Boleh Percaya Ka Zahid Hamidi Tu



KUALA LUMPUR: Penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' Barisan Nasional (BN) bukan jaminan beliau kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata tiada inisiatif jelas dilihat dalam menjadikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai bakal Perdana Menteri.
"Persoalannya adakah Ahmad Zahid akan menepati janji? Ini bukan jaminan yang wajib dilaksanakan sebab antara Ahmad Zahid dan Ismail Sabri, tidak ada usaha atau inisiatif ketara dibuat supaya Ismail Sabri dilihat sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU-15.
"Sebagai contoh, apa salahnya Ahmad Zahid serahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Ismail Sabri kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika ini.
"Selepas itu, bincangkan pelan peralihan kuasa Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengesahkan Ismail Sabri kekal sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri BN pada PRU-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika parti itu memenangi PRU-15.
Mazlan berkata, jaminan Ismail Sabri sebagai bakal Perdana Menteri penting kerana beliau perlu diberi peranan yang bukan sekadar memimpin gabungan BN tetapi juga dalam urusan berkaitan pilihan raya.
"Katakanlah BN menang besar pada PRU-15, sebagai Presiden UMNO dan ketua parti majoriti, Ahmad Zahid sepatutnya menjadi Perdana Menteri.
"Justeru, buat apa lantik seorang Naib Presiden sebagai Perdana Menteri, itu logik yang jelas.
"Jadi seperti apa yang berlaku di Johor, akhirnya bekas Menteri Besar tak dilantik (semula), orang lain yang tak dijangka pula dilantik sebagai Menteri Besar. Saya fikir Ismail Sabri pun memahami situasinya sekarang," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun Ismail Sabri diangkat sebagai 'poster boy' BN, kuasa menentukan pelantikan Perdana Menteri adalah Yang di-Pertuan Agong.
Jelasnya, ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sama seperti isu pelantikan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
"Parti boleh mencadangkan tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menentukannya. Jadi untuk masa sekarang memang kita tak hairan 'poster boy' adalah Ismail Sabri.
"Tidak salah parti mencalonkan siapa, sesuai dengan prinsip berparti, prinsip berpolitik dan sebagainya tetapi akhirnya ada ruang dalam Perlembagaan negara yang perlu dipatuhi iaitu budi bicara Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid yang mengulangi pendirian parti berhubung perkara itu menunjukkan wujud kestabilan politik dalam UMNO.
"Pengumuman itu juga mengesahkan setakat dalam pertimbangan parti, Ismail Sabri masih calon Perdana Menteri. Ini memberi keyakinan dengan rekod baik dimilikinya, Ismail Sabri boleh diangkat menjadi Perdana Menteri pada PRU-15.
"Beliau tidak mencetuskan kontroversi besar yang boleh menggugat kepercayaan pengundi atas pagar itu sendiri terhadap BN," katanya lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/boleh-percaya-ka-zahid-hamidi-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Better Put Ge15 Ambition On Hold As Court Verdict Looms

Zahid Hamidi Better Put Ge15 Ambition On Hold As Court Verdict Looms

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 224 hits
Wouldn t it be more proper for UMNO s court cluster ringleader Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to shelve his ambition of expediting the 15th General Election to focus on wrangling himself out of his pending corruption charges at the High Cour...
Acquitted Zahid Hamidi Says Grateful Justice Served In Court After Public Opinion Punishment

Acquitted Zahid Hamidi Says Grateful Justice Served In Court After Public Opinion Punishment

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 201 hits
Zahid is still standing trial for another corruption case where he is accused of 47 criminal breach of trust corruption and money laundering charges involving tens of millions of ringgit belonging to Yayasan Akalbudi the charity organisatio...
Kes Rasuah Zahid Hamidi Bela Diri Atau Tidak Jumaat Diketahui

Kes Rasuah Zahid Hamidi Bela Diri Atau Tidak Jumaat Diketahui

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 208 hits
SHAH ALAM Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada beliau dipanggil membela diri terhadap 40 dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk melanjutkan kontrak sistem visa luar negara Jumaat ini Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustaf...
Zahid Hamidi Nak Gunakan Banjir Untuk Lepaskan Diri Dari Penjara

Zahid Hamidi Nak Gunakan Banjir Untuk Lepaskan Diri Dari Penjara

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 286 hits
ZAHID Hamidi tengah GELABAH tidur tak lena memikirkan akan kena PENJARA macam rakan beliau NAJIB RAZAK Dalam pemikiran Zahid agaknya hanya PRU yang boleh menyelamatkan beliau dari merengkok ke dalam penjara Mungkin pada Zahid dengan kuasa a...
Ingatan Untuk Zahid Hamidi Jika Banjir Besar Mahkamah Pun Mungkin Tutup Juga

Ingatan Untuk Zahid Hamidi Jika Banjir Besar Mahkamah Pun Mungkin Tutup Juga

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 161 hits
Nampaknya Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi begitu tidak sabar dan sangat terdesak mahu PRU15 diadakan pada tahun ini juga Di sebalik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sekadar mengatakan PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi beliau sebalikn...
Chemistry Saya Dengan Pm Kental Zahid Hamidi Janji Ismail Sabri Akan Terus Jadi Pm Kalau Bn Menang Pru15

Chemistry Saya Dengan Pm Kental Zahid Hamidi Janji Ismail Sabri Akan Terus Jadi Pm Kalau Bn Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 169 hits
Foto Benar NewsPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke 15 akan diadakan dalam sedikit masa saja lagi Bila tarikh dia saya percaya sikit saja lagi tak lama lagi Saya mendengar dengan jelas Top Five ad...
Kes Zahid Hamidi Diketahui Hari Ini

Kes Zahid Hamidi Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 218 hits
Keputusan kes Zahid Hamidi jam 9 pagi ini bela diri atau bebas Mahkamah Tinggi Shah Alam Pagi ini Sekiranya didapati salah beliau akan dipanggil untuk membela diri Jika tidak beliau akan dibebaskan
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar

Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 307 hits
Punca Kes Zahid Hamidi Dilepaskan Tersebar Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara adalah tid...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner