan yang dilontarkan.Jangan cakap dahulu kemudian fikir..tapi fikirkan dahulu kemudian tentukan perlu atau tidak untuk dilisankan
Makan.Makanlah apa yang dirasakan mahu dimakan.Makan makanan kegemaran,atau yang dapat memenuhi keinginan boleh buat seharian sangat membahagiakan.Tapi ingat,makan cukup untuk hidup..bukan hidup untuk makan.Jangn lupa bismillah.jangan terlepas alhamdulillah
Berpakaian.Wahyu yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril untuk sekalian umat.Setara.Sekata untuk semua yang taat dan percaya.Kepada juga yang memilih jalan lurus dan kebenaran.Hukum yang sama cuma mungkin cara memperaga yang berbeza.Mahu bergaya dipersila.Mahu memperaga terserah tapi tidak usah keterlaluan
Berhibur.Eh boleh sahaja.Hiburan itu satu keparluan bagi manusia.Hiburan tidak semestinya berjoget-joget.Tidak perlu juga terkinja-kinja walau ada yang memilih itu sebagai satu hiburan.Tidak semestinya juga modal yang besar..tapi kalau mampu silakan.Kalau duduk santai depan rumah..duduk bawah pokok mempelam..sambil makan pelam cicah kicap+cili+gula..gurau-gurau..itu juga hiburan.Zaman sekarang hiburan dihujung jari,sambil buang air besar pun boleh dapat hiburan..buka youtube tengok baby shark dududududu..tak gitu.Berhiburlah dengan selamat dan bersih daripada anasir negatif
Banyak hal boleh dilakukan sesuka hati..tapi berbatas.Buatlah..selagi mana masih daalam kesederhaan..dan berasa kecukupn..inshaAllah selamat dunia hinggalah akhirat.Itu tak boleh..ini tak boleh..rimas..jangan rimas dengan hukum kerana hukum itu bukan menjerat tapi menyelamat..aamiin
Boleh Sesuka Hati..Tapi | Gambar Google
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/06/boleh-sesuka-hati-tapi.html