Boleh Ke Pembahagiaan Faraid Sama Rata Jika Waris Kanak Kanak


Soalan: Assalamualaikum, boleh ke pembahagiaan faraid sama rata jika waris kanak-kanak (bawah umur)?
Oleh : Fadzli Rozali 
Jawapan: 
Seperti yang kita tahu, membahagikan harta pusaka secara Faraid adalah wajib. Akan tetapi tidak wajib untuk waris-waris menerima harta tersebut secara Faraid.
Di dalam ilmu faraid , ada bab yang dinamakan Takharruj di mana waris-waris yang ada hak boleh saja untuk melepaskan hak nya kepada waris lain sama ada seluruh hak, separuh atau dilepaskan sedikit hak supaya semua boleh dapat pembahagiaan faraid sama rata. 
Tetapi bagaimana pula bagi waris-waris faraid anak bawah umur? Bolehkah mereka melepaskan hak faraid mereka kepada orang lain termasuk kepada ibu/bapa sendiri? 
Secara asasnya tidak boleh kerana kanak-kanak adalah termasuk dalam golongan yang tidak boleh menguruskan dan berbuat keputusan ke atas harta

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَآءَ اَمْوَا لَـكُمُ الَّتِيْ جَعَلَ اللّٰهُ لَـكُمْ قِيٰمًا وَّا رْزُقُوْهُمْ فِيْهَا وَا كْسُوْهُمْ وَقُوْلُوْا لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوْفًاwa laa tu-tus-sufahaaa-a amwaalakumullatii ja'alallohu lakum qiyaamaw warzuquuhum fiihaa waksuuhum wa quuluu lahum qoulam ma'ruufaa
"Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik."(QS. An-Nisa' 4: Ayat 5)
Apatah lagi jika pelepasan Hak kepada waris lain itu menyebabkan Hak kanak-kanak semakin berkurang. Kita tidak mahu mengambil hak kanak-kanak ini apatah lagi jika mereka ialah di kalangan anak yatim. 
Anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya

BERAT HUKUMANNYA DI SISI ALLAH SWT BAGI MEREKA YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَاٰ تُوا الْيَتٰمٰۤى اَمْوَا لَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيْثَ بِا لطَّيِّبِ ۖ وَلَا تَأْكُلُوْۤا اَمْوَا لَهُمْ اِلٰۤى اَمْوَا لِكُمْ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ حُوْبًا كَبِيْرًا‏wa aatul-yataamaaa amwaalahum wa laa tatabaddalul-khobiisa bith-thoyyibi wa laa ta-kuluuu amwaalahum ilaaa amwaalikum, innahuu kaana huubang kabiiroo
"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar."(QS. An-Nisa' 4: Ayat 2)
Akan tetapi, jika pelepasan hak dari waris lain yang menyebabkan hak faraid kanak-kanak tersebut bertambah, ia dibenarkan. 
𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 𝟭; 
Si mati Seorang lelaki meninggalkan waris 3 Anak Perempuan dan 1 anak lelaki. Anak-anak perempuan semuanya SUDAH BALIGH manakala anak lelaki masih BAWAH UMUR. 
Jika diikutkan hak faraid setiap anak, bahagian masing-masing ialah:
Setiap Anak perempuan dapat : 1/5 bahagian seorangAnak lelaki dapat : 2/5 bahagian 
Dalam situasi ini, TIDAK BOLEH anak-anak perempuan yg baligh tadi untuk minta bahagi sama rata setiap seorang kerana jika pembagiaan faraid sama rata , setiap anak dapat 1/4 bahagian dari harta pusaka. 
Ini kerana bahagian anak lelaki yang bawah umur tadi sudah berkurang dari 2/5 bahagian kepada 1/4


𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 𝟮:
Si mati Seorang lelaki meninggalkan waris 3 Anak Lelaki dan 1 Anak Perempuan. Anak-anak Lelaki semuanya sudah baligh manakala anak perempuan tunggal masih bawah umur. 
Jika diikutkan hak faraid setiap anak, bahagian masing-masing ialah:
Setiap Anak lelaki dapat : 2/7 bahagian seorangAnak Perempuan dapat : 1/7 bahagian
Dalam situasi ini, BOLEH saja bagi anak-anak lelaki utk bahagi sama rata dengan semua anak dapat 1/4 bahagian. 
Ini kerana bahagian Anak Perempuan tadi tidak terusik malahan bertambah lagi banyak (1/7 menjadi 1/4) kerana abang-abangnya melepaskan hak mereka yang lebih kepadanya. 
Jadi kepada semua, berhati-hatilah semasa membahagikan harta pusaka sesama waris. 
Jika ada waris yang masih bawah umur, boleh gunakan ilmu yang dikongsikan ini sebelum membuat pembahagian . Kirakan terlebih dahulu kemudian barulah buat keputusan mahu mengikut kiraan Faraid atau tidak, dan adillah kerana Allah itu Maha Mengetahui. 
Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yang memakan harta batil

Sayyid Tantawi menafsirkan hal ini di dalam kitabnya yang menyatakan bahawa: “Ayat ini bermaksud Allah Subhanahu wataala memerintahkan orang Islam supaya tidak mengambil atau memakan harta saudaranya secara batil begitu juga penggunaannya akan menjerumus kepada kemaksiatan”. (Tafsir Al-Waseet Li Tantawi)
Hadis daripada Amru bin Yathribi, sesungguhnya Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: وَلَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ مِنْ مَالِ أَخِيهِ إِلَّا مَا طَابَتْ بِهِ نَفْسُهُ
Maksud: “Tidak halal harta seseorang saudaranya melainkan dengan keizinan daripada pemiliknya sendiri.”
(Hadis Riyawat Musnad Imam Ahmad, 15488)
Semoga perkongsian bermanfaat. Mohon like dan sharekan untuk manfaat semua. Untuk mendapatkan konsultasi percuma kiraan faraid anda, bolehlah hubungi saya di talian 010-337 9012

#tipspusaka #ilmufaraid#warisbawahumur Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/03/pembahagian-faraid-sama-rata-anak-bawah-umur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengesahan Mukhriz Tak Mengejutkan Sepatutnya Semua Anak Anak Tun Mahathir Perlu Disiasat Sama

Pengesahan Mukhriz Tak Mengejutkan Sepatutnya Semua Anak Anak Tun Mahathir Perlu Disiasat Sama

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 217 hits
Mukhriz Mahathir salah seorang anak Tun Mahathir Mohamad selain Marina yang masih belum disentuh oleh SPRM hari ini tampil mengesahkan bapanya memang merupakan subjek sebenar siasatan badan penguatkuasa anti rasuah itu Katanya beliau meliha...
Dubes India Temui Gibran Di Solo Beri Ucapan Selamat Dan Ajak Kerja Sama

Dubes India Temui Gibran Di Solo Beri Ucapan Selamat Dan Ajak Kerja Sama

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 233 hits
Duta Besar India untuk Indonesia Sandeep Chakravorty menemui Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka di kantornya Senin
Kupasan Iklan Raya Mr Diy 2024 Sama Sama Melangkah

Kupasan Iklan Raya Mr Diy 2024 Sama Sama Melangkah

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mr DIY melancarkan filem pendek yang menyentuh hati bertajuk Sama Sama Melangkah tepat pada masanya untuk Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan intipati ikatan keluarga Filem pendek berdurasi 4 minit ini m...
Video Jokowi Hibur Warga Lalu Bicara Serius Sama Pak Bas 3 Jenderal Di Posko Banjir Demak

Video Jokowi Hibur Warga Lalu Bicara Serius Sama Pak Bas 3 Jenderal Di Posko Banjir Demak

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 237 hits
Presiden Joko Widodo mengunjungi posko pengungsian warga terdampak banjir di SMK Ganesa Demak Kabupaten Demak Provinsi Jawa Tengah
Akmal Bidas Bos Mydin Kalimah Allah Boikot Mydin Tidak Terkecuali Jika Lakukan Perkara Sama

Akmal Bidas Bos Mydin Kalimah Allah Boikot Mydin Tidak Terkecuali Jika Lakukan Perkara Sama

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 295 hits
Dr Akmal Saleh menolak teguran tokoh perniagaan Ameer Ali Mydin yang tidak bersetuju dengan usaha beliau menggerakkan boikot terhadap rangkaian KK Mart berkait isu stoking tertera kalimah Allah Ini isu akidah Jauh lebih utama berbanding cak...
Report Je La Kat Polis Biar Kita Sama Sama Masuk Penjara Aku Sebab Belasah Kau Dan Kau Sebab Belasah Kakak Aku

Report Je La Kat Polis Biar Kita Sama Sama Masuk Penjara Aku Sebab Belasah Kau Dan Kau Sebab Belasah Kakak Aku

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 228 hits
Aku merupakan anak kedua dari enam adik beradik Aku dibesarkan oleh seorang wanita besi yang kini hidup bahagia disamping anak anaknya Dan tanpa seorang lelaki yang bergelar suami Ibu berkahwin dengan ayah atas dasar cinta Bercinta dari zam...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia